Ini Pelaburan Mata Wang Patuh Syariah Untuk Pelabur Runcit

Lupakan Forex Trading Online. Sejak tahun 2012 lagi instrumen ini telah difatwakan tidak patuh syariah (bukan kami yang kata, sila rujuk sini). Nampak para Ustaz terlibat dalam Forex Trading Online tidak menjadikan ia patuh syariah.

Ini kerana urusniaga forex trading (baca Broker Forex) tersebut tidak mematuhi beberapa rukun / syarat yang menyebabkannya tidak patuh syariah.

Majoriti Broker Forex Trading Online di luar sana menggunakan CFD. Tiada produk yang didagangkan, hanya bermain dengan pergerakan harga. Nak tahu apa itu CFD, boleh rujuk video ini.

Tetapi kenapa Islamic bank boleh trade forex? Nak tahu jawapannya, jemput baca artikel Betul Ke Perbankan Islam Trade Forex?

Pelaburan Mata Wang Islamik?

Kredit Gambar: Maybank

Bagi pelabur runcit, kini ada peluang untuk melabur ke dalam pelaburan mata wang Islamik dengan modal minima RM50,000, secara spesifiknya Islamic Dual Currency Investment oleh Maybank Islamik.

Ianya merupakan pelaburan jangka masa pendek yang patuh syariah ke dalam mata wang pilihan dan mata wang alternatif. Ianya patuh syariah kerana mematuhi prinsip:

  • Murabahah (kos tambah / cost plus) menerusi persetujuan Tawarruq
  • Wa’d (usaha / undertaking)
  • Bai’ al-Sarf (kontrak tukaran mata wang / currency exchange contract)

Di antara ciri-ciri dan kelebihan produk Islamic Dual Currency Investment ini:

  • Tempoh pelaburan patuh syariah jangka masa pendek (1 minggu ke 2 bulan)
  • Kadar keuntungan yang dipertingkatkan (sehingga dua digit)
  • Pelbagai pilihan pasangan mata wang
  • Apabila matang, jumlah pelaburan dan keuntungan boleh dibayar ke dalam Mata Wang Asas atau Mata Wang Alternatif
  • Boleh disesuaikan – pilih pasangan mata wang, tempoh dan kadar keuntungan berdasarkan keperluan pelaburan dan risiko
  • Pulangan tinggi, tempoh pelaburan jangka pendek
  • Tiada yuran dan caj tersembunyi
  • Kepelbagaian portfolio pelaburan

Nampaknya sekarang kita sudah ada pilihan untuk melabur dalam mata wang (currency) yang patuh syariah.

Semoga usaha memperhebatkan lagi produk-produk patuh Syariah sebegini diperluas supaya dapat mengelakkan umat Islam terlibat dalam sistem kewangan yang berasaskan riba.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Lantunan Melawan Arus Namun Trend Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mencatat lantunan melawan arus trend semalam apabila menaik MYR13 untuk ditutup pada paras MYR4,551. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras lebih rendah iaitu sebanyak MYR4,534. Ia jatuh kepada paras terendah sesi hari itu sebanyak MYR4,528 sebelum minat pembelian yang kuat muncul, lalu membawanya kepada paras tertinggi berjumlah MYR4,580. Akhirnya, ia menutup dagangan berhampiran paras tertinggi berkenaan dan membentuk corak lilin menaik. Pergerakan harga yang positif ini dianggap sebagai lantunan yang melawan arus trend. RSI sekarang semakin meningkat, sekali gus menunjukkan momentum menaik kembali muncul.

Walaupun mengalami kenaikan harga, komoditi ini masih lagi berada di bawah garisan SMA 50 hari, yang mengesahkan bahawa struktur pasaran menurun dalam jangka sederhana masih kuat. Kami ramalkan tekanan jualan akan kembali menghampiri garisan SMA 50 hari sekiranya momentum menaik bertahan. Buat masa sekarang, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO melepasi paras MYR4,700.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.