Kerajaan Persekutuan Rugi RM112.53 Juta Bagi Pelupusan Saham Astronautic Technology – Laporan Audit


KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Kerajaan Persekutuan mengalami kerugian berjumlah RM112.53 juta bagi pelupusan saham Astronautic Technology (M) Sdn  Bhd, melibatkan nilai nominal saham berjumlah RM112.58 juta telah dijual pada harga RM50,000.

Pelupusan saham Astronautic Technology pada nilai nominal RM50,000 adalah berdasarkan nilai bersih semasa, dengan segala aset dan liabiliti syarikat di zerorised. 

Sehubungan itu, pelupusan tersebut adalah berdasarkan penurunan nilai muhibbah sahaja, menurut Analisis Kewangan Kerajaan Persekutuan. 

“Pelupusan saham berkenaan telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Ogos 14, 2019.

“Ini adalah kerana tiada keperluan strategik untuk Kerajaan Persekutuan terus memiliki syarikat Astronautic Technology dalam agenda memperkasa industri angkasa negara melalui pembangunan satelit penderiaan jauh,” kata laporan itu.

Astronautic Technology ialah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, yang diselia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Mandat utamanya adalah untuk membangunkan teknologi angkasa lepas dan satelit yang memfokuskan dalam penyelidikan dan pembangunan yang menggunakan teknologi canggih serta inovatif untuk industri angkasa lepas.

— BERNAMA 

Previous ArticleNext Article

Perang Tarif AS Terus Jejas Ekuiti Asia Dengan Aliran Keluar Bersih US$6.73 Bilion – MIDF


KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Pelabur asing mengekalkan pandangan lemah terhadap ekuiti Asia, terus mencatatkan jualan bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan aliran keluar yang ketara berjumlah US$6.73 bilion (US$1=RM4.43) kecuali Filipina manakala pelabur tempatan membantu Bursa Malaysia meredakan impak daripada aliran keluar pasaran yang lebih luas.

“Satu-satunya negara yang mencatatkan aliran masuk asing bersih ialah Filipina manakala pasaran serantau lain terus mencatatkan aliran keluar,” menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd dalam Laporan Aliran Dana bertajuk “Tit for Tat: U.S. Tariffs Spark Global Retaliation” pada minggu berakhir 14 Mac.

Taiwan mencatatkan aliran keluar bersih tertinggi untuk minggu ketiga berturut-turut berjumlah US$3.80 bilion berikutan pelabur asing menjual saham dengan agresif terutamanya syarikat semikonduktornya TSMC disebabkan kebimbangan global terhadap penilaian saham cip.

Korea Selatan menyaksikan aliran keluar bersih sebanyak US$1.51 bilion, India (-US$603.9 juta), Thailand (-US$248.6 juta), Indonesia (-US$225.7 juta) dan Vietnam -US$66.9 juta.

Sementara itu, bursa tempatan mencatatkan aliran keluar pelabur asing sebanyak RM1.34 bilion atau kira-kira US$302.4 juta.

Menurut MIDF, penganalisis percaya walaupun ketegangan politik boleh mewujudkan situasi tidak menentu di Filipina, negara tersebut terus menarik pelaburan asing. 

— BERNAMA