Boost #KasiTambah Lebih Banyak Ganjaran untuk ePENJANA

Bagi menggalakkan warga Malaysia untuk menghayati gaya hidup digital, e-dompet tempatan Boost melancarkan kempen #KasiTambah bersempena inisiatif ePENJANA. Kempen menawarkan ganjaran dan hadiah istimewa dan ganjaran termasuk peluang untuk membawa pulang Perodua Myvi ataupun motosikal Yamaha sebagai tambahan kepada insentif ePENJANA RM50 yang diberikan oleh Kerajaan.

Insentif RM50 ePENJANA bermula secara rasmi pada hari ini, 31 Julai dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 dan merupakan pengguna berdaftar di aplikasi MySejahtera.

Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkongsi bahawa Boost berbesar hati dipilih sebagai salah satu penyedia e-dompet rasmi yang dipercayai untuk inisiatif ePENJANA. Peluang yang diberikan, memainkan peranan penting dalam usaha kolektif membina semula ekonomi negara dan perniagaan tempatan, selain memberi suntikan baharu kepada kelangsungan hidup warga Malaysia dalam usaha menjadi lebih bingkas dalam era kebiasaan baharu.  

“Sepanjang empat bulan kebelakangan ini, warga Malaysia telah bermula menerima gaya hidup digital dengan hati terbuka, di mana penggunaan e-dompet semakin berakar umbi dalam amalan pembayaran harian. Kami percaya bahawa inisiatif ePENJANA akan menjadikan penggunaan e-dompet amalan yang lebih selamat dalam kalangan warga Malaysia, selain menjadi langkah tambahan untuk memelihara kesihatan masyarakat melalui bayaran tanpa sentuhan, memandangkan COVID-19 masih menjadi ancaman kesihatan. Lebih daripada itu, langkah ini turut berpotensi merangsangkan ekonomi tempatan. Ketika perniagaan memulakan kembali operasi selangkah demi selangkah, insentif rangsangan ePENJANA menjadi unsur penting dalam merancakkan semula ekonomi buat banyak perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) yang terkesan oleh keperluan untuk menutup operasi sebagai langkah penting untuk mendatarkan lekuk jangkitan.”

Untuk menuntut kredit RM50 ePENJANA melalui Boost, pengguna perlu melengkapkan proses pengesahan akaun eKYC (Kenali Pelanggan Anda) serta memuat turun dan berdaftar sebagai pengguna di aplikasi MySejahtera.

Pengguna boleh menuntut insentif RM50 ePENJANA dengan langkah berikut

  1. Di tab ‘Profile’, klik ‘My Wallet’, kemudian klik ‘Upgrade to Premium Wallet’
  2. Ikuti arahan untuk mengambil gambar IC dan swafoto
  3. Klik ‘Submit’ dan tunggu notifikasi pengesahan berjaya yang akan dilaksanakan dalam satu (1) hari bekerja
  4. Setelah pengesahan selesai, pergi ke halaman tuntutan ePENJANA RM50 dari ‘What’s New’ di laman Utama dan klik butang hantar tuntutan. Pemeriksaan kelayakan akan dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), LHDN dan MySejahtera. Pengguna akan menerima notifikasi dalam tempoh lima (5) hari setelah mengemukakan tuntutan
  5. Setelah pengesahan dan semakan kelayakan diluluskan, RM50 akan dikredit secara automatik ke dalam akaun Boost, dan sedia untuk digunakan.

Proses eKYC juga akan menaik taraf e-dompet pengguna daripada Basic kepada Premium, membolehkan pengguna memanfaatkan rangkaian lengkap ciri dan fungsi yang ditawarkan Boost, termasuk saiz dompet yang lebih besar iaitu RM4,999.

“Sepanjang 2 bulan tempoh ePENJANA, kami akan #KasiTambah ganjaran lumayan, sebagai insentif bonus bagi rakyat Malaysia menyambung semula aktiviti sosial dalam fasa pemulihan ini. Dengan Boost, rakyat Malaysia dapat bertransaksi di lebih daripada 180,000 rakan niaga di seluruh negara, yang mana 60% terdiri daripada perusahaan mikro dan kecil, sekaligus memberi banyak peluang untuk meyokong perniagaan tempatan. Untuk membantu komuniti MSME, Boost juga melaksankan Program Mendigitasi Rakan Niaga (Digitizing Merchant Program) yang akan menyumbang kepada objektif ePENJANA dalam meningkatkan ekonomi,” tambah Khairil.

#KasiTambah Lebih Banyak Ganjaran

Setiap pengguna yang berjaya menuntut insentif ePENJANA akan menerima ganjaran tambahan bernilai melebihi RM80, berbentuk baucer RM60 untuk menerima diskaun bersamaan nilai satu tahun penggunaan Celcom Postpaid XP Lite, serta ganjaran ‘Partner Wallet’ secara bundle bernilai sebanyak RM20 dan boleh digunakan untuk pembayaran bil, tambah nilai prabayar, insurans mikro, barangan runcit, kesihatan dan kecantikan, serta F&B. Pedagang yang menyertai program ganjaran ‘Partner Wallet; termasuk produk insurans mikro Great Eastern oleh platform digital Aspirasi, Kenny Rogers, Secret Recipe, Mydin, Tealive, Setel, Old Town White Coffee, Petron, KK Mart, Tesco, Watsons, MyNews, Giant dan banyak lagi.  Juga termasuk adalah rakan niaga Sunshine Wholesale Mart di Pulau Pinang; CKS Supermarket, Bataras Hypermarket dan Farmasi Sunlight di Sabah; serta kedai kumpulan LEA dan farmasi SHiNE di Sarawak.

