Hospital Thomson Kota Damansara Memacu Transformasi Digital bersama T-Systems

Hospital Thomson Kota Damansara (THKD), sebuah hospital andalan dibawah kumpulan penjagaan kesihatan yang paling pesat berkembang di Malaysia, telah melantik T-Systems Singapore, pembekal dan penyedia penyatuan sistem teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kesihatan terulung bagi memacu transformasi digitalnya selari dengan visi menambah baik pengalaman pesakit, mempertingkat hasil rawatan, dan mendorong kecekapan operasi.

“Visi kami adalah untuk sentiasa berinovasi dan menambah baik keselamatan dan pengalaman pesakit.  kata Nadiah Wan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TMC Life Sciences, Bhd, syarikat induk THKD. “Ketika memulakan langkah pengembangan ini bagi meningkatkan jumlah katil sebanyak 400 buah, kami bertindak untuk memperluas tawaran yang kalis masa depan dan melaksanakan transformasi digital berlandaskan visi kami untuk menyediakan perkhidmatan berpusatkan pesakit dan penjagaan kesihatan berasaskan nilai bersepadu.”

Berbekalkan isi ini, pihak pengurusan THKD meneroka solusi bagi memenuhi lonjakan permintaan penjagaan kesihatan dan keperluan digital. Fasa pertama transformasi digital bermula pada November 2020 dan dijangka selesai pada tahun 2023. T-Systems akan melaksanaka solusi penjagaan kesihatan SAP, termasuk sistem pengurusan sumber (ERP), pengurusan pesakit dan SAP Cerner i.s.h. med serta membangunkan infrastruktur digital kumpulan perubatan tersebut bersandarkan pengkomputeran awan pada capaian awam.

“Kami bekerjasama dengan T-Systems kerana mereka memiliki rekod prestasi pelaksanaan solusi penjagaan kesihatan SAP yang diiktiraf di Asia Tenggara dan Eropah dengan penyelesaian menyeluruh yang mengoptimumkan kecekapan operasi dalam fungsi kewangan, perolehan, pengurusan kitaran pendapatan dan pengurusan sumber syarikat (EMR),” ujar Nadiah. “Ia juga merupakan sebuah sistem berintegrasi dengan amalan terbaik yang membolehkan kami melakukan lonjakan besar dalam memperbaiki perkhidmatan kami, berbanding langkah-langkah kecil secara berperingkat.”

T-Systems telah mendukung 1,950 projek bagi lebih 700 pelanggan di dalam industri penjagaan kesihatan di seluruh dunia, dengan mendorong transformasi penjagaan kesihatan digital mereka.

Aksesori T-Systems dioptimumkan untuk THKD dengan papan pemuka masa nyata di mana kakitangan dapat mengakses rekod perubatan dari jauh, menguruskan pengalaman pesakit, memesan bekalan dan mempercepat proses pengebilan — semuanya di satu tempat.

“Setelah proses migrasi selesai, pesakit dapat menerima bil hospital mereka dalam tempoh beberapa minit sahaja dan bukannya berjam-jam seperti dahulu, dan ini merupakan bonus besar untuk meningkatkan pengalaman pesakit di THKD,” kata Andy David, Pengarah Kesihatan di T-Systems. “Sebagai tambahan, kakitangan hospital dapat menguruskan jadual, keperluan dan persediaan peralatan hospital dengan mudah, tanpa perlu merujuk dengan pelbagai pihak, seterusnya meningkatkan kualiti rawatan kepada pesakit THKD.”

T-System telah menerajui transformasi digital untuk hospital di seluruh dunia.Untuk PT Mitra Keluarga Karya Sehat Tbk, sebuah penyedia perkhidmatan kesihatan di Indonesia, T-Systems menerapkan sistem bersepadu yang menghubungkan pembekal insurans dengan pelbagai sistem penjagaan kesihatan lain dalam masa nyata untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang tepat.

