Anda Boleh Membuat Perubahan Di Larian AXA Hearts In Action 2019!

Larian AXA Hearts in Action 2019 kembali untuk tahun ke-5 berturut-turut dengan komitmen teguh untuk memperjuangkan 5 tujuan amal dan menawarkan pengalaman larian yang lebih mencabar. Larian ini akan bermula di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 21 Julai 2019 dan ini akan menjadi tahun pertama di mana kategori separuh maraton diperkenalkan untuk menarik minat pelari yang ingin mengambil bahagian dalam kategori yang lebih mencabar.

Larian AXA Hearts in Action telah berkembang menjadi acara larian yang penting di Malaysia dan telah menarik ribuan pelari setiap tahun untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menyokong tujuan amal pilihan mereka. Tema tahun ini, “Anda Boleh Membuat Perubahan” mengukuhkan lagi komitmen AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) untuk menjadi rakan kongsi yang sentiasa memberi galakan dan menyokong para pelari untuk memperjuangkan tujuan amal yang penting bagi mereka.

AXA Affin General Insurance Berhad telah merasmikan Larian AXA Hearts in Action 2019 dan menjemput 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan – WWF-Malaysia, World Vision Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan Yayasan Jantung Malaysia, duta larian Tahira Aliya dan wakil dari kelab-kelab larian. Larian AXA Hearts in Action 2019 kembali untuk tahun ke-5 berturut-turut dengan komitmen teguh untuk memperjuangkan 5 tujuan amal dan menawarkan pengalaman larian yang lebih mencabar. 

“Kami amat tersentuh melihat rakyat Malaysia yang datang beramai-ramai setiap tahun untuk menyokong tujuan amal pilihan mereka. Ini mendorong kami untuk meneruskan larian ini bagi tahun ke-5 berturut-turut, dan tahun ini di Dataran Merdeka dan kami mahu memberikan pengalaman larian yang terbaik kepada para pelari sambil meneguhkan komitmen kami untuk memperjuangkan 5 tujuan amal,” kata Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AAGI.

AAGI dan semua pelari akan menyumbang sebanyak RM 100,000 kepada 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan. Setiap tujuan amal diwakili oleh warna kemeja-T yang berbeza dan pelari boleh memilih warna baju kemeja-T mereka berdasarkan tujuan amal pilihan mereka – Alam Sekitar, Kanak-kanak, Buah Pinggang, Kanser atau Jantung. Pelari juga akan menikmati dan mempelajari tentang 5 tujuan amal dengan lebih lanjut bersama keluarga dan rakan mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang pada hari tersebut.

  • WWF-Malaysia (Hijau) : Anda Boleh Melindungi Alam Sekitar
  • World Vision Malaysia (Biru) : Anda Boleh Memperkasa Pemimpin Masa Hadapan
  • Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (Oren) : Anda Boleh Menjaga Buah Pinggang Anda
  • Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (Ungu) : Anda Boleh Menghalang Kanser Sebelum Berlaku
  • Yayasan Jantung Malaysia (Merah Jambu) : Anda Boleh Kekal Aktif, Kekal Berdegup

Larian di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

21km (Lelaki & Wanita): RM90 setiap pelari

12km (Lelaki & Wanita): RM70 setiap pelari

6km (Dewasa): RM60 setiap pelari; RM40 setiap pelari (Kanak-kanak berusia 3 – 12 tahun)

Larian Maya

21km (Lelaki & Wanita): RM75 setiap pelari

12km (Lelaki & Wanita): RM55 setiap pelari

6km (Dewasa): RM45 setiap pelari

Pelari yang tidak dapat hadir pada hari larian boleh menyertai kategori Larian Maya dan berlari di mana-mana lokasi yang mudah bagi mereka, pada bila-bila masa bermula 21 Julai 2019 sehingga 28 Julai 2019. Mereka hanya perlu memaklumkan jarak dan masa larian mereka ke [email protected] untuk mendapatkan pingat dan beg perlumbaan.

Pendaftaran untuk Larian AXA Hearts in Action 2019 kini dibuka di https://www.axa.com.my/axa-hearts-in-action-run. Setiap pelari akan menerima gelang aktif percuma. Pelari yang mendaftar sebelum 1 Mei 2019 akan menikmati diskaun RM5 untuk yuran pendaftaran mereka. Makluman terkini boleh didapati di laman Facebook AXA Affin Insurance Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.