
Gambar : ASNB
Sub Topik
Terkejut lihat pulangan dividen yang diterima dari mereka yang membuat pinjaman ASB (ASB Financing). Mereka mendapat pulangan yang lebih berbanding dengan mereka yang membuat simpanan ASB rupanya.
Walaupun dikatakan simpanan paksa, pinjaman ASB beri dividen yang lebih tinggi berbanding simpanan ASB.
Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990. ASB sangat terkenal sebagai medium menyimpan dan melabur wang. Dividen atau keuntungan ASB setiap tahun menjadikan wang simpanan anda meningkat mengikut kadar yang telah diumumkan. Secara umum, ini adalah salah satu sebab kita diajar dari kecil lagi untuk meletakkan wang dalam akaun ASB.
Ramai bumiputera Malaysia yang menyimpan dan melabur dalam ASB. Namun tanpa kita sedari, sebenarnya pinjaman ASB lebih menguntungkan daripada simpanan ASB. Jom lihat kenapa dikatakan pinjaman ASB lebih untung dari simpanan ASB.
Konsep Simpanan ASB
ASB adalah pelaburan dana yang akan membantu anda buat duit semula. Dana ASB ini boleh didaftar melalui ejen atau bank seperti Maybank, CIMB, RHB, Ambank dan lain-lain lagi. Sama ada pinjaman ASB atau simpanan, kedua-duanya adalah melalui cara yang sama.
Anda boleh membuat simpanan wang dalam akaun ASB pada bila-bila masa secara konsisten. Ia akan memberi pulangan atau keuntungan untuk jangka masa yang panjang sama seperti pinjaman ASB juga.
Bezanya adalah jumlah wang simpanan yang ingin disimpan bergantung kepada anda sendiri dan peratusan untuk dividen yang diterima adalah berdasarkan simpanan yang telah anda buat. Jika banyak simpanan, maka lebih banyaklah dividen. Bagi pinjaman ASB pula, dividen adalah berdasarkan kepada jumlah pinjaman kita, maka ia akan jadi lebih tinggi nilainya.
Kelebihan Pinjaman ASB Berbanding Simpanan ASB
- Keuntungan Yang Diperoleh Lebih Tinggi
Untuk pengetahuan anda, kenapa keuntungan yang diperoleh dari pinjaman ASB lebih tinggi berbanding dengan simpanan ASB? Pinjaman ASB lebih untung dari simpanan ASB adalah disebabkan oleh saiz pelaburan yang terlibat. Keuntungan yang diperolehi pada tahun pertama juga sangat berbeza dengan simpanan ASB.
- Dividen Diberi Mengikut Jumlah Yang Dipinjam
Dengan pinjaman ASB, anda akan mendapat dividen pertama mengikut jumlah yang dipinjam. Berbeza dengan simpanan ASB yang terpaksa menunggu sehingga cukup unit yang telah disimpan.
Jadi dengan seawal tahun pertama lagi, anda sudah boleh mendapatkan RM20,000 unit ASB tersebut. Maka, dividen anda akan dikira 5.5% dikali dengan RM 20,000 sebagai contohnya.
- Pulangan Yang Sangat Bermanfaat
Pinjaman ASB sangat menguntungkan kerana peminjam akan mendapat pulangan yang sangat bermanfaat yang tiada pada simpanan ASB. Walaupun margin yang lebih rendah daripada simpanan ASB tetapi untuk jangka masa yang panjang, ia sangat berbaloi dimiliki. Memang jelas amat rugi jika anda tidak mengambil pinjaman ASB yang sangat bermanfaat ini!
- Mempunyai Perlindungan Hayat
Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini oleh peminjam ASB seperti hilang upaya kekal atau kematian, terdapat perlindungan hayat yang dapat ‘cover’ balik jumlah baki pinjaman tersebut.
Ahli keluarga atau waris peminjam ASB pula, tidak perlu menanggung beban untuk membayar pinjaman tersebut. Jadi, inilah antara keuntungan pinjaman ASB berbanding simpanan ASB yang tidak mempunyai perlindungan insurans.
Kesimpulannya, pinjaman ASB akan menerima pulangan yang lebih menguntungkan bagi tempoh yang panjang. Selain itu, rangka strategi pembiayaan ASB dengan sebaik mungkin jika anda ingin menyertai pinjaman ASB. Apa-apa pun, yang penting adalah diri anda mempunyai simpanan dan pelaburan dalam mengembangkan kewangan anda.
Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.
Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.


Miliki Buku Ini Sekarang!!
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!
Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee
