Banyak Rumah di Malaysia Tidak Dilindungi Untuk Kerosakan Akibat Banjir Atau Kebakaran

Kaji selidik yang dijalankan oleh Zurich Malaysia mendapati bahawa 59% pemilik rumah tidak dilindungi
untuk kerosakan akibat kebakaran. Hasil kajian ini membimbangkan kerana berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mereka menerima 38,865 panggilan meliputi kes kebakaran pada 2020, purata satu panggilan setiap 14 minit. Kerugian yang dianggarkan adalah berjumlah RM2.25 billion, jauh lebih rendah berbanding 2019 iaitu RM3.61 billion.

Sebahagian daripada jumlah ini, 4,599 adalah kebakaran yang melibatkan bangunan dan kandungannya, dan 1,239 daripadanya berpunca daripada kerosakan elektrik manakala 342 disebabkan oleh gas atau kerosin. Punca-punca
lain adalah puntung rokok, ubat nyamuk, lilin dan batang colok.

Memandangkan Malaysia mengalami kitaran musim tengkujuh tahunan, amat mengejutkan untuk mengetahui bahawa dua pertiga (74%) pemilik rumah tidak mempunyai perlindungan terhadap kerosakan akibat banjir. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menganggarkan 4.8 juta orang tinggal di kawasan berisiko banjir di seluruh negara. Semasa monsun timur laut 2020-2021, banjir telah menyebabkan 42,947 orang kehilangan tempat tinggal dan telah menjejaskan 11,973 keluarga.

Malaysia sebagai negara yang menempatkan hampir 5.8 juta hartanah kediaman[1], hasil kaji selidik ini semakin membimbangkan setelah mendapati secara keseluruhannya hanya satu dari dua rumah dilindungi oleh insurans atau takaful rumah untuk potensi kerosakan.

Tambahan pula, 43% pemilik rumah tidak menyedari bahawa kandungan rumah tidak semestinya dilindungi bawah insurans atau takaful rumah. Kandungan rumah termasuk perabot seperti meja dan kerusi, peralatan, komputer dan peranti mudah alih.

Satu daripada tiga pemilik rumah (33%) yang diinsuranskan tidak mempunyai perlindungan kandungan rumah. Bagi mereka yang mempunyai perlindungan, 13% membeli pelan berasingan khusus untuk melindungi kandungan rumah mereka. Angka ini mungkin lebih tinggi kerana suku pemilik rumah (25%) yang diinsuranskan tidak pasti tentang
perlindungan insurans atau takaful rumah yang sedia ada.

Ketua Zurich Malaysia Junior Cho berkata, “Kita biasa mendengar pepatah ‘Rumahku syurgaku’. Rumah kita seharusnya menjadi ruang yang selamat untuk diri kita dan orang yang kita sayangi untuk tinggal, belajar dan bermain. Jadi, perlu ada usaha dan komunikasi yang menyeluruh untuk memaklumkan pemilik rumah sedia ada dan bakal pemilik tentang jenis insurans atau takaful yang sesuai untuk melindungi aset mereka dan mengekalkan cara hidup mereka. Pastinya kita berasa lebih tenang dan yakin apabila mengetahui bahawa bumbung di atas orang yang mereka sayangi dilindungi, yang akan membantu mereka memenuhi potensi hidup mereka.”

1,201 rakyat Malaysia di seluruh negara mengambil bahagian dalam kaji selidik Impak Pandemik terhadap Perlindungan yang dijalankan pada September 2021. Ia merupakan inisiatif Zurich Malaysia untuk memahami
pengguna tempatan dan keperluan mereka agar dapat mereka bentuk pelan perlindungan yang inovatif dan membina masa depan yang lebih cerah bersama-sama.

[1] Malaysia Property Market Centre (NAPIC)

Ringkasan Hasil Kaji Selidik Zurich Malaysia Untuk Perlindungan Rumah

  • 50% rumah tidak dilindungi insurans atau takaful
  • 59% rumah tidak dilindungi untuk kerosakan akibat kebakaran
  • 74% rumah tidak dilindungi untik kerosakan akibat banjir
  • 43% pemilik rumah tidak menyedari bahawa kandungan rumah tidak semestinya dilindungi bawah insurans atau takaful rumah
  • Daripada pemilik rumah yang diinsuranskan, 33% tidak dilindungi untuk kehilangan kandungan rumah dan 25% tidak mengetahui perlindungan insurans atau takaful rumah yang sedia ada.
Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.