Kenyataan ini dikeluarkan oleh Wahed Technologies Sdn Bhd.
Pada 9 Februari 2022, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) menerbitkan penyelesaian antara Wahed Invest LLC (Penasihat) dan SEC Amerika Syarikat mengenai kenyataan mengelirukan dan kegagalan pematuhan tertentu yang dilakukan oleh Penasihat antara September 2018 dan Julai 2019.
Kami ingin menyatakan bahawa perkara ini hanya melibatkan Penasihat Pelaburan Wahed di Amerika Syarikat dan ianya tidak melibatkan sama sekali syarikat-syarikat Wahed yang lain seperti di Malaysia.
Di dalam penyelesaian itu, Penasihat dikehendaki membayar penalti kepada SEC Amerika Syarikat, dan telah diarahkan untuk berhenti daripada melakukan sebarang perlanggaran pematuhan pada masa hadapan.
Penalti tersebut adalah penalti kawal selia dan tiada dakwaan dibuat atas sebarang kesalahan yang disengajakan mahupun mengakibatkan kerugian kepada mana-mana pelanggan.
Wahed Technologies Sdn Bhd (Wahed Malaysia) mempunyai penasihat Syariahnya tersendiri yang memastikan bahawa segala portfolio dan proses pelaburan yang dilakukan untuk pelanggan di Malaysia mematuhi prinsip-prinsip Syariah.
Encik Rizal bin Dato' Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia (dua dari kiri) dan Encik Sami Ibrahim Alhussaini, Gabenor Monsha'at (kanan sekali) selepas menandatangani MoU yang disaksikan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (kiri sekali) dan H.E Dr. Majid bin Abdullah Al-Kassabi, Menteri Perdagangan, Arab Saudi (dua dari kanan).
Potensi Nilai Dagangan Berjumlah RM100 Juta Sokong Pemeteraian MoU
RIYADH, 5 November 2024 – SME Corp. Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Small and Medium Enterprises General Authority (Monsha’at), Arab Saudi semasa BIBAN24 anjuran Monsha’at yang berlangsung dari 5 hingga 9 November 2024. Bagi menyokong kerjasama antara kedua-dua pihak, sebanyak 30 entiti perniagaan tempatan yang terdiri daripada 28 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) daripada sektor pertumbuhan tinggi, francais, makanan dan minuman serta dua (2) koperasi telah menyertai acara ini di mana Malaysia mensasarkan potensi nilai dagangan berjumlah RM100 juta daripada aktiviti berkaitan perniagaan yang dianjurkan sepanjang 5 hari acara tersebut.
Majlis menandatangani MoU yang diadakan di Riyadh Front Exhibition & Conference Centre ini juga merupakan lonjakan penting dalam usaha SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), untuk mempercepat transformasi PMKS menjadi firma pertumbuhan tinggi. MoU ini dijangka berupaya mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan memupuk kerjasama rentas ekonomi khususnya dalam pembangunan PMKS bagi kedua-dua negara.
Selain menggalakkan kerjasama erat dalam perkongsian maklumat dan amalan terbaik berkaitan pembangunan dan pertumbuhan PMKS, MoU ini juga bertujuan untuk mewujudkan inisiatif jangka panjang yang menyokong pertumbuhan perniagaan dua hala. Ini sekaligus akan dapat meningkatkan rangka kerja sokongan untuk PMKS dan membentuk asas ekosistem PMKS yang berdaya tahan dan inovatif di Malaysia dan Arab Saudi.
MoU ini telah ditandatangani oleh YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia, dan rakan sejawatnya, YBrs. Encik Sami Ibrahim Alhussaini, Gabenor Monsha’at.
YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang menyaksikan pemeteraian MoU berkata “Dengan berkongsi pengalaman dan kepakaran, ekosistem keusahawanan yang lebih dinamik dapat diwujudkan bagi memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Kita boleh meneroka usaha sama dalam bidang seperti teknologi, pendidikan dan industri halal dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam pembangunan PMKS”.
Mengulas mengenai MoU berkenaan, Encik Rizal berkata, “MoU ini bertujuan untuk mewujudkan rangka kerja asas bagi kerjasama dalam perkongsian maklumat dan amalan terbaik, dengan tumpuan kepada pembinaan kapasiti dan program PMKS pertumbuhan tinggi yang memudahkan akses pasaran, serta inisiatif untuk pemindahan pengetahuan dalam aspek pendigitalan, kelestarian, inovasi dan keusahawanan. Buat julung-julung kalinya kami membawa 30 entiti perniagaan Malaysia untuk menembusi pasaran Arab Saudi yang menawarkan potensi besar”.
BIBAN24, dengan tema ‘Global Destination for Opportunities’, bermatlamat mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai destinasi utama bagi usahawan di peringkat serantau dan global.
Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.
BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.
Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
Miliki Buku Ini Sekarang!!
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!
Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee