Assidq.com, Pasaran Kewangan Islam Pertama Di Malaysia

  • Platform aplikasi pembiayaan halal untuk produk kewangan Islam, Assidq.com kini mula beroperasi
  • Pembiayaan Islamik mendapat rangsangan digital teknologi kewangan (fintech) dengan platform perdagangan komoditi digital, As-Sidq, yang menggunakan komoditi “airtime” telekomunikasi yang dilanggani oleh lebih daripada 50 institusi kewangan
  • As-Sidq Althiqa adalah sebuah ciri terbaru di Assidq.com yang membantu meningkatkan kebarangkalian kelulusan setiap pemohon dalam mendapatkan pembiayaan Islam peribadi.

Sedania As Salam Capital Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sedania Innovator Berhad, telah mengumumkan dengan secara rasminya, Assidq.com, sebuah tempat pasaran Islamik atas talian yang pertama di Malaysia.

Platform ini menyediakan perkhidmatan padanan kewangan untuk produk-produk Islamik seperti pembiayaan peribadi dan kad kredit patuh Syariah. Melalui kolaborasi dengan rakan-rakan perbankannya, Assidq.com membolehkan para pelanggan untuk mendapatkan produk Islamik yang terbaik untuk mereka melalui semakan profil peribadi dengan kelulusan dan pembayaran segera.

Platform digital ini menawarkan produk-produk Islamik khususnya pembiayaan peribadi dan kad kredit dari institusi-institusi kewangan utama di Malaysia, seperti Alliance Bank & Alliance Islamic Bank, Standard Chartered & Standard Chartered Saadiq dan MBSB.

Mengulas mengenai Assidq.com, Puan Nisa Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As Salam Capital Sdn Bhd, berkata, “Kami menawarkan perkhidmatan yang unik untuk para pelanggan di Malaysia. Permintaan masa kini semakin meningkat untuk produk-produk kewangan Islam yang memenuhi ketetapan Syariah. Pembiayaan haruslah bebas dari elemen-elemen ketidakpastian termasuk riba (amalan pemberian pinjaman pada kadar faedah yang tinggi), gharar (jualan spekulatif atau berisiko di mana nilai tidak pasti), maysir (perjudian) dan zulm (aktiviti dan amalan bersandarkan eksploitasi, penindasan atau kekejaman).

Apa yang diperlukan di Malaysia adalah platform teknologi kewangan yang komited dalam menawarkan produk kewangan Islamik secara atas talian untuk memenuhi kehendak generasi masa kini.Platform pemadanan digital ini diperkasakan lagi bersama dengan teknologi perdagangan komoditi Tawarruq milik Sedania As Salam Capital, As-sidq, yang membolehkan pembayaran pembiayaan dalam masa sehari. Konsep ini sedia maklum oleh bank dan koperasi kredit yang telah pun menggunakan platform komoditi Tawarruq.”

Platform ini telahpun digunakan oleh lebih daripada 50 institusi-institusi kewangan di negara ini. Komoditi yang diperdagangkan adalah kredit masa berbual yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dalam bentuk digital yang menjadikan dagangan menjadi lebih tepat, berlangsung pada waktu sebenar (realtime) dan tidak tertakluk kepada waktu dagangan pasaran komoditi lain. As-Sidq juga mematuhi Piawaian Antarabangsa Perakaunan dan Pengauditan Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) di Bahrain.

“Kami melihat teknologi kewangan (fintech) sebagai cara untuk mepertingkatkan daya saing dan produktiviti, dan secara asasnya mengubah cara institusi menyediakan perkhidmatan kewangan. Hakikatnya fintech, terutama sekali fintech Islamik di Malaysia harus dimanfaatkan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan yang inklusif, mampan dan relevan demi memenuhi keperluan semua. Kami sekarang berada di barisan hadapan untuk usaha tersebut,” tambah Puan Nisa Ismail.

Mengulas tentang kolaborasi dengan institusi-institusi kewangan, Puan Nisa berkata, “Kami percaya bahawa di dalam era masa kini, setiap perniagaan yang sedang berkembang harus mempunyai reputasi atas talian yang kukuh untuk terus beroperasi dengan lancar, terutama sekali untuk institusi kewangan Islam. Assidq.com memberikan peluang kepada rakan bank untuk mempamer dan mempromosikan produk dan servis kewangan mereka kepada lebih ramai pengguna tanpa perlu risau tentang integrasi teknologi perbankan Tawarruq terkini.

Dengan Assdiq.com sebagai pengendali utama dalam kesemua aspek penting operasi yang digerakkan oleh As-Sidq – rakan-rakan bank boleh menumpukan perhatian kepada fungsi teras mereka dan menerima semua kelebihan teknologi dalam masa yang sama – hanya dengan pelaburan yang kecil dari segi masa dan wang.”

