Kakitangan Allianz Malaysia Mempelajari Teknik ‘REACT’ Terhadap Jenayah

Kuala Lumpur, 17 April 2019 – Allianz Malaysia telah mengembalikan Program REACT Kepada Jenayah yang bertujuan melengkapkan kakitangan mereka dengan  cara mencegah jenayah dan kemahiran hidup.

Statistik Jenayah, Malaysia, 2018 melaporkan sejumlah 77,802 kes jenayah harta benda dan 21,366 kes jenayah ganas berlaku pada 2017. Tahun yang sama juga melaporkan 42,160 kecurian kereta, 16,200 kejadian pecah masuk, 14,128 rompakan dan 239 kejadian ragut.

Aktivis keselamatan dan jurulatih kecemasan Kapten K. Bala Supramaniam mengendalikan program REACT Kepada Jenayah bertempat di ibu pejabat Syarikat di Menara Allianz Sentral yang dihadiri oleh 69 kakitangan. Program ini menekankan kemahiran dan teknik yang boleh digunakan ketika menghadapi percubaan ragut, kecurian, samun, serangan rawak dan pencurian kereta serta penculikan maya dan pembajaan bagasi. Program ini turut mengetengahkan tips keselamatan yang boleh digunakan ketika berada di stesen minyak, tempat letak kereta, atau semasa menggunakan mesin ATM serta ketika menggunakan perkhidmatan teksi atau ‘e-hailing’.

“Sering kali kita mendapati laporan berita bahawa jenayah dan keganasan semakin meluas dalam masyarakat hari ini. Melalui program ini, kami berharap agar kami dapat melengkapkan pekerja kami dengan langkah-langkah pencegahan dan kemahiran asas untuk pertahanan keselamatan dan kelangsungan hidup untuk melindungi mereka dan keluarga mereka dari ancaman jenayah,”kata Ng Siew Gek, Ketua Allianz4Good. Allianz Malaysia Berhad.

Allianz Malaysia ingin meneruskan usahanya untuk mewujudkan kesedaran mengenai keselamatan dan kemahiran hidup dengan menganjurkan program seperti ini untuk meningkatkan tahap kesedaran di kalangan kakitangan. 

Mengenai Allianz di Malaysia

Syarikat pemegang pelaburan, Allianz Malaysia Berhad, subsidiari Allianz SE, mempunyai dua subsidiari insurans – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) dan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life).

Allianz General adalah salah satu syarikat insurans am di Malaysia dan mempunyai spektrum yang meluas bagi perkhidmatan dalam talian peribadi; perniagaan perusahaan sederhana dan kecil (SME) dan industri yang berisiko besar. Premium Bertulis Kasar (GWP) untuk perniagaan insurans am pada tahun kewangan 2018 telah mencapai RM2.12 bilion.

Allianz Life menawarkan insurans hayat dan kesihatan dan produk-produk berkaitan pelaburan dan bagi tahun kewangan 2018, Allianz Life mencatatkan Premium Bertulis Kasar (GWP ) sebanyak RM2.38 bilion dan merupakan salah satu daripada penanggung insurans hayat yang paling pesat berkembang di Malaysia.

Allianz Malaysia mempunyai 33 cawangan di seluruh negara.

Pada tahun 2018, Allianz Malaysia telah dianugerahkan Pengurusan Hubungan Pelanggan untuk Pusat Panggilan Terbaik (Perak) dan Anugerah Penggunaan Inovatif Terbaik (Merit), iklan Allianz Road Rangers: 24 Hours Call Centre oleh Allianz General juga telah memenangi Iklan Terbaik dalam Perkhidmatan dan Institusi Kewangan di Anugerah YouTube Malaysia 2018. Pada tahun 2017, Allianz Malaysia Berhad telah dianugerahkan Inisiatif Tanggungjawab Korporat Terbaik (permodalan pemasaran bawah RM10 bilion) pada Anugerah Kelab Bilion Ringgit The Edge (The Edge Billion Ringgit Club Awards) 2017, manakala Allianz General tekah diperakui sebagai Syarikat Takaful Motor Terbaik dan Syarikat Insurans Motor Terbaik pada 2016 oleh iBanding.com.

Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz Malaysia,layari allianz.com.my

Facebook: facebook.com/AllianzMalaysia/ | Instagram: instagram.com/allianzmalaysia/

Mengenai Allianz

Kumpulan Allianz merupakan salah satu syarikat insurans dan pengurus asset terbesar di dunia yang menyediakan perkhidmata untuk 92 juta pelanggan runcit dan korporat. Pelanggan Allianz mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmatan insurans peribadi dan korporat, yang terdiri daripada insurans harta dan kesihatan kepada perkhidmatan bantuan kepada insurans kredit dan insurans perniagaan global. Allianz merupakan salah satu pelabur terbesar yang menguruskan lebih 673 bilion euro bagi pihak pelanggan insuransnya. Selain itu, pengurus aset kami AllianzGI dan PIMCO mengurus lebih 1.4 trilion euro aset pihak ketiga. Terima kasih kepada penyepaduan kriteria ekologi dan sosial yang sistematik dalam proses perniagaan dan keputusan pelaburan kami, kami memegang kedudukan utama untuk penanggung insurans dalam Indeks Kelestarian Dow Jones (Dow Jones Sustainability Index). Pada 2018, lebih 142,000 pekerja di lebih 80 buah negara mencapai jumlah pendapatan sebanyak 131 billion euro dan keuntungan operasi sebanyak 11.5 bilion euro.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.