Jimat Dan Beli Secara Bijak Dengan Kempen Beli Jer MOBY Islamic Pada Musim Ramadan dan Hari Raya Ini

  • Pengguna akan menikmati diskaun 50% untuk pembelian tertentu apabila menggunakan kod promo MOBYRAYA.
  • Selain itu, pengguna yang membelanjakan sehingga RM 250.00 dalam resit tunggal atau resit kumulatif dalam satu hari berpeluang untuk memenangi Proton X50, atau iPhone 14 Pro dengan hadiah tunai RM 3,000.
  • Pengguna baru juga boleh menikmati baucer diskaun RM 10.00 apabila memuat turun aplikasi MOBY Islamic.

Kuala Lumpur, 19 April 2023 – MOBY Islamic, satu-satunya platform Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) patuh Syariah Malaysia, mengajak umat Islam untuk berjimat dan berbelanja dengan bijak pada musim Ramadan dan Hari Raya ini dengan kempen Beli Jer yang sedang berlangsung dan secara khususnya siri kempen terutama mereka, Meriah MOBY. 

Dengan seleksi yang luas untuk membeli-belah dari produk tempatan kegemaran, kempen Beli Jer dari MOBY Islamic menawarkan diskaun 50% dan promosi lain untuk pembelian terpilih, dengan pengguna bebas untuk melengkapkan pembayaran melalui pelan ansuran bulanan atau ciri PayNow. 

“Seiring dengan Ramadan yang akan berlalu dan Hari Raya yang hampir tiba, ramai rakyat Malaysia sedang sibuk membuat persiapan – sama ada membeli pakaian baru, biskut atau hiasan atau keperluan harian untuk rumah dan keluarga. Apa juga kehendak dan keperluan itu, kami mahu pengguna tahu bahawa dengan MOBY Islamic, mereka boleh menikmati fleksibiliti kewangan dan simpanan di samping berbelanja dengan bijak,” kata Rian Philip, Pengasas MOBY Group. 

Selain daripada penjimatan ini, MOBY Islamic juga memberi ganjaran kepada pengguna memenangi hadiah menarik melalui kempen ini. Pengguna yang berbelanja melebihi RM250 sehari secara terkumpul melalui platform MOBY atau MOBY Islamic akan berpeluang memenangi Proton X50 atau Iphone dengan hadiah wang tunai RM3,000. Apa yang mereka perlu lakukan selepas berbelanja adalah mengimbas kod QR serta suka dan ikuti MOBY Malaysia di Facebook dan Instagram. 

Selaras dengan prinsip Ramadan, MOBY Islamic juga menggalakkan pengguna untuk bersederhana dalam perbelanjaan sepanjang musim perayaan dan setiap masa. Dengan menggunakan proses e-know-your-customer yang unik, MOBY Islamic dapat menawarkan jumlah perbelanjaan yang lebih sepadan dengan kemampuan kewangan pengguna. Ini bermakna pengguna yang berbelanja dengan bijak akan diberikan ganjaran dengan jumlah yang lebih tinggi dan sekaligus mengurangkan risiko berbelanja melebihi kemampuan kewangan mereka. 

“Ramadan adalah masa untuk bersederhana – waktu untuk bermuhasabah. Ia menggalakkan kita menghargai dengan apa yang kita ada daripada menginginkan yang lebih. Sebagai satu-satunya platform BNPL patuh syariah di negara ini, kami telah mengambil langkah penting untuk memastikan platform dan ekosistem kami menggalakkan nilai kesederhanaan tersebut,” kata Rian, sebelum menambah “Melalui MOBY Islamic, kami ingin menawarkan kebebasan kewangan kepada pengguna kami untuk membeli keperluan tanpa bimbang – serta memberi peluang untuk meningkatkan dan mengembangkan pengetahuan kewangan mereka.” 

Pengguna boleh menikmati diskaun, promosi dan hadiah menerusi kempen Beli Jer di kedua-dua platform MOBY dan MOBY Islamic sekarang sehingga 30 September 2023. 

Pengguna baru di kedua-dua platform juga akan dapat menikmati baucar diskaun sehinga RM10 dengan menggunakan kod promo MOBYRAYA.

MOBY dan MOBY Islamic boleh dimuat turun di semua platform dan pengguna boleh menggunakan platform ini untuk berurus niaga dengan lebih 800 jenama di seluruh negara termasuk jenama patuh syariah seperti Siti Khadijah, Petra dan Asikin Ahmad. Platform ini menawarkan pilihan pembayaran yang fleksibel dengan yuran faedah 0% untuk bayaran kemudian sehingga 6 bulan atau fungsi PayNow. 

Untuk maklumat lanjut mengenai MOBY dan MOBY Islamic, layari https://www.MOBY.my/ atau muat turun aplikasi menerusi AppStore atau Google Playstore. 

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.