Cakna Kewangan Summit 2021: Persidangan Online Tiga Hari Untuk Tingkatkan Tahap Celik Kewangan Pasca Pandemik, Daftar Secara Percuma

Ketika keadaan pandemik semakin pulih, dengan seluruh negara kini berada di Fasa 3 dan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara; sudah tiba masanya kita semua bangkit bagi memulihkan tahap ekonomi sendiri, keluarga dan negara.

Disebabkan itulah, Cakna Kewangan Summit 2021 (CKS21) bakal diadakan pada tarikh 22-24 Oktober 2021.

Ianya merupakan salah sebuah persidangan online terbesar di Malaysia, dianjurkan oleh Be-Hartawan bersama-sama dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), CGS-CIMB Securities, TERAJU dan Luno.

Program ini turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri Kelantan, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Malaysian Financial Planning Council (MFPC). Management & Science University (MSU) turut serta sebagai Rakan Pendidikan.

Acara gilang gemilang ini akan menampilkan 38 orang speaker hebat tanah air bagi meningkatkan tahap celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia, pasca pandemik ini.

Berikut merupakan jadual penuh program tiga hari ini:

Hari Pertama

Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri: Ucaptama Cakna Kewangan Summit 2021

Abdul Halim Khairi Abdul Aziz: Perniagaan Sumber Kekayaan

Radzi Tajuddin: Hi-Wealth – Enriching The Life Quality of M40

Ahmad Husni Dato’ Abd Rahman: Mencari Berkat Dengan Zakat

“FORUM Bitcoin – Sempurnakah Sifat Sebagai Pelaburan”

Effendy Zulkifly (Moderator), Dr. Taha Omar, Aaron Tang, Wan Hafizi Wan Halim   

Muhammad Aiman Mohamad Salmi: Wakaf – Aset Dunia & Akhirat

Anuar Shuib: Vaksin Harta Pusaka

Hari Kedua

Dr. Muhammad Hanif Yahaya: Covid-19 – Bagaimana Kewangan Saya?

Ruzi Rani Ajith: Opening Remarks

Abdul Hafiz Omar: Peluang Untuk Melabur Shariah Di Dalam & Luar Negara Bersama CGS-CIMB

“FORUM Literasi Kewangan Islam”

Najib Aroff (Moderator), Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Jamaluddin Ismail              , Hajah Rohani Shahir   

Ahmad Nizam Samsudin: Berniaga Untung Duit Hilang

Khairul Ikhwan Zulkefly & Mohmad Fadzali Mat Piah: Perancangan Kewangan Persaraan Untuk Usahawan Gig Ekonomi

Mustaffa Mohamed: Urus Atau Lari

Ahmad Nazhrat Mohd Zain: Bina Kekayaan Secara Pasif Dengan Amanah Saham

Mohamed Khairul Anuar Mohd Basri: Emas – Perhiasan Atau Pelaburan

“FORUM Bulan Menabung SSPN 2021

Ahmad Dasuki Abdul Majid (Moderator), Shamsuddin Abdul Kadir, Dr. Azuraida Shahadan, Eza Ezamie Adom

Hari Ketiga

Eza Ezamie Adom: Platform Kewangan & Pelaburan No1 Malaysia

Ahmad Dasuki Abdul Majid: Rancang Kewangan – Manfaat Masa Depan

“FORUM Smart Labur – Kesalahan Seorang Trader”

Muhammad Hasnan Daud, Aiman Hamdi Mazlan, Mohammad Wisam 

Wan Hafizi Wan Halim: Evolusi Kripto

“FORUM Keys To Financially Thriving During Endemic”

Dr. Muhammad Hanif Yahaya (Moderator), Mathura Kannan, Micheal Teoh Su Lim, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan     

Cik Noorhaliza Abu Bakar: Jejak Fulus

Dr. Muhammad Maherilham Alias: Lubuk Duit Di Bursa Malaysia

Prof. Dr. Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid: Doctor With The House

Dengan pelbagai topik menarik dan forum yang bakal diadakan sepanjang tiga hari tersebut, kami mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sertai CKS21 ini.

Semoga ianya dapat mewujudkan komuniti yang mempunyai mindset yang positif, bantu-membantu di antara satu sama lain, dan meningkat tahap celik kewangan secara keseluruhannya.

Selain daripada itu, terdapat banyak pertandingan yang diadakan bersempena dengan CKS21 ini: termasuklah pertandingan video, deklamasi sajak, menggubah lagu dan TikTok. Hadiah berupa wang tunai dan t-shirt bakal dimenangi oleh para peserta yang kreatif dan bertuah.

Bagi menggalakkan lagi ramai orang dapat manfaat, sebuah program referral telah diwujudkan. Wang tunai RM1 menanti setiap seorang peserta yang berjaya diajak untuk turut memeriahkan CKS21 ini.

Laman Web Pendaftaran: www.cksummit21.behartawan.com
Laman Rasmi Facebook: www.FB.com/CKsummit
Laman Rasmi FB Group: www.FB.com/groups/CKsummit

Jom kita bersama-sama memeriahkan Cakna Kewangan Summit 2021. Daftar sekarang dan kita jumpa pada 22-24 Oktober nanti.

Mengenai Be-Hartawan

Be-Hartawan adalah platform yang menawarkan kelas kewangan atas talian yang mana memudahkan pengguna belajar menguruskan kewangan peribadi atau kewangan syarikat. Pengguna boleh mengikuti kursus-kursus yang menumpukan pada pengurusan kewangan bila-bila masa di mana sahaja.

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.