SEC Di Amerika Syarikat Dakwa Wahed Invest Mengelirukan Pengguna

Suruhanjaya Sekuriti & Pertukaran (SEC) Amerika Syarikat hari ini dalam satu kenyataan mendakwa sebuah syarikat penasihat robo yang berpangkalan di New York, Wahed Invest membuat kenyataan yang mengelirukan dan kegagalan untuk mematuhi peraturan yang berkaitan dengan nasihat perniagaan syariahnya.

Berdasarkan kepada perintah SEC, dari September 2018 hingga Julai 2019, Wahed Invest mengiklankan kewujudan dana proprietarinya sendiri apabila tiada dana sedemikian wujud, dan juga berjanji kepada pelabur bahawa ia akan mengimbangi semula akaun nasihat mereka secara berkala, tetapi tidak berbuat demikian.


Perintah SEC selanjutnya mendapati bahawa apabila Wahed Invest akhirnya melancarkan ETF proprietari pada Julai 2019, ia menggunakan aset nasihat pelanggannya untuk memulakan ETF tanpa mendedahkan sebarang konflik kepentingan kepada pelanggan.

Perintah itu juga mendapati Wahed Invest memasarkan dirinya sebagai penyedia khidmat nasihat yang mematuhi undang-undang Islam atau Syariah, termasuk memasarkan kepentingan proses pembersihan pendapatannya di laman webnya.

Di sebalik representasi ini, perintah itu mendapati Wahed Invest tidak menerima pakai dan melaksanakan dasar dan prosedur bertulis tentang bagaimana ia akan memastikan pematuhan Syariah secara berterusan.

Penasihat Robo, seperti penasihat lain, mesti memastikan bahan pemasaran mereka tidak mengelirukan dan konflik didedahkan kepada pelabur.

Penasihat pelaburan berdaftar seperti Wahed Invest juga mesti menerima pakai dan melaksanakan polisi dan prosedur bertulis yang direka bentuk secara munasabah untuk menghalang penasihat daripada menyimpang daripada proses pelaburan yang dituntutnya.

Adam S. Aderton, Ketua Bersama Unit Pengurusan Aset Bahagian Penguatkuasaan SEC.

Wahed Invest bersetuju dengan perintah SEC yang mendapati firma itu melanggar Seksyen 206(2) dan 206(4) Akta Penasihat Pelaburan 1940 serta Peraturan 206(4)-1(a) dan 206(4)-7 . Tanpa mengakui atau menafikan penemuan SEC, Wahed Invest bersetuju dengan perintah cease-and-desist, membayar penalti sebanyak USD$300,000 dan mengekalkan perunding pematuhan bebas di samping usaha-usaha lain.

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.