LHDNM Boleh Akses Maklumat Akaun Bank Pembayar Cukai Tanpa Mohon Kebenaran Dengan Pindaan Akta Sedia Ada

Berdasarkan kepada laporan berita yang dikeluarkan oleh My Sin Chew, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak memerlukan kebenaran daripada pembayar cukai untuk mendapat akses kepada maklumat akaun bank untuk melihat atau membuat siasatan berdasarkan kepada pindaan terkini Seksyen 106A, Akta Cukai Pendapatan.

Sebelum pindaan akta dilakukan, LHDNM perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik akaun sebelum bank memberikan maklumat tersebut. Namun begitu, dengan pindaan akta yang dilakukan, LHDNM boleh mendapatkan maklumat secara terus kepada bank tanpa perlu mendapat kebenaran pemilik akaun.

Seksyen 106A merupakan salah satu cadangan pindaan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kewangan 2021 yang telah dibentangkan untuk bacaab kali pertama di Dewan Rakyat.

Ini memberi maksud bahawa Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) tidak akan terpakai untuk penguatkuasaan Seksyen 106A di masa hadapan. Sebelum ini, jika merujuk kepada PDPA, pihak bank perlu mendapatkan kebenaran daripada pengguna sebelum memberikan maklumat kepada LHDNM.

Seksyen 106A yang dicadangkan membenarkan LHDNM untuk membuat tuduhan kepada pembayar cukai di mahkamah serta membolehkan LHDNM mendapatkan maklumat akaun bank pembayar cukai.

Pihak bank pula tidak dibenarkan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pemilik akaun. Jika pihak bank melanggar peraturan ini, mereka boleh dikenakan denda antara RM 200 – RM 20,000 dan penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Baca juga Akses Ke Akaun Bank Pembayar Cukai Ada Batasannya

Previous ArticleNext Article

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Kesan RM1.4 Bilion Pendapatan Tidak Dilapor Hasil Semakan E-Invois

CYBERJAYA –  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) kekal komited memperkukuh aktiviti pematuhan cukai bagi mengekang ketirisan hasil negara serta memastikan pelaporan pendapatan dilaksanakan dengan betul dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Usaha ini selaras dengan inisiatif memperkasa sistem percukaian negara melalui agenda pendigitalan bagi meningkatkan ketelusan, seterusnya menjadikan penilaian risiko pematuhan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Sejak pelaksanaan e-Invois mulai 1 Ogos 2024, sebanyak 184,325 pembayar cukai telah mengemukakan e-Invois yang melibatkan pengeluaran sebanyak 979 juta  e-Invois secara keseluruhan. Perkembangan ini menunjukkan tahap penerimaan yang baik dalam kalangan pembayar cukai termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terhadap pelaksanaan e-Invois sebagai langkah transformasi untuk mendigitalkan operasi perniagaan serta memastikan transaksi direkod atau disimpan secara lebih teratur sama ada di pihak penjual dan pembeli

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, HASiL telah mengenal pasti pembayar cukai yang tidak melaporkan pendapatan untuk tindakan penguatkuasaan, sekali gus mengekalkan keadilan terhadap pembayar cukai yang mematuhi perundangan percukaian. Lebih 500,000 kes berpotensi telah dikenal pasti menunjukkan corak keupayaan kewangan yang tinggi tetapi tidak sepadan dengan rekod percukaian sedia ada, termasuk tiada rekod pelaporan pendapatan kepada HASiL.

Melalui pendekatan ini, HASiL telah menjalankan semakan audit dan mengeluarkan peringatan untuk menggalakkan pembayar cukai membuat pengakuan secara sukarela sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan atau kesilapan dalam maklumat percukaian mereka. Sebanyak 17,188 pembayar cukai yang sebelum ini didapati tidak mematuhi pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP), telah tampil mengemukakannya dan melaporkan pendapatan bagi tahun taksiran ke belakang sebanyak RM1.4 billion yang menyumbang kepada hasil cukai sebanyak RM290 juta.

Sebagai agensi pentadbir cukai langsung negara, HASiL komited memberi sokongan penuh kepada Kerajaan bagi memastikan setiap pihak menunaikan tanggungjawab cukai mereka dengan melapor dan membayar cukai dengan sewajarnya. Dengan gabungan pendekatan berasaskan data dan teknologi terkini, HASiL sentiasa memastikan cukai dipungut secara adil dan saksama kepada golongan yang layak, serta berupaya mengesan sebarang ketidakpatuhan. Sehubungan dengan itu, HASiL menasihatkan semua pembayar cukai supaya sentiasa memastikan maklumat percukaian yang dikemukakan adalah tepat, lengkap dan terkini bagi mengelakkan penalti yang lebih berat serta tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pembayar cukai boleh menghubungi HASiL melalui saluran khas e-Invois seperti berikut untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat selanjutnya:

a. Berkunjung ke Pejabat HASiL;

b. Meja Bantuan e-Invois HASiL di talian 03-8682 8000 (talian 24 jam);

c. MyInvois Live Chat;

d. E-mel [email protected] bagi pertanyaan umum e-Invois; dan

e. Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois di pautan https://feedback.myinvois.hasil.gov.my