“Satu sumber tepat yang boleh dipercayai sangat penting untuk memastikan keterlihatan masa nyata berkaitan apa yang berlaku di seluruh hospital,” kata Arkadiusz Czopor, Pengarah Urusan, T-Systems Asia Selatan. “Saya sangat gembira kerana THKD telah memilih T-Systems untuk menjalankan transformasi digital mereka. Dengan kerjasama yang dijalinkan bersama kami untuk mengendali solusi penjagaan kesihatan SAP dan menyediakan infrastruktur ICT di awan pada capaian awam Azure, THKD akan mempunyai asas yang kukuh untuk menjalankan operasi hospital dan mempunyai potensi skalabiliti penuh untuk lokasi baru untuk pelancaran cepat dan sambungan ke ‘capaian belakang (back-end) berpusat, pada masa akan datang. “

Thomson Hospital Kota Damansara kini mempunyai 200 buah katil dan lebih 100 perunding perubatan dan pembedahan terlatih. Setelah proses pengembangan selesai, fasiliti baru akan mempunyai kapasiti gabungan 600 katil, 12 dewan bedah canggih, 154 klinik pakar pesakit luar dan pusat kanser dan perubatan nuklear bersepadu, di samping perkhidmatan penjagaan kesihatan utama lain. Hospital ini dinamakan sebagai Pusat Kesuburan Terbaik Malaysia pada tahun 2019 oleh Frost & Sullivan. Ia juga memperolehi pelbagai anugerah untuk perkhidmatan terbaik bagi rawatan diabetes, kesihatan wanita serta rawatan telinga, hidung dan tekak.

“Kami menghargai usaha T-Systems yang menyediakan landasan kukuh bagi pengembangan dan transformasi digital kami yang bukan sahaja dapat disesuaikan untuk memenuhi keperluan kami yang semakin meningkat, tetapi juga dipercayai dan selamat,” kata Nadiah.

Mengenai Hospital Thomson Kota Damansara

Hospital Thomson Kota Damansara (THKD) merupakan hospital andalan TMC Life Sciences Berhad. Terletak di tengah-tengah Kota Damansara, berdekatan dengan kawasan perbandaran dan kawasan sekitar yang mapan, THKD meletakkan standard baru dalam penjagaan kesihatan melalui kemudahan yang lengkap dan perkhidmatan terbaik untuk pesakit tempatan dan antarabangsa. Hospital ini menawarkan perkhidmatan perubatan dan pembedahan oleh lebih daripada 100 pakar perunding berwibawa yang merangkumi lebih daripada 53 sub-kepakaran perubatan dan pembedahan. THKD diakreditasi oleh MSQH dan menerima pesakit dari seluruh dunia. Dengan projek pengembangan yang sedang berjalan, hospital penerima anugerah ini akan meningkatkan kapasiti dari 205 buah katil ke 600 buah katil, bakal menjadikannya salah sebuah institusi kesihatan swasta terbesar di rantau ini.

Mengenai T-Systems

Dengan keberadaan di lebih dari 20 negara, 32,000 pekerja, dan hasil luaran 6.9 juta Euro (2019), T-Systems adalah salah sebuah penyedia perkhidmatan digital bebas vendor terkemuka di dunia yang berpangkalan di Eropah.

T-Systems bekerjasama dengan pelanggannya dalam menjalankan transformasi digital. Syarikat ini menawarkan penyelesaian bersepadu untuk pelanggan perniagaan. Anak syarikat Deutsche Telekom ini menawarkan perkhidmatan sehenti: dari operasi sistem warisan dan perkhidmatan ICT klasik yang selamat, peralihan ke perkhidmatan berasaskan awan (termasuk rangkaian antarabangsa, infrastruktur, platform dan perisian reka khas serta model perniagaan baru dan projek inovasi berkaitan Internet Pelbagai Perkara (I-o-T). T-Systems dapat menawarkan semua ini dengan jangkauan global yang dimilikinya dalam rangkaian tetap dan komunikasi mudah alih, pusat datanya yang sangat selamat, ekosistem awan komprehensif yang dibina di sekitar platform standard dan perkongsian global, dan kemampuan untuk menawarkan tahap keselamatan tertinggi.

