Gaya tersendiri Taiwan Excellence di Plaza Low Yat

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 April 2019 /PRNewswire/ — Taiwan Excellence mempersembahkan inovasi yang terbaik dari negara itu di acara Taiwan Excellence Hi-Tech Week di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur dari 29 April hingga 5 Mei 2019. Plaza Low Yat adalah hab teknologi maklumat yang terunggul di Kuala Lumpur. Ia lokasi yang tepat untuk Taiwan Excellence mempamerkan pelbagai produk inovatif. Pelawat boleh menyaksikan 55 solusi inovatif dari 24 syarikat Taiwan di acara ini.

Pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai produk dari tiga kategori utama dalam acara yang sepanjang 7 hari itu, termasuk produk e-sukan yang terbaik, gajet gaya hidup dan banyak lagi teknologi inovatif.

Air bertukar kepada disinfektan

Inovasi menjadi teras pelbagai produk dari Taiwan. Semangat kecemerlangan ini mampu mengubah barangan harian kepada produk unik dan menarik dengan fungsi tambahan. EleClean Disinfectant ialah salah satu contoh utama bagaimana suatu idea menarik boleh dijadikan produk canggih. Ia menukarkan air kepada disinfektan dengan hanya meggunakan elektrik. EleClean Disinfectant telah mengagumkan ramai pelawat. Justeru itu, beberapa pengilang utama seperti Nova Laboratories telah menyuarakan hasrat untuk bekerjasama.

Suatu alat yang berfungsi hanya dengan menambahkan air mungkin nampak senang. Namun begitu, spesies oksigen reaktif tingggi (ROS) yang direka dalam penyembur mudah alih ini sememangnya bukan perkara yang mudah.  ROS sejenis disinfektan amat berkesan dengan melawan pelbagai virus umum dan bakteria patogenik seperti virus influenza, E.Coli dan enterovirus. Walaupun mempunyai ciri-ciri disinfektan, ROS  telah diuji selamat untuk kulit dan ideal sebagai pelindung daripada patogen untuk semua.

Sebagai tanda hubungan erat dengan Malaysia, Taiwan Excellence mendermakan 50 unit mudah alih EleClean Disinfectant Spray dan 12 unit versi atas meja kepada Sekolah Kebangsaan Subang, Sekolah Rendah Agama Kg Melayu Subang dan D Garden Educare disaksikan oleh Pn Tasha Hsiao, Pengarah Taiwan Trade Centre, Pejabat Kuala Lumpur.

Ahli Majlis Perbandaran Shah Alam Ooi Haw Voon amat tertarik dengan ciri-ciri EleClean Disinfectant. Ini berikutan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut di Lembah Klang berganda tahun lepas dengan catatan kes tertinggi di negara ini. Dia mengharapkan teknologi inovatif ini mampu menjadi pelindung pertama melawan wabak berjangkit ini.

Belajar melalui pengalaman praktikal

Selain daripada pameran pelbagai produk canggih, terdapat juga banyak acara yang menarik di sepanjang Hi-Tech Week, termasuk GIGO, PLUSTEK, PAPER SHOOT, VINAERA, SURPRISE BOTTLE.

KF Leong, pengarah Algolab, sentiasa mengikuti perkembangan terkini industri maklumat dan komunikasi di Taiwan. Dia amat kagum dengan model yang digunakan untuk memacu perkembangan ekonomi melalui inovasi. Dengan runcitan pintar semakin maju di Malaysia, Leong amat berminat dengan paparan ultra-nipis dua belah dari Champ Vision Display Inc. DIa yakin bahawa produk ini akan menjadi sesuatu yang baharu dan menarik untuk konsumer Malaysia.

Selain daripada pelbagai produk canggih dan bengkel didik, pemengaruh media sosial popular Han Xiao Ai akan menghadiri pada 4 Mei untuk membuat liputan acara ini. Sepanjang minggu ini juga akan diadakan cabutan bertuah melalui Facebook Live dengan pelbagai hadiah produk pemenang anugerah dari Taiwan.

Taiwan Excellence adalah anugerah tertinggi untuk inovasi Taiwan yang terbaik berdasarkan kriteria ketat seperti fungsi, reka bentuk, kualiti dan pemasaran. Tahun ini kali ke 27 acara Taiwan Excellence ini dianjurkan. Ia menjadi piawai untuk kesempurnaan industri dan inovasi yang berkekalan.

Sumber: Taiwan Trade Centre

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.