MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

KUALA LUMPUR,  27 Jan (Bernama) — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan bahawa rangkaian lapangan terbangnya mengakhiri 2022 dengan nota positif apabila merekodkan 83.9 juta penumpang atau 59.4 peratus lebih baik berbanding paras 2019.   

MAHB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata angka itu menandakan tahun penuh pertama pemulihan trafik sejak penutupan sempadan pada Mac 2020. 

Hasil pemulihan trafik telah disokong oleh kadar vaksinasi yang lebih tinggi dan keberkesanannya diikuti keyakinan pengembara untuk melancong, pelonggaran sekatan perjalanan terutamanya bagi rantau Asia, penyambungan semula operasi syarikat penerbangan termasuk pengenalan beberapa laluan baharu. 

“Pergerakan penumpang Malaysia menunjukkan prestasi yang baik pada 2022 apabila merekodkan 52.7 juta penumpang serta mencapai 50.0 peratus daripada paras 2019. 

“Pembukaan semula sempadan antarabangsa mulai 1 April 2022 merupakan pencapaian penting bagi Malaysia dan sejajar dengan negara-negara lain di rantau ini dalam melonggarkan sekatan perjalanan,” kata MAHB. 

Trafik penumpang antarabangsa mencecah 47.7 peratus serta pergerakan penumpang domestik menokok sebanyak 70.1 peratus pada 2019 dengan masing-masing 32.2 juta dan 51.6 juta penumpang.

Disember 2022 mencatatkan pergerakan penumpang bulanan tertinggi sejak Februari 2020 dengan 9.5 juta penumpang, mencapai 74.0 peratus daripada paras 2019.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SGIA) menutup tahun berkenaan dengan 31.2 juta trafik penumpang, bersamaan 86.7 peratus berbanding paras 2019 selepas disokong oleh kelonggaran sekatan perjalanan di rantau tersebut. 

Penumpang antarabangsa di SGIA bertambah 75.1 peratus dengan 15.7 juta penumpang. 

“Perlu diperhatikan bahawa pergerakan penumpang antarabangsa telah melepasi paras 2019, mencatatkan pertumbuhan 10.4 peratus dalam tempoh yang sama pada 2019,” katanya.

Secara keseluruhan, pergerakan kargo rangkaian lapangan terbang kekal berdaya tahan bagi 2022, mencatatkan pertumbuhan 3.6 peratus kepada 1,063 tan menjelang 2021, kata MAHB. 

Kargo domestik merekodkan kenaikan dua digit sebanyak 11.3 peratus untuk 2021 kepada 302,229 tan, manakala trafik kargo antarabangsa menyaksikan pertumbuhan 0.9 peratus kepada 760,931 tan. 

Pengumuman baru-baru ini mengenai pembukaan semula sempadan China juga memberikan keyakinan lanjut untuk pertumbuhan yang lebih baik dalam sektor antarabangsa pada 2023, katanya. 

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/mahb-catat-83-9-juta-penumpang-pada-2022-naik-59-4-peratus/

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.