17Produk dan perkhidmatan SAP beserta logonya yang dinyatakan merupakan cap dagangan berdaftar milik SAP SE di Jerman dan negara lain. Sila rujuk https://www.sap.com/copyright untuk maklumat tambahan dan notis berkaitan cap dagangan.

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

iProperty.com.my: Permintaan Dalam Negara bagi Rumah Subsale pada 2020 Meningkat kepada -1.3% daripada -2.5% pada H1 2020

KUALA LUMPUR, 26 JANUARI 2021 — iProperty.com.my hari ini menerbitkan iProperty.com.my 2020 Property Demand Analytics, satu tinjauan umum mengenai permintaan hartanah subsale berdasarkan data kunjungan pengguna dan penyenaraian hartanah di iProperty.com.my bagi hartanah kediaman subsale di Malaysia, dengan tumpuan khusus pada KL, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Pembentangan analisis ini dibuat oleh Premendran Pathmanathan, Pengurus Besar Penyelesaian Data Pengguna REA Group Asia, dalam satu sidang video dalam talian. Pembentangan ini melihat kepada empat jenis hartanah iaitu rumah teres, kondominium, kediaman servis dan buat pertama kalinya, apartmen.

Permintaan dalam negara bagi hartanah subsale pada 2020 jatuh sebanyak -1.3% tahun atas tahun (YoY). Permintaan terhadap kediaman bertingkat tinggi menurun seiring dengan harga manakala permintaan terhadap rumah teres kekal positif dengan pertumbuhan modal +2.6%.

Di antara ibu negeri di Malaysia, hanya Shah Alam dan Seremban merekodkan permintaan positif, masing-masing pada +1.7% dan +0.9%. Permintaan terhadap Pusat Bandaraya KL (KLCC) menguncup sebanyak -8.9% dengan penurunan pertumbuhan modal sebanyak -11% manakala permintaan terhadap George Town menguncup sebanyak -11.9% dengan penurunan pertumbuhan modal sebanyak -8.7%. Akibatnya, harga hartanah jatuh di kedua-dua bandar raya ini.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah melembabkan pertumbuhan ekonomi negara, permintaan terhadap hartanah pada separuh pertama 2020 mula pulih apabila sekatan dilonggarkan. Angka kunjungan pengguna ke laman web iProperty.com.my berada pada paras paling rendah pada April 2020 setelah PKP dikuatkuasakan.

Namun angka ini pulih semula apabila permintaan terpendam pengguna melonjakkan minat membeli ke paras lebih tinggi. Setakat Disember 2020, kunjungan unik bagi penyenaraian hartanah subsale pulih sebanyak +85% berbanding kali pertama PKP diumumkan. Trend yang serupa turut diperhatikan pada permohonan pinjaman perumahan – peningkatan kunjungan pengguna ke iProperty.com.my didapati seiring dengan peningkatan nilai permohonan pinjaman perumahan oleh pengguna Malaysia berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Sorotan dan Perangkaan Bulanan Bank Negara Malaysia bagi November 2020.

Kuala Lumpur terus merekodkan permintaan negatif dengan peningkatan perpindahan populasi. Berikutan trend bekerja dari rumah yang kian menjadi kelaziman, ramai orang berpindah ke perumahan mampu milik di pinggir-pinggir bandar di Selangor dan meninggalkan pasaran hartanah KL yang suram.

Permintaan terhadap hartanah di Kuala Lumpur jatuh sebanyak -1.3% dengan penurunan angka kunjungan pengguna bagi apartmen dan rumah pangsa. Ini disebabkan antara kumpulan paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 adalah B40. Batu Caves mengungguli carta kawasan tertinggi permintaannya di Kuala Lumpur dengan angka kunjungan segmen rumah pangsa meningkat lebih dua kali ganda.

Setiawangsa merupakan satu lagi kawasan penting dalam senarai ini. Ramai pengunjungnya berminat dengan hartanah berharga mampu milik iaitu antara RM200,000 ke RM300,000.

