Jualan Khas Buat Para Jejaka Di Shopee – Dapatkan Lebih Tanpa Berbelanja Lebih

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2019 – Untuk para jejaka di luar sana, bersiap sedialah dan jangan lepaskan peluang merebut tawaran menarik di Shopee Men’s Sale dari 13 Jun hingga 23 Jun 2019. Inilah peluang anda untuk menaik taraf pakaian dan gajet anda pada nilai terbaik untuk wang anda.

Kemuncak Shopee Men’s Sale akan berlangsung pada 20 Jun dan di sini adalah beberapa strategi oleh Shopee untuk anda dapatkan lebih tanpa berbelanja lebih.

Tawaran RM1 Yang Sukar Dipercayai

Memang benar, barangan bernilai tinggi seperti Samsung Galaxy A70, mesin kopi Nescafe, komputer riba HP, Sharp Smart UHT TV 45” dan jam tangan Fossil boleh menjadi milik anda untuk RM1. Anda hanya perlu menyemak kalendar harian bagi tawaran RM1 di Shopee.

Pasti Menang: One or Not, or Your Money Back Shopee ialah permainan tanpa risiko yang menjamin RM1 anda akan dikembalikan ke dalam kad kredit atau dompet Shopee jika anda bukan pembeli terpilih. Jadi teruslah membeli-belah.

Harga Terendah Dijamin Untuk Para Jejaka

Halaman koleksi elektronik Shopee’s Lowest Price Guaranteed menampilkan gajet, kelengkapan sukan, peralatan rumah dan banyak lagi pada harga terendah di pasaran.

Jika anda mendapati barangan serupa yang lebih murah di luar Shopee, ciri  Pasti Murah: Electronics, Lowest Price Guaranteed Shopee akan memastikan anda mendapat ganjaran 120% daripada perbezaan harga. Dengan ciri ini, anda tidak perlu bimbang anda tidak mendapat tawaran terbaik kerana jaminan yang diberikan.

Shopee Dapatkan Apa Yang Anda Mahu

Shopee menawarkan pelbagai barangan elektronik untuk lelaki. Anda pasti menemui apa yang anda mahu kerana ciri Pasti Ada: Electronics, Find & Be Rewarded. Shopee sedia membantu anda mencari barangan elektronik yang dikehendaki. Anda hanya perlu mengemukakan tuntutan Pasti Ada untuk barangan yang tidak tersenarai di Shopee.

Jika Shopee tidak dapat menemui barangan tersebut, anda akan diberi pampasan 10,000 Shopee Coins, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dapatkan Lebih Daripada Diskaun

Anda mendapat lebih nilai untuk wang anda apabila menggunakan Shopee Coins, baucar diskaun dan baucar penghantaran percuma apabila anda berbelanja RM40 dan ke atas.

Shopee memastikan anda tidak kehabisan Shopee Coins dengan mengadakan Shopee Quiz. Pada 12.00pm setiap hari bekerja, anda boleh menyertai Shopee Quiz dengan menjawab lapan soalan pengetahuan am. Anda berpeluang memenangi hadiah terkumpul sehingga dua juta Shopee Coins apabila anda menjawab kesemua soalan dengan betul. Anda mendapat hayat tambahan apabila anda merujuk kawan-kawan untuk menyertai Shopee Quiz.

Di samping itu, ikuti siaran langsung Shopee Live untuk mengetahui tentang produk dan ulasan terkini daripada jenama-jenama setiap hari. Saksikan selebriti dan tokoh-tokoh terkenal termasuk pasukan Mobile Legends Shopee Bosskurr apabila mereka mengacarakan rancangan dan menghadiahkan baucar-baucar bernilai hebat yang boleh anda gunakan untuk pembelian anda yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut dan siaran ulangan, ikuti Shopee Live menerusi aplikasi Shopee.

Shopee menganjurkan kempen untuk semua peminat Marvel yang merupakan pemegang kad Maybank Visa, Master dan Debit. Berbelanja RM200 dan ke atas di Shopee dalam satu transaksi dan anda berpeluang menebus dua daripada 12 pingat eksklusif Marvel’s Avengers bagi menambah koleksi adiwira anda. Kempen berakhir pada 30Jun 2019.

Untuk menikmati tawaran hebat daripada Shopee Men’s Sale, kunjungi  https://shopee.com.my/m/mens-sale

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.