Dengan lebih daripada 26.3 juta pengguna internet , ditambah pula dengan komitmen kerajaan Malaysia untuk mendigitalkan ekosistem kewangan, terdapat peningkatan penggunaan teknologi kewangan yang meluas untuk mempersiapsiagakan pelanggan untuk era transaksi digital. Melalui platform Assdiq.com, bank boleh mengakses terus pelanggan-pelanggan yang membeli-belah di dalam talian dan membolehkan pengalaman pengguna yang lancar dari proses pencarian hinggalah ke proses kelulusan, semuanya di bawah satu bumbung.”

Assidq.com menguruskan setiap permohonan pengguna dengan teliti sebelum menyediakan maklumat penting kepada rakan perbankannya. Ini menguntungkan pihak bank, kerana kos operasi akan dikurangkan apabila pemohon yang diproses semuanya telah disahkan. Bagi pihak pengguna, ini menyingkatkan proses permohonan dan kelulusan. Apabila pengguna memberikan maklumat-maklumat mengikut parameter yang ditetapkan, mereka akan dipadankan dengan produk kewangan Islamik tertentu dan Assidq.com akan menyerahkan permohonan yang lengkap disertakan dokumen sokongan yang diperlukan kepada pihak bank.

Secara biasanya, sebuah bank mengambil masa dua minggu untuk meluluskan permohonan pembiayaan peribadi tetapi dengan proses pemeriksaan komprehensif oleh Assidq.com, permohonan boleh diluluskan dalam masa 24 jam.

Beliau meneruskan, “Tidak seperti platform carian kewangan digital yang lain, Assidq.com mengambil jalan yang berbeza dalam memenuhi permintaan pengguna. Melalui beberapa sesi perkongsian dengan rakan-rakan bank, kebanyakan bank merumuskan rancangan untuk menguasai segmen Bumiputera – suatu segmen yang menunjukkan peningkatan perbelanjaan dan pendapatan yang berterusan. Walau bagaimanapun, kadar kelulusan bagi segmen ini telah menjadi lebih mencabar memandangkan kebiasaan bank tradisional yang fokus kepada keupayaan pengguna bumiputera untuk membayar balik dan juga kegiatan kewangan mereka yang berbeza dengan segmen-segmen pengguna lain di Malaysia.”

Juga diumumkan semasa pelancaran laman web rasmi adalah As-Sidq Althiqa , merupakan elemen dalam Assidq.com yang dijangka mampu meningkatkan kebarangkalian kelulusan permohonan yang dilakukan atas talian. Pemohon boleh memilih untuk mendaftar di Assidq.com sebagai jaminan kepada rakan bank bahawa komitmen pembiayaan bulanan akan dilangsaikan tepat pada waktunya pada setiap bulan. As-Sidq Althiqa dijangka mula beroperasi pada Januari 2020.

Mengulas mengenai As-Sidq Althiqa , Nisa Ismail berkata, “Apabila kami berfikir tentang pengguna, kami sedar bahawa kami perlu menawarkan lebih banyak nilai kepada mereka serta rakan bank kami. Kami perlu mencari cara untuk meningkatkan kadar kelulusan untuk segmen utama kami. Dengan kewujudan As-Sidq Althiqa , yang bermaksud keyakinan dalam bahasa Arab – kami berharap rakan-rakan bank kami akan lebih yakin dengan platform kami. Ini kerana, As-Sidq Althiqa merupakan satu elemen yang membolehkan pengguna memberikan keyakinan kepada pihak bank, komitmen mereka dalam membuat pembayaran bulanan keperluan pembiayaan mereka. Untuk membantu meningkatkan kecekapan kos dalam pemerolehan, kami memastikan bahawa kami hanya memberi pemohonan yang berkualiti. Ini merupakan cari kami membuktikan kepada rakan kongsi kami, kami bersama mereka untuk jangka masa panjang. Dan kami bersedia membantu mereka berinovasi dengan cepat melalui perkhidmatan kami.”


Mengenai Assidq.com
Assidq.com adalah pasaran kewangan atas talian untuk produk kewangan peribadi patuh Syariah yang membolehkan para pelanggan mendapatkan produk-produk Islamik yang dipadan tepat dengan kehendak tersendiri melalui semakan profil peribadi dengan kelulusan dan pembayaran segera. Rakan-rakan perbankan AsSidq.com menawarkan pelbagai produk kewangan Islamik seperti pembiayaan peribadi dan kad kredit untuk membantu para pelanggan mencari padanan kewangan Islamik yang terbaik untuk mereka.

Sehingga November 2019, Assidq.com telah memudahcarakan pembiayaan patuh syariah bernilai RM37 bilion dengan 400k urusniaga yang berjaya yang telah membantu mendapatkan pembiayaan bagi hampir 400,000 pemohon yang berjaya. Dengan lebih daripada 50 rakan institusi kewangan Islam, misi teras Assidq.com adalah untuk membantu para pelanggan mencari produk kewangan Islamik yang tepat dan patuh Syariah dan menyampaikannya kepada mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.