Selangor, terutama sekali kawasan pinggir bandarnya, telah mendapat manfaat daripada perpindahan keluar populasi ekoran pandemik COVID-19 ini. Kawasan kediaman pinggir bandar menawarkan rumah lebih besar dengan lebih nilai untuk wang pembeli dan telah menyaksikan pertumbuhan permintaan yang begitu pesat.

Daerah pinggir bandar seperti Puncak Alam, Dengkil dan Semenyih berada di bahagian atas senarai kawasan dengan permintaan tertinggi di Selangor. Meskipun bilangan penyenaraian kawasan-kawasan ini adalah terhad, terdapat minat yang mendalam pada penyenaraian ini. Pencari hartanah Puncak Alam berminat dengan rumah teres bersaiz keluarga antara 1,250 dan 2,000 kaki persegi dengan harga antara RM300k dan RM400k.

Serendah merekodkan pertumbuhan permintaan tertinggi di Selangor pada 2020. Kebanyakan minat tertumpu pada apartmen dan rumah pangsa berharga kurang daripada RM100,000 bersaiz kurang daripada 750 kaki persegi.

Seperti yang berlaku pada H1 2020, Selangor kekal menjadi satu-satunya negeri utama yang merekodkan permintaan positif iaitu sebanyak +3.2% manakala pertumbuhan modal turun sedikit sebanyak -0.2%. Harga apartmen menurun sebanyak -3.2% seiring dengan penurunan umum kunjungan pengguna dan penyenaraian bagi rumah pangsa.

Ini kerana pengguna terutama sekali golongan berpendapatan rendah telah mengalihkan perhatian mereka kepada keperluan harian.

Permintaan keseluruhan hartanah subsale Pulau Pinang menguncup sebanyak -9.5% dengan permintaan bagi kediaman servis jatuh sebanyak -20.4% pada 2020. Ini berbeza sama sekali dengan 2019 apabila negeri ini mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan. Projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang bakal muncul mampu menjadi pemangkin pasaran hartanah Pulau Pinang.

Projek ini dijangka meningkatkan kecekapan pengakutan di pulau tersebut, seterusnya menambahkan daya penarik kejiranan-kejiranan pinggiran. Di samping itu, PTMP dijangka menghasilkan peluang pekerjaan yang akan mempunyai kesan lelehan (trickle-down effect) pada ekonomi.

Kepala Batas merupakan kawasan dengan permintaan tertinggi di Pulau Pinang dengan angka kunjungan pengguna meningkat dua kali ganda pada 2020 dibantu sebilangan projek pemajuan bercampur berskala besar yang sedang dalam pembinaan. Balik Pulau turut menyaksikan peningkatan ketara angka kunjungan. Bagi segmen apartmen dan rumah pangsa, angka kunjungan Balik Pulau meningkat dua kali ganda pada 2020.

Johor merekodkan penurunan dua digit di semua kategori hartanah. Namun demikian, rumah teres merekodkan laba modal kerana kebanyakan pembeli rumah di Johor masih menggemari rumah bertanah. Prospek pasaran hartanah Johor kelihatan cerah sejak Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (RTS) mula dibina baru-baru ini.

Apabila siap, projek ini dijangka mengukuhkan harga hartanah di Johor Bahru kerana rakyat Malaysia berpendapatan tinggi yang bekerja di Singapura akan mempunyai pilihan untuk tinggal negeri selatan tanah air ini.

Muar dan Batu Pahat merupakan dua kawasan dengan permintaan tertinggi yang mempunyai beberapa projek kediaman yang sedang dalam pembinaan. Terdapat trend menaik pada harga hartanah di kedua-dua kawasan ini pada 2020 dan harga median pula setara dengan kawasan di dalam wilayah Iskandar Malaysia.

Iskandar Puteri merupakan kawasan dengan permintaan tertinggi di Johor dengan pertumbuhan permintaan sebanyak +118%. Ini mungkin disebabkan pengurangan penyenaraiannya kepada separuh daripada yang sebelumnya. Kluang pula merekodkan pertumbuhan permintaan yang kedua tertinggi bagi hartanah berharga antara RM100,000 dan RM150,000, dan antara RM300,000 dan RM400,000.

