AXA Beri Ganjaran Purata Diskaun Pemanduan Selamat Sebanyak 14% Kepada Pemandu Berhemah

• AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) memberi purata diskaun pemanduan selamat sebanyak 14% kepada pemandu berhemah AXA FlexiDrive.
• AXA FlexiDrive ialah insurans motor telematik pertama yang diperkenalkan di Malaysia pada tahun lalu dengan objektif untuk menggalakkan tabiat pemanduan berhemah di kalangan pemandu dan menjadikan jalan raya Malaysia lebih selamat untuk semua pengguna.

Setahun selepas pelancaran insurans motor telematik pertama di Malaysia, pelanggan AXA FlexiDrive diberi ganjaran purata diskaun pemanduan selamat sebanyak 14% berdasarkan tabiat pemanduan mereka.

Berikutan liberalisasi insurans motor pada tahun 2017, AAGI mengambil keputusan untuk menerajui industri insurans motor dengan menawarkan insurans telematik yang menggalakkan tabiat pemanduan berhemah di kalangan pemandu dan meningkatkan keselamatan jalan raya serta kenderaan. AXA FlexiDrive diperkenalkan dengan matlamat untuk membantu pemandu memantau tabiat pemanduan mereka, menawarkan panduan pemanduan yang baik dan membolehkan mereka berusaha untuk memperbaiki tabiat pemanduan mereka. AAGI percaya bahawa dengan memberi kesedaran kepada pemandu tentang tahap pemanduan mereka dan menawarkan panduan pemanduan yang berguna, para pemandu boleh memperbaiki tabiat pemanduan mereka dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AAGI berkata, “Menurut kementerian pengangkutan, Malaysia mempunyai salah satu kadar kemalangan dan kematian tertinggi di rantau ini. Kami sangat prihatin dan komited untuk memainkan peranan kami bagi menggalakkan pemanduan yang bertanggungjawab dan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan kenderaan di negara ini. Kami berbangga dan gembira kerana AXA FlexiDrive telah memberi impak dan hanya dalam masa satu tahun kami telah menerima banyak komen positif daripada pelanggan yang terdiri daripada pemandu muda atau berumur, pemandu wanita dan ibu bapa. Ini membuktikan bahawa AXA FlexiDrive telah memperbaiki tabiat pemanduan di kalangan pemandu dan meningkatkan keselamatan jalan raya dan kenderaan, sekaligus memberi nilai dan pengalaman baik kepada semua pelanggan kami. Inilah yang kami ingin capai dalam usaha kami untuk menjadi rakan yang dipercayai oleh pelanggan kami.”

Setahun selepas pelancaran AXA FlexiDrive, insurans motor telematik pertama di Malaysia, AXA Affin General Insurance telah memberi ganjaran kepada pemandu berhemah AXA FlexiDrive dengan purata diskaun pemanduan selamat sebanyak 14%  apabila tamatnya polisi insurans motor mereka. Diskaun pemanduan selamat AXA FlexiDrive diperolehi berdasarkan tabiat pemanduan pemandu dan dilaksanakan untuk memupuk pemanduan yang bertanggungjawab dan meningkatkan keselamatan jalan raya di negara ini. 

Melalui peranti yang menggunakan teknologi telematik, AXA FlexiDrive memberi pemandu Malaysia lebih kawalan ke atas insurans motor mereka sendiri, merekodkan tabiat pemanduan mereka dan memastikan kenderaan mereka selamat.

(i) Diskaun pemanduan selamat sehingga 20%: Pemandu berhemah boleh menikmati diskaun pemanduan selamat sehingga 20% dari segi pembayaran premium. Diskaun ini boleh dikumpul secara bulanan dari aspek kelajuan, jarak perjalanan dan cara pemanduan. Pemandu yang kurang berhemah tidak akan dihukum tetapi diberi panduan pemanduan bagi memperbaiki tabiat pemanduan mereka.

(ii) Penggera dan bantuan kemalangan automatik: Sekiranya berlaku kemalangan, penggera akan dicetuskan secara automatik dan bantuan perubatan kecemasan akan dihantar ke lokasi kemalangan.

(iii) Keselamatan kenderaan & pencarian akibat kecurian 24/7: Pemandu akan menerima isyarat penggera masa nyata sekiranya berlaku kecurian. Setelah menerima laporan polis, AAGI akan bekerjasama dengan polis untuk mendapatkan semula kenderaan yang dicuri itu.

Sejak pelancaran AXA FlexiDrive, AAGI telah menerima banyak testimonial positif daripada pelanggan.

“Saya mendaftar dengan AXA FlexiDrive pada tahun lalu, dan saya telah jimat sebanyak RM 712. Ia menawarkan panduan pemanduan yang selamat dan memberikan anda maklum balas mengenai prestasi pemanduan anda.” – En. Rajendra

“Sebagai seorang pemandu wanita, saya sentiasa bimbang sekiranya sesuatu berlaku terhadap saya di jalan raya. AXA FlexiDrive memberi saya perlindungan dengan memastikan keselamatan saya. Ia juga telah membantu saya memupuk tabiat pemanduan yang baik.” – Cik Camille Chew

“Saya tidak pernah menerima telefon daripada syarikat insurans sejurus selepas kemalangan. Ia sangat menenangkan apabila menerima panggilan daripada seseorang untuk bertanya sama ada anda memerlukan bantuan atau sekiranya ada apa-apa yang mereka boleh lakukan untuk anda.” – Encik Wong Keng Thai

“Keselamatan anak-anak dan keluarga adalah keutamaan saya. Pemandu muda kini selalu memandu dengan laju. Dengan AXA FlexiDrive, saya boleh memantau tabiat pemanduan anak-anak saya dan saya akan tahu serta-merta sekiranya sesuatu berlaku terhadap mereka.” – Cik Esther Yip

AXA FlexiDrive baru-baru ini telah dianugerahkan dengan Produk Insurans Baru Terbaik – Malaysia di Asian Banking & Finance Asia Awards 2018. Maklumat lanjut boleh didapati di www.axa.com.my.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.