Penuntut insentif yang berjaya turut berpeluang memenangi hadiah bulanan termasuk

  • Perodua Myvi 1.5L AV AT 2020      
  • Motosikal Yamaha Y15ZR
  • Samsung S20 Ultra
  • TV Pintar Samsung 50-inci 4K
  • Baucar Shopee RM100
  • Kredit e-dompet RM50 di Partner Wallet untuk dibelanjakan untuk barangan runcit, F&B atau kesihatan & kecantikan

#KasiTambah Lebih Banyak Boost Coins

Boost juga telah menaiktaraf BoostUP, program kesetiaan dengan memperkenalkan Tahap 5. Sebelum ini, BoostUP hanya menawarkan sehingga Tahap 4, di mana pengguna hanya boleh memperoleh maksimum 2 Boost Coins bagi setiap RM1. Di Tahap 5 yang baharu, pengguna boleh memperoleh sehingga 8 Boost Coins dengan setiap RM1 yang dibelanjakan, serta faedah istimewa seperti penyertaan dua kali ganda di BoostUP Pick & Win, Welcome Pack khas serta banyak lagi. Dengan lebih banyak Boost Coins, terdapat lebih banyak peluang memenangi hadiah premium dan eksklusif termasuk Apple iPad 12.9,” TV Pintar Samsung 65” 4K UHD, dan banyak lagi di Pick & Win.

Ini bermaksud pengguna Boost mempunyai lebih banyak ganjaran dan Boost Coins untuk dinikmati apabila membelanjakan insentif RM50 ePENJANA dengan Boost dengan menaik tahap di program BoostUP.  

Boost juga ingin mengingatkan pengguna bahawa kredit ePENJANA

  • Boleh dibelanjakan untuk sebarang transaksi di mana Boost diterima seperti rakan niaga fizikal atau atas talian, membayar bil, membeli tambah nilai prabayar; kecuali in-app donation.
  • Kredit ePENJANA tidak boleh dipindahkan kepada akaun e-dompet yang lain, pengguna Boost yang lain atau ditukar kepada wang tunai.
  • Setiap pengguna hanya berhak untuk mendapat kredit ePENJANA sekali sahaja melalui satu sahaja e-dompet.
  • Hari terakhir untuk menuntut insentif RM50 ePENJANA adalah pada 24 September sebelum jam 11.59 malam
  • Hari terakhir untuk membelanjakan insentif adalah pada 30 September 2020 sebelum jam 11.59 malam. Sebarang baki kredit ePENJANA yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti saluran media sosial rasmi di Facebook (facebook.com/myboostapp) dan Instagram (instagram.com/myboostapp), selain laman sesawang rasmi di www.myboost.com.my. Boost boleh dimuat turun di Google Play, App Store atau HUAWEI AppGallery.

Mengenai Boost

Boost adalah aplikasi e-dompet gaya hidup ‘homegrown’ yang bertujuan merevolusi cara pengguna melakukan transaksi harian. Menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital masa kini, Boost berusaha untuk memudahkan transaksi, lebih pantas, lebih selamat & memberi lebih manfaat kepada pengguna secara keseluruhan.

Boost dilancarkan secara rasmi pada Januari 2017, sebagai satu platform mendigitalkan salah satu perkhidmatan teras syarikat telekomunikasi – cara pengguna menambah kredit prabayar mereka. Boost membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan telefon bimbit di rakan kongsi Boost tanpa tunai atau kad kredit. 7.6 juta pengguna Boost kini boleh membayar di lebih daripada 180,000  rakan niaga di seluruh negara.

Ciri-Ciri Utama

  • Ganjaran melalui BoostUP
  • Ganjaran untuk belanja dalam talian melalui CashUp
  • Bayar di peniaga QR UnionPay di Malaysia
  • Membayar bil utiliti dengan rakan kongsi seperti Telekom Malaysia, Astro dan Syabas
  • Membayar tempat letak kereta di tepi jalan dan berpagar
  • Perkhidmatan bantuan tepi jalan dan penyelenggaraan kereta
  • Tempahan dan pembelian tiket pengangkutan awam – KLIA Ekspres, KTM, EzCab, CatchThatBus dan Firefly
  • Derma tanpa tunai #DoGoodWithBoost
  • Membeli dan menawarkan baucar digital untuk kedia F&B, hiburan, kesihatan & kecantikan
  • Pemisahan bil melalui ciri unik “Go Dutch”
  • Membeli prabayar
  • Pemindahan wang dengan percuma
  • Perkhidmatan penghantaran makanan melalui DeliverEat, dahmakan dan Eatigo

Pengguna Android boleh memuat turun Boost dari Play Store manakala pengguna iOS boleh memuat turun dari App Store.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.