Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$112.7 Bilion Pada 31 Mei

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$112.7 billion pada 31 Mei 2023.

Menurut satu kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$100.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.8 bilion), emas (US$2.5 bilion) dan aset rizab lain US$2.7 bilion).

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Petronas Tingkatkan Modal RM300 Bilion Untuk Lima Tahun Akan Datang

Berikutan kekurangan pelaburan dalam industri minyak dan gas sejak beberapa tahun yang lalu, peningkatan yang lebih ketara dalam perbelanjaan modal (capex) dijangka akan berlaku bagi segmen eksplorasi dan pengeluaran (E&P) di perairan lepas secara global. Petronas turut merancang untuk melaburkan sebanyak RM300 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan purata sekitar RM60 bilion setahun atau peningkatan sebanyak 43% berbanding tempoh lima tahun sebelumnya.

Sumber: Malaysia’s Q4 Market Outlook, Rakuten Trade Research