Mengulas mengenai iProperty.com.my 2020 Portal Demand Analytics, Premendran berkata, “Penurunan permintaan hartanah pada 2020 ini memang telah kami jangka. Wabak COVID-19 telah mengubah cara orang hidup dan bekerja. 2021 bakal menjadi tahun mencabar kerana pasaran hartanah banyak bergantung pada ekonomi sesebuah negara.

Apa pun, kami percaya pasaran hartanah akan pulih selepas vaksin COVID-19 diperkenalkan. Satu lagi sinar harapan adalah pengecualian duti setem oleh kerajaan untuk pasaran sekunder di bawah Belanjawan 2021. Ini menawarkan lebih banyak peluang kepada pencari hartanah untuk meneroka pasaran hartanah kediaman subsale.

Di samping itu, pengurangan secara beransur-ansur Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan pengurangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membantu meringankan pembayaran semula pinjaman perumahan. Ini turut mencetuskan minat membeli hartanah terutamanya dalam kalangan kelas pertengahan dan atasan.”

Tambah beliau, “Data permintaan membolehkan kita meninjau sentimen umum mengenai hartanah pada waktu seperti ini. Penerbitan iProperty.com.my Portal Demand Analytics ini akan membantu pemain industri memahami aliran minat pasaran berkaitan penawaran dan permintaan. Data yang didorong permintaan membolehkan kita memahami sentimen pengguna dalam pasaran hartanah.

Pihak kerajaan boleh memanfaatkan data ini dalam pembinaan perumahan mampu milik dan peruntukan subsidi bersasar. Pihak berkepentingan lain seperti ejen hartanah, persatuan perumahan dan pihak media boleh menganalisis data untuk memahami keutamaan pengguna pasaran tempatan dengan lebih baik yang mencerminkan permintaan pasaran. Kami berharap data yang dibentangkan akan memberi manfaat kepada semua, dari pembeli rumah hingga ke pemain industri.”

Anda boleh memuat turun salinan iProperty.com.my 2020 Portal Demand Analytics di www.iproperty.com.my/newsroom

Mengenai REA Group & iProperty.com.my

REA Group di Asia mengendalikan laman web, pemasaran dan acara harta tanah digital yang menawarkan set perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek paling komprehensif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia (iProperty.com.my), Thailand (thinkofliving.com dan Prakard) serta seluruh wilayah China termasuk Tanah Besar China (myfun.com) dan Hong Kong (squarefoot.com.hk dan SMARTExpo).

Berpangkalan di Australia, REA Group merupakan sebuah firma pengiklanan digital multinasional yang mengkhusus kepada hartanah. Disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX:REA), kami mengendalikan laman web hartanah kediaman, komersil dan saham terkemuka di Australia iaitu realestate.com.aurealcommercial.com.au dan flatmates.com.au. REA Group juga merupakan rakan kongsi utama 99 Group yang mengendalikan perniagaan 99.co dan iProperty.com.sg di Singapura serta rumah123.com di Indonesia. REA Group juga memiliki pegangan saham besar dalam Move, Inc menerusi realtor.com di Amerika Utara dan Elara Technologies menerusi proptiger.commaakan.com dan housing.com di India.

iProperty.com.my berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dengan bilangan pekerjanya melebihi 200 orang. iProperty.com.my merupakan laman web hartanah No. 1 Malaysia yang menawarkan carian dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. iProperty.com.my juga menawarkan aplikasi penyelesaian kepada konsumer seperti LoanCare, penunjuk kelayakan pinjaman perumahan; saluran News & Lifestyle dengan pelbagai kandungan berkaitan hartanah yang bermanfaat kepada pengguna; acara-acara yang menghubungkan pembeli hartanah dengan ejen dan pemaju; dan banyak lagi.

Untuk berita berkaitan REA Group dan iProperty.com.my, layari  www.iproperty.com.my/newsroom dan ketahui permintaan dan trend hartanah kediaman, perkembangan teknologi dan produk serta banyak lagi.

Iklan

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!