AXA Diiktiraf Kerana Inovasi & Kecemerlangan Dalam Sumber Manusia

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) sekali lagi mengukuhkan reputasinya dalam pasaran dengan mencatatkan kemenangan besar berturut-turut dalam amalan sumber manusia yang inovatif dan cemerlang.

AXA telah memenangi anugerah Emas di Malaysian Employers Federation Employer Excellence Award 2019 yang ulung kali diadakan, sempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-60 untuk mengiktiraf majikan yang cemerlang dalam dasar sumber manusia ni negara ini. AXA turut memenangi anugerah Perak baru-baru ini di HR Excellence Awards 2019 – salah satu anugerah sumber manusia ternama di Asia.

Encik Mohd Syukri bin Ahmad Sudari, Ketua Pegawai Sumber Manusia AXA (pertama dari kanan)menerima anugerah Emas di Malaysian Employers Federation Employer Excellence Award 2019,sebagai pengiktirafan untuk polisi sumber manusia Syarikat yang inovatif dan cemerlang

Pencapaian hebat ini merupakan bukti kejayaan AXA dalam melangkaui strategi sumber manusia yang tradisional dan mengubah amalannya dari pengalaman pekerja menjadi pengalaman manusia. Strategi ini berputik daripada keyakinan AXA bahawa matlamat perniagaan dan komitmennya kepada pelanggan terhasil melalui tindakan Pekerjanya. Syarikat ini sentiasa mendorong inisiatif yang progresif dan inovatif serta menggalakkan perkembangan profesional di tempat kerja yang terbuka dan inklusif.

Menurut Encik Mohd Syukri bin Ahmad Sudari, Ketua Pegawai Sumber Manusia AXA, “Di AXA, kami didorong oleh objektif yang teguh untuk memperkasakan orang ramai agar menjalani kehidupan yang lebih baik. Dalam persiapan untuk industri 4.0, adalah penting bagi kita untuk memajukan dan mempersiapkan tenaga kerja kita untuk meningkatkan nilai yang diberikan kepada para pelanggan. Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu memupuk budaya yang tangkas, inovatif dan mengutamakan manusia — ia adalah lebih peribadi, menarik dan progresif.”

Dalam usahanya untuk memacu inovasi, pemudahan dan penglibatan yang lebih baik di kalangan pekerja, AXA telah:

  • melancarkan Proses Automasi Robotik dalam pengambilan, penglibatan, ganjaran dan pengiktirafan serta pengurusan prestasi. Syarikat ini adalah syarikat pertama dalam industrinya dalam memperkenalkan Alex the Robot, yang telah berjaya mengurangkan masa pusing balik pengambilan sebanyak 70%, sekaligus membolehkan pekerjanya untuk memberi tumpuan kepada tugas yang memberi nilai tambahan dan bukannya kerja pentadbiran manual.
  • melancarkan Amber, pembantu chatbot kecerdasan tiruan (AI) CEO untuk mendapatkan maklum balas pekerja sepanjang perjalanan mereka bekerja dengan AXA.
  • melabur dengan lumayan dalam program Pembelajaran dan Pembangunan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pekerja melalui teknologi dan membolehkan mereka belajar di mana sahaja. Sebagai contoh, Pocket Coach yang berfungsi sebagai teman pembelajaran mudah alih yang menarik sebagai tambahan kepada pembelajaran tradisional melalui permainan.
  • menghasilkan beberapa inisiatif yang bermakna untuk menyediakan integrasi kerja-kehidupan yang lebih baik kepada tenaga kerjanya. Susunan Jadual Kerja Mampat adalah salah satu inisiatif penting yang diperkenalkan bagi memberikan pekerja kelonggaran untuk mengambil 2 Isnin atau Jumaat dalam setiap bulan, dengan bekerja selama 45 minit tambahan selama 9 hari berturut-turut.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.