Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2020

Pasaran saham Malaysia telah mencatat kenaikan bagi empat bulan berturut-turut dan telah membuat reversal yang sihat. Kalau dulu pada bulan Mac ianya berada di paras yang terendah bagi tahun ini, kini ianya telah pun mencatatkan paras yang tertinggi bagi tahun 2020.

Sekiranya ini berterusan, FBM KLCI dan saham-saham yang lain bakal mencatatkan kenaikan yang lebih tinggi lagi.

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 1 Julai 2020: 1,503.90 Mata

Indeks FBM KLCI 1 Julai 2020 Paras Terendah Bulan Julai: 1,497.50 Mata

Indeks FBM KLCI 29 Julai 2020 Paras Tertinggi Bulan Julai: 1,618.00 Mata

Indeks FBM KLCI 30 Julai 2020: 1,603.80 Mata

Kenaikan Sebulan: +99.90 Mata atau +6.64%

Apabila indeks meneruskan momentum kenaikan, pastinya ramai yang memperolehi keuntungan yang tinggi sepanjang bulan ini. Berikut merupakan senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2020:

Sumber: Screener iSaham

1. Ancom Logistics

Sumber: Bursa Marketplace

2. XOX Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. Pegasus Heights

Sumber: Bursa Marketplace

4. PDZ Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. Nexgram Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. DGB Asia

Sumber: Bursa Marketplace

7. Bioalpha Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. MSCM Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

9. Green Ocean Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

10. Careplus Group

Sumber: Bursa Marketplace

Semua Yang Tersenarai Adalah Penny Stock Kecuali Satu

Sekiranya kita perhatikan kesemua saham yang tersenarai dalam Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2020, sembilan daripadanya adalah penny stock. Semua sembilan saham pada asalnya adalah saham di bawah 20 sen yang akhirnya mendatangkan keuntungan yang banyak.

Tetapi kita perlu ingat, saham penny stock bila mencatatkan kenaikan 1 bid adalah sangat besar. Bila mencatatkan penurunan 1 bid pun mendatangkan kerugian yang sangat besar. Reward adalah besar, risiko pun adalah besar.

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak, banyak lagi saham-saham lain yang kita boleh perhatikan. Kerana takut sekali kita rugi besar, kita akan merasa begitu kecewa dan terus meninggalkan dunia pelaburan saham ini nanti.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Jun 2024

Bulan Jun 2024 menyaksikan sedikit penurunan dalam indeks FBM KLCI. 

Setelah peningkatan yang mendadak pada bulan Mei 2024, bulan Jun tidak berjaya meneruskan kenaikan tersebut.

Indeks FBM KLCI

Sumber: Trading View

Indeks FBM KLCI pula susut sebanyak 0.37% pada bulan Jun 2024. KLCI dibuka pada 1595.94 pada awal bulan dan ditutup pada 1590.09 pada hari terakhir dagangan bulan Jun 2024.

Senarai Saham Patuh Syariah Paling Rugi Jun 2024

1. Seni Jaya Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Saham patuh syariah paling rugi Jun 2024 adalah Seni Jaya Corporation Berhad yang susut sebanyak 18.75%. Jika dikaji dari sudut fundamental, Seni Jaya mengalami kerugian pada suku terkini sebanyak RM1.7 juta. Sebelum ini, Seni Jaya agak konsisten mencatatkan keuntungan bagi setiap suku tahunan.

2. Reneuco Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kedua, Reneuco Berhad susut 15.79% dari pembukaannya pada awal bulan Jun 2024. Reneuco Berhad ditutup pada RM0.08. 

3. Eversendai Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Eversendai pula jatuh dari RM0.625 kepada RM0.53 atau 15.20% dalam tempoh sebulan. Setelah membuat kenaikan yang banyak pada bulan Mei 2024, pelabur mungkin sudah mula mengambil keuntungan pada bulan berikutnya.

4. MST Golf Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

MST Golf juga dilihat membuat downtrend yang kuat sejak pertengahan bulan Mei sehingga akhir bulan Jun 2024. MST Golf jatuh sebanyak RM0.055 atau 15.07% sepanjang Jun 2024.

5. Master Tec Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Saham yang baru disenaraikan tahun ini, Master Tec membuat penurunan sebanyak 13.97% namun masih kekal berada di atas RM1.

6. FSBM Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

FSBM Holdings di tempat keenam dibuka pada harga RM0.375 pada awal Jun dan ditutup pada 0.325 pada akhir Jun. Penurunan ini menyebabkan FSBM kehilangan 13.33%.

7. Omesti Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Omesti Berhad juga susut 13.33% pada Jun 2024. Omesti hanya turun sebanyak 2 sen namun kerana harganya yang murah, ia telah menyebabkan perubahan harganya menjadi sebanyak 13.33%.

8. Microlink Solutions Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Microlink Solutions turut mengalami kejatuhan iaitu sebanyak 11.11%. 

9. HHRG Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kedua terakhir dari senarai ini, HHRG Berhad telah susut sebanyak 10.26% pada bulan Jun 2024.

10. KJTS Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Melengkapi senarai ini ialah KJTS Group Berhad yang mana ia telah kehilangan 8.57% daripada harganya pada awal bulan Jun.

Kesimpulan

Adakah anda memiliki saham-saham di atas pada bulan Jun dan juga mengalami kerugian? Jangan risau, dalam pelaburan saham, rugi adalah sesuatu yang pasti. Perkara yang penting adalah anda perlu tahu bagaimana untuk meminimumkan kerugian dan mencari keuntungan dari saham yang lain lagi.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……