Pendapatan bulanan besar, dapat bonus, dapat harta pusaka yang besar, dapat wang pesaraan yang besar, wang EPF dan sebagainya;
Kesemuanya ini akan hilang dan anda akan kembali kepada keadaan sebelumnya JIKA ANDA TIDAK PANDAI MERANCANG WANG TERSEBUT
Perancangan kewangan bukan soal merancang untuk menjadi kaya raya atau hartawan atau jutawan.
Perancangan kewangan adalah tentang mencapai matlamat kewangan dan pengurusan harta dengan baik di dunia dan akhirat.
Bahagia itu dari hati, bukan dari wang. Tetapi ketiadaan wang boleh menyebabkan hidup gundah gulana.
Jom Ke “Seminar Bijak Merancang Wang”
Satu seminar yang mampu membantu anda merancang kewangan dengan lebih teliti dan dalam masa yang sama meningkatkan aset untuk masa depan anda.
SIAPA YANG PERLU HADIR?
✓ Individu yang ingin mengubah tabiat kewangan kearah lebih baik
✓ Pasangan yang ingin meningkatkan asset dan melupuskan liability
✓ Individu yang terkeliru dengan Tool-tool kewangan
✓ Fresh Grad yang ingin belajar mengurus gaji
✓ Perlu bantuan untuk membaiki profil kewangannya
Anda Akan Belajar 7 Modul Mantap
Modul 1 – Pengurusan Aliran Tunai
Cashflow atau aliran tunai ini ialah asas dalam perancangan kewangan yang meliputi aspek PENDAPATAN dan PERBELANJAAN
Dalam modul ini, akan diterangkan tentang formula I-E=S supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan setiap bulan dan tahun.
Modul 2 – Perancangan Aset
Nett worth ialah perancangan aset dan pengurusan hutang.
Dalam modul ini pula akan diterangkan tentang formula A>L supaya dapat menyediakan aset dan dana yang cukup untuk menghadapi masa hadapan serta hutang yang terkawal supaya ia tidak membebankan hari tua kelak.
Modul 3 – Merancang Simpanan
Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain.
SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.
Modul 4 – Takaful Sebagai perlindungan kekayaan
Mitos dalam takaful
Strategi melanggan takaful yang menguntungkan
Tip memilih takaful -Rahsia takaful yang tidak diceritakan oleh ejen
Modul 5 – Pelaburan
Rahsia pelaburan terbaik
Tip pelaburan kalis inflasi
Strategi “Dolar Cost Averaging“
Kisah-kisah sontot.
Modul 6 – Penyucian Harta
Rahsia kekayaan jutawan muslim
Waqaf: Kekuatan ekonomi umat islam
Modul 7 – Pewarisan
Pusaka: Blind spot dalam kewangan
Siapa waris faraidh kita?
Siapa yang memerlukan wasiat?
Rancang harta sepencarian seawal perkahwinan.
Belajar Daripada Afyan Mat Rawi, Perancang Kewangan Yang Terbaik
PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.
Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama. Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.
Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata, “Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.
Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”
Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.
Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.
The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.
Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.