RAMCI Mengumumkan Penunjuk i-DTC ‘Hutang Bertukar Tunai Untuk Industri’ Edisi Ketiga

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2018 – Platform Biro Dagangan di bawah naungan RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI), salah satu agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia, hari ini mengumumkan penunjuk RAMCI Hutang Bertukar Tunai Untuk Industri Edisi Ketiga (Industry Debts into Cash) yang mengukur data pembayaran antara suku keempat (Q4) 2017 sehingga suku ketiga (Q3) 2018.

i-DTC RAMCI mengukur purata hari yang diambil syarikat-syarikat dalam pelbagai industri untuk membayar para pemiutang mereka selepas tarikh invois dikeluarkan.

Penunjuk i-DTC RAMCI adalah berdasarkan lebih 500,000 rekod pembayaran oleh perniagaan korporat dan PKS dari 12 penunjuk industri. Ia diasingkan mengikut industri bagi memaparkan gambaran lebih jelas kepantasan syarikat-syarikat dalam setiap industri membayar pemiutang mereka.

“Ia satu kepentingan bagi kami untuk terus berkongsi maklumat terperinci pembayaran perdagangan melalui i-DTC RAMCI bagi membantu syarikat-syarikat mengurus aliran tunai mereka dengan lebih baik dan mengehadkan risiko kredit mereka. Ia amat penting bagi pemiutang untuk mengetahui mengenai trend i-DTC terkini dan melaksanakan proses pembayaran yang bersesuaian dengan penghutang mereka untuk memastikan ia dibayar dengan segera,” kata Ketua Pegawai Eksekutif RAM Credit Information Sdn Bhd, Dawn Lai.

Data i-DTC RAMCI telah mencatatkan kelewatan bayaran balik secara keseluruhan pada suku kedua (Q2) dan suku ketiga (Q3) 2018 jika dibandingkan dengan suku keempat (Q4) 2017 dan suku pertama (Q1) 2018. Tempoh bayaran balik bagi 12 industri utama mencatatkan peningkatan sehingga 75 hari pada suku kedua (Q2) 2018. Ianya sama dengan aliran menaik pada suku kedua (Q2) 2017, walaupun dengan peningkatan yang lebih ketara pada 2018. Ini mungkin disebabkan oleh penyambungan cuti Hari Raya Aidilfitri pada suku kedua (Q2), Pilihan Raya Umum ke-14 dan cuti panjang yang berlaku pada rangka masa yang sama. Kadar bayaran balik bertambah baik ke 71 hari pada suku ketiga (Q3) 2018.

Data juga turut mencatatkan bahawa syarikat berkaitan servis yang berada dalam industri Pendidikan, Hospitaliti dan Makanan & Minuman (F&B) yang dahulunya mempunyai rekod bayaran balik yang baik pada 2017, kini mengambil masa yang lebih panjang untuk membuat bayaran balik kepada pemiutang, hampir menggandakan trend i-DTC yang dilaporkan pada 2017.

Walaupun kebanyakkan syarikat masih memberikan terma kredit dalam lingkungan 30 hari, industri Pembinaan, Peruncitan dan Pemborongan memberikan 10%-15% pelanggan mereka terma kredit lebih panjang iaitu sebanyak 60 hari sehingga 90 hari. Ini merupakan perkara lazim bagi dua industri ini untuk memberikan terma bayaran yang lebih lama kepada pelanggan.

Walaubagaimanapun, sebahagian besar industri yang dikesan dalam i-DTC RAMCI masih gagal untuk membayar pembekal mereka dalam tempoh 30 hari, sebaliknya bayaran dipanjangkan sehingga tempoh 45 hari selain syarat terma kredit yang diberikan.

“Dari segi kegagalan bayaran balik, i-DTC RAMCI tidak melihat sebarang trend kemerosotan yang ketara dalam pembayaran perdagangan bagi tempoh 12 bulan dalam kalangan firma yang lebih besar. Walaubagaimanapun, terdapat kegagalan pembayaran dagangan yang lebih tinggi dari perniagaan kecil (pemilik tunggal/perkongsian),” kata Lai.

Beliau menasihatkan syarikat – syarikat perniagaan di Malaysia untuk menjadi lebih proaktif dan mengguna pakai teknologi yang ada bagi mengautomasikan serta mempercepatkan kutipan hutang. Ini penting bagi menangani masalah antara kutipan hutang tepat pada waktu dari pelanggan dan bayaran kepada pembekal. Dengan mengambil kira purata i-DTC bagi industri para penghutang, PKS khususnya boleh mengurus aliran tunai dengan lebih baik bagi memastikan kemampanan perniagaan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang perlahan atau lemah.

“Syarikat-syarikat harus menggunakan kemudahan kredit yang terdapat di pasaran seperti perkhidmatan Biro Dagangan (“Trade Bureau”) RAMCI bagi menjejaki tabiat pembayaran para pelanggan mereka. Ambil tindakan pencegahan dalam susulan pembayaran dengan amaran-amaran awal bagi mengesan tanda-tanda kemerosotan kredibiliti para pelanggan mereka,” simpul beliau.

Data tersebut diperolehi dari Biro Perdagangan (“Trade Bureau”) RAMCI, sebuah platform bebas dan neutral yang ditubuhkan sejak 2004 dengan lebih dari 1,500 penyumbang data di seluruh negara.

Sumber: Biro Perdagangan, RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI)

Rajah 1.

Purata Hutang Bertukar Tunai Untuk Industri bagi 12 industri pada Q4 2017 – Q3 2018

Sumber: Biro Perdagangan, RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI))

Rajah 2.

Purata i-DTC bagi tempoh 3 tahun (Q4 2016 – Q3 2018)

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.