Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$116.2 Bilion Pada Akhir 2024


KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) — Rizab antarabangsa Malaysia meningkat tahun ke tahun kepada US$116.2 bilion (US$1=RM4.48) pada 31 Dis 2024 daripada US$113.5 bilion pada 29 Dis 2023, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). 

Rizab antarabangsa bank pusat berjumlah US$118.1 bilion pada 13 Dis 2024.

Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing, menurut BNM dalam kenyataan hari ini.

Katanya paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab tersebut merangkumi rizab mata wang asing (US$103.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$3.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM621.56 bilion terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM520.16 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 billion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.31 bilion), tanah dan bangunan (RM4.60 bilion) dan aset lain (RM57.69 bilion).

Menurut bank pusat, jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM621.56 bilion terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.98 bilion), mata wang dalam edaran (RM170.76 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM131.92 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.23 bilion), deposit lain (RM79.87 bilion), kertas Bank Negara (RM12.43 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion) dan liabiliti lain (RM3.08 bilion).

 — BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Juwai IQI Unjur Pelaburan China Berjumlah RM30 Bilion Pada 2025


KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Juwai IQI mengunjurkan Malaysia akan menerima aliran masuk pelaburan China berjumlah sekurang-kurangnya RM30 bilion tahun ini yang menumpu terutamanya kepada sektor komponen bateri dan solar.

Pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata pada 2024 Malaysia menerima kemasukan modal berjumlah RM31 bilion dari China, yang merupakan jumlah (modal) kedua terbesar dari negara itu setakat ini.  

“Jumlah pelaburan pada 2024 adalah lebih dua kali ganda berbanding 2023 dan paling banyak sejak 2015. Kami menjangkakan (kemasukan) sekurang-kurangnya RM30 bilion pelaburan dari China tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ekonomi Malaysia sedang mengalami gelombang aliran masuk asing, dan China serta Hong Kong terus menjadi penyumbang terbesar.

“Malaysia membuktikan sekali lagi bahawa ia adalah ekonomi utama Asia. Kita mendapat manfaat besar menjadi sebahagian daripada ASEAN dan mempunyai ekonomi besar seperti China di rantau kita,” katanya.

Kashif berkata Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura juga mencapai kejayaan besar dengan Johor menjadi destinasi untuk projek perindustrian dan logistik berskala besar.

“SEZ adalah kawasan yang menarik minat pelanggan korporat kita di China, terutamanya pengeluar,” katanya.

Dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia yang menyasarkan pembuatan bernilai tinggi dan pertumbuhan hijau, minat pelabur dijangka berterusan pada 2025, terutamanya dalam tenaga boleh baharu dan elektronik canggih.

“Kerajaan menawarkan pelepasan cukai menarik, pelesenan pantas dan pelan tindakan sektor. Itulah sebabnya kami menjangkakan satu lagi tahun pelaburan besar dari China berjumlah sekurang-kurangnya RM30 bilion,” katanya. 

— BERNAMA

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee