Hi HOME & TradingPlan.Io Lancar Inisiatif Bantu M40 Melalui Hi WEALTH

Hi HOME dan TradingPlan.io melancarkan Hi WEALTH (hiwealth.asia), sebuah program digital pemecutan penjana kekayaan untuk rakyat Malaysia kelas pertengahan, juga dikenali sebagai golongan M40.

Melalui program ini, golongan M40 berpeluang memperbaiki profil kewangan, meningkatkan aliran wang tunai, menambah pegangan aset dan meluaskan rangkaian sosio-ekonomi mereka.

“Pandemik COVID-19 telah menyaksikan semakin ramai golongan M40 bergelut dengan risiko kehilangan kerja dan kekurangan pendapatan, sedangkan kos sara hidup semakin meningkat. Ini juga menyebabkan semakin ramai golongan M40 jatuh menjadi golongan B40[1], mengecilkan saiz golongan M40 dan meluaskan jurang kekayaan antara golongan miskin dengan kaya[2]. Masalah ini jika tidak ditangani dikhuatiri akan meningkatkan ketegangan di antara kelas (class war).” jelas
Ketua Pegawai Eksekutif Hi HOME, Radzi Tajuddin.

Menerusi Hi WEALTH, golongan M40 akan diajar cara membuat lebih banyak modal daripada modal yang mereka sedia ada. Pelbagai kelas aset seperti saham, mata wang kripto dan hartanah akan diajar kepada mereka untuk mencapai objektif Hi WEALTH membantu golongan M40 menjana kekayaan. Di Hi WEALTH juga, golongan M40 akan diberikan akses untuk mendapatkan ilmu, kepakaran, rangkaian dan motivasi dari pelabur-pelabur berjaya dari pelbagai industri.

“Secara asasnya, Hi WEALTH bermatlamat untuk mendigitalkan pengurusan kekayaan golongan M40. Pembangunan sistem masih berjalan supaya kami dapat mencapai matlamat akhir iaitu memantau dan memperbaiki status kesihatan kewangan peserta,” jelas Najib Saahari, pengasas TradingPlan.io.

Pendaftaran kumpulan pertama Hi WEALTH yang dibuka pada 14 Jun 2021 telah menarik minat lebih 1,000 orang. Pendaftaran dibuat di laman sesawang rasmi Hi WEALTH: https://www.hiwealth.asia

[1] Middle class money problems will hurt too, economists warn
[2] Jurang pendapatan kaya, miskin semakin lebar

Tentang Hi HOME:

Hi HOME bermatlamat mahu menangani isu pemilikan aset yang rendah di Malaysia dengan mengaplikasikan data besar, penyelesaian fintech dan pemasaran bersepadu. Sejak ditubuhkan pada tahun 2016, Hi HOME telah membantu lebih 1,000 rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah rumah dengan nilai transaksi hartanah lebih RM300 juta.

Laman sesawang rasmi Hi HOME: https://www.hihome.asia
Laman sesawang rasmi Hi WEALTH: https://www.hiwealth.asia

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.