Haier Mula Roadshow Serantau; Menyerlahkan Kepelbagaian Jenis Produk ‘Smart Home’ Yang Baru

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 April 2019 /PRNewswire/ — Haier Electrical Appliance (M) Sdn Bhd telah melancarkan siri pertama Roadshow pagi tadi bertujuan untuk mempamerkan rangkaian peralatan rumah yang terbaru di Malaysia dan di jarak yang lebih dekat dengan pelanggan.

Pengarah Urusan Haier Malaysia, Encik Shi ZhiYuan, berkata objektif pameran adalah untuk melibatkan pelanggan dalam peristiwa-peristiwa hidup inovatif dengan menyediakan platform yang sesuai untuk produk dan perkhidmatan syarikat serta memberi penampilan kepada jenama Haier.

Encik Shi ZhiYuan berkata, roadshow tersebut akan membawa Haier lebih dekat kepada pengguna dan memudahkan interaksi bersemuka serta  menyediakan platform yang sempurna untuk mempamerkan produk jenama Haier.

“Melalui Roadshow seperti ini, kita juga dapat menunjukkan demo secara langsung kepada pelanggan dan membantu mereka dengan memberi ‘pengalaman produk di jarak pintu mereka,” katanya.

“Dengan secara langsung kami dapat melibatkan para pengguna untuk mengendalikan dan melihat sendiri pelbagai produk kami. Kami juga dapat membantu mengenal pasti produk yang lebih sesuai untuk keperluan mereka. Dengan sekaligus kami dapat membantu setiap pelanggan untuk berinteraksi dan memahami dengan lebih mendalam lagi evolusi jenama kami, “kata Encik Shi ZhiYuan.

Encik Shi ZhiYuan berkata, sedangkan industri perkakas rumah sedunia memasuki zaman baru “Smart Home”, Haier ikut serta dengan memberi pelanggan barangan yang luar biasa dalam zaman digital ini.

Beliau berkata bahawa produk Haier bukan sahaja menjadi peralatan rumah yang luar biasa tetapi memberi kepuasan kepada pengguna serta meningkatkan gaya hidup mereka.

“Haier Malaysia sudah bertahun-tahun mencapai dua kali ganda jumlah pendapatan. Kami telah berjaya mencapai matlamat ini dengan menjadi sebuah syarikat yang konsisten dan berkemampuan yang juga berpegang teguh kepada identitinya dengan menjadi sebuah syarikat yang menyelesaikan masalah bagi pengguna dengan mencipta diri dengan imaginasi dan semangat, “kata Encik Shi ZhiYuan pada majlis pelancaran di sini, pagi tadi.

Menurut Shi ZhiYuan, Haier akan meneruskan pelancaran produk baru dalam pelbagai kategori, disokong oleh permintaan.

“Kami akan terus memperkenalkan lebih banyak produk baharu kepada pengguna Malaysia di pasaran yang sedang berkembang pada masa kini. Langkah seterusnya untuk Haier adalah untuk memperkenalkan pelbagai peralatan Smart untuk pengguna-pengguna. Kami akan mendedahkan peralatan Smart dengan cara lebih terperinci di masa yang akan datang, “katanya.

Selama 35 tahun, Haier telah berubah daripada jenama utama perkakas rumah, dengan rekod 10 tahun berturut-turut jualan terkemuka di dunia kepada jenama ekosistem rumah pintar yang terkenal dan maju.

Haier kini mempunyai lebih dari 300 buah kedai runcit dan kedai rantaian utama di Malaysia, menawarkan pelbagai peralatan rumah, seperti peti sejuk, mesin basuh, pembeku, penyaman udara domestik dan komersial, televisyen (TV) LED dan perkakasan kecil.

Langkah seterusnya bagi jenama Haier adalah untuk mempertingkatkan Careline perkhidmatan pelanggan 24/7.

Haier juga akan membuka Pusat Khidmat Pelanggan yang terbaru di Puchong pada bulan Jun. Pusat ini akan ditempatkan bersebelahan dengan Haier Experience Centre.

Sumber: Haier Electrical Appliances (M) Sdn Bhd

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.