Mekanisme Subsidi Bersasar Beri Sokongan Kepada Fiskal Malaysia — Rafizi

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Mekanisme subsidi bersasar mampu melindungi kedudukan fiskal negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kedudukan fiskal Malaysia akan bertambah baik apabila kerajaan beralih kepada subsidi bersasar yang tidak mempunyai ketirisan dan disalurkan dengan baik. 

“Subsidi telah dimulakan dengan niat yang baik tetapi melihat kepada semua yang telah berlaku di seluruh dunia, dengan harga minyak mentah terus naik, gangguan rantaian bekalan global, COVID-19 dan perang di Ukraine, jika anda tidak berhati-hati, ia dengan mudah akan menelan antara 30-40 peratus daripada bajet operasi kita setiap tahun.

“Kecuali, anda melakukan sesuatu mengenainya.. kedudukan fiskal negara akan menjadi lebih nipis serta ini akan menghilangkan keupayaan negara untuk mencari sumber terutamanya melalui pelaburan atau perbelanjaan modal atau pembangunan yang boleh mengubah hala tuju dan memfokuskan semula ekonomi ini kepada sektor-sektor yang kita ada,” katanya pada Syarahan Parlimen Siri 1.0 Memulihkan Ekonomi Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan perlu menguruskan antara jangkaan orang ramai mengenai harga, selain tidak terlalu teruja untuk mengekalkan harga rendah secara bukan proses konvensional.

Sementara itu, beliau berkata cabaran bagi negara adalah untuk meluaskan asas pendapatan. 

Sebagai contoh, apabila pelabur mahu berpindah ke wilayah anda atau perbelanjaan bukan lagi hanya mengenai insentif, atau dasar cukai. 

“Ia lebih kepada keupayaan kita dalam menyediakan tenaga kerja mahir yang betul, jadi meluaskan asas cukai bagi syarikat bukan lagi pilihan pada masa kini,” katanya. 

Selain itu, beliau berkata negara juga perlu menstruktur semula ekonomi dan bergerak ke arah pendigitalan supaya menjadi lebih cekap.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Kerajaan Sedang Kaji Perluas Guna QR SARA Ke Pasar Tamu, Pasar Tani –  MOF

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi pembayaran kod respons pantas (QR) di Pasar Tamu dan Pasar Tani dan keputusan mengenainya dijangka diumumkan dalam Belanjawan 2027 jika didapati mampan.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan kerajaan telah meningkatkan penglibatan kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA kepada lebih 6,000 premis.

Selain itu, jumlah keseluruhan Rakan Niaga SARA telah mencecah lebih 13,700 kedai di seluruh negara setakat 15 Julai 2026 berbanding 700 buah kedai pada 2024 manakala terdapat 140,000 produk atau barangan yang boleh diperolehi di bawah pelaksanaan SARA.

“Sekiranya Rakan Niaga SARA berkenaan turut terlibat sebagai peniaga di Pasar Tamu/Pasar Tani, penerima SARA boleh menggunakan kredit SARA berkenaan bagi pembelian kategori barangan SARA sahaja.

“Namun, bagi keseluruhan penggunaan SARA melalui kaedah pembayaran kod QR di Pasar Tamu/Pasar Tani, ianya masih dalam peringkat kajian dan penelitian oleh kerajaan. Sekiranya didapati mampan, ini akan diumumkan dalam Belanjawan 2027 kelak,” menurut kementerian menerusi jawapan bertulis Dewan Negara disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Kenyataan itu sebagai menjawab soalan Senator Larry Anak Asap mengenai peluasan skop perbelanjaan SARA di pasar tamu bagi memberikan manfaat kepada golongan penjaja dan peniaga kecil.

— Bernama