edotco Malaysia Menawarkan Peluang Pekerjaan Melalui Inisiatif COVID Care

edotco Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran inisiatif COVID Care, iaitu sebuah program sumber manusia yang unik khusus untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang telah kehilangan punca rezeki, dan untuk graduan baharu yang sukar mendapat pekerjaan akibat penularan COVID-19.

Program ini dilahirkan dari keprihatinan syarikat untuk membantu memulihkan sosio-ekonomi negara dengan menawarkan pekerjaan kontrak dengan jangka masa sehingga satu tahun. Calon-calon akan dipadankan dengan bidang pekerjaan, bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman mereka. Calon juga berpeluang untuk ditawarkan jawatan tetap di edotco Malaysia, bergantung kepada prestasi mereka dan juga ketersediaan jawatan yang sesuai. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di: https://edotcogroup.com/jobs/covid-care-programme/.

Ketua Pegawai Serantau Kumpulan edotco dan Pengarah Urusan edotco Malaysia, Wan Zainal Adileen berkata, “Walaupun edotco adalah sebuah syarikat infrastruktur telekomunikasi serantau, kami berbangga kerana syarikat ini ditubuhkan di Malaysia. edotco Malaysia bertuah kerana dapat menjadi salah satu perkhidmatan penting yang memastikan ketersambungan telekomunikasi dalam keadaan baik dan dipercayai untuk membantu memudahkan tindak balas ketika krisis COVID-19. Kami bekerjasama dengan pengendali rangkaian mudah alih untuk membolehkan sebahagian besar rakyat Malaysia bekerja di rumah dan memudahkan mereka untuk berhubung dan mendapatkan maklumat terkini. Kami sangat berbesar hati dan bersyukur kepada petugas kesihatan yang menjalankan tugas tanpa henti untuk menangani COVID-19. Wabak ini telah menaikkan semangat komuniti untuk bersatu-padu menolong antara satu sama lain dan edotco Malaysia ingin memperluaskan semangat ini dengan membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19. Kami juga memahami graduan baharu mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan sekarang. Program COVID Care memberi peluang khusus kepada kedua-dua kumpulan ini, terutamanya kepada golongan B40.

Sebagai majikan yang prihatin, edotco Malaysia juga telah menyokong pekerja yang ahli keluarganya terjejas oleh COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syarikat telah menyediakan barang-barang keperluan dan faedah elaun untuk meringankan beban pekerja yang menjadi pencari nafkah tunggal tanpa dijangka untuk keluarga mereka.

Bersama dengan COVID Care, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif besar edotco Malaysia yang memberi sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk sejak permulaan PKP. Program-program ini diteruskan dari usaha yang sedia ada termasuklah pemasangan edotco Mobile Solution (eMOS) di sekitar pusat kuarantin Hospital Sungai Buloh yang telah dipilih sebagai pusat khusus untuk merawat pesakit COVID-19. Penyelesaian ini membolehkan pengendali rangkaian mudah alih meningkatkan liputan dan kapasiti untuk merapatkan jurang hubungan telekomunikasi yang wujud di sekitar hospital.

Sepanjang PKP, pejabat-pejabat serantau edotco Malaysia juga telah membantu komuniti tempatan mereka untuk membekalkan keperluan asas seperti makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik serta peralatan perubatan dan perlindungan diri yang disumbangkan untuk membantu menambah ketersediaannya di beberapa hospital dan barisan hadapan lain.

Mengenai Kumpulan edotco

Ditubuhkan pada tahun 2012, edotco adalah syarikat perkhidmatan infrastruktur menara telekomunikasi serantau dan bersepadu yang pertama di Asia. Ia menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam sektor perkhidmatan struktur menara telekomunikasi dari pajakan menara, perkongsian menara, pembinaan selaras “build-to-suit”, tenaga, dan operasi dan penyelenggaraan (O&M).

Dengan portfolio serantau yang merangkumi lebih dari 31,500 menara diÊ seluruh pasaran utama di Malaysia, Myanmar, Bangladesh, Kemboja, Sri Lanka, Pakistan, Laos dan Filipina di mana lebih 19,991 menara dikendalikan terus oleh edotco dan 11,521 menara yang diuruskan melalui pelbagai perkhidmatan yang disediakan. edotco berusaha untuk memberikan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan dan penyelesaian infrastruktur telekomunikasi. Perkhidmatan pengawasan masa nyata yang terkini dari edotco, Echo, telah menampakkan peningkatan dalam operasi lapangan di samping memaksimumkan kecekapan operasi dari segi penggunaan bateri, tenaga dan penggunaan bahan api untuk infrastruktur telekomunikasi.

Kumpulan edotco telah dimartabatkan dengan Anugerah Syarikat Menara Telekomunikasi Asia Pasifik 2018 oleh Frost & Sullivan untuk kepimpinannya dalam pertumbuhan dan prestasi perniagaan yang cemerlang di Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut mengenai edotco, sila layari www.edotcogroup.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).