3 Saham Terbesar Yang Dimiliki Oleh Warren Buffett, 2 Daripadanya Patuh Syariah

Dalam dunia pelaburan saham, mesti kita dengar nama Warren Buffet kan? Beliau merupakan seseorang yang berpengaruh yang juga dikenali sebagai “Oracle of Omaha”.

Jom kita dengar kupasan menarik daripada Stallion Brothers, pakar pelaburan saham global berkenaan kisah 3 saham terbesar yang dimiliki Warren Buffett ni.

Seorang Lagenda Dalam Dunia Pelaburan Saham

Warren Buffett adalah salah seorang lagenda dalam dunia pelaburan dunia yang berasal dari United States. Beliau mendapat hasil kekayaan daripada pasaran saham melalui syarikat Berkshire Hathaway dan melalui pasaran saham jugalah beliau berjaya menjadi di antara orang terkaya di dunia. Kebanyakan saham yang dipegang adalah untung pelaburan jangka panjang.

Jom tengok 3 saham terbesar yang dimiliki oleh Warren Buffett:

1. Apple

Apple adalah antara saham yang terbesar dipegang oleh Warren Buffett daripada segi nilai keseluruhan. Warren Buffett memegang sebanyak 250 juta saham Apple dengan nilai keseluruhan $50 billion. Beliau membeli saham Apple pada February 2017 dengan harga $129 seunit.

Hari ini saham Apple didagangkan pada harga $200 seunit. Apple adalah satu-satunya saham Teknologi yang dipegang oleh Warrant Buffett sebab Apple adalah leader kepada industri dan benchmark kepada produk Teknologi dunia.

2. Coca-Cola (Coke)


Ini adalah di antara saham pertama yang dibeli oleh Warren Buffett melalui syarikat Berkshire Hathaway. Warren Buffett membeli saham Coca-Cola pada tahun 1988 dengan harga $2.45 seunit. Hari ini, Coca-Cola didagangkan dengan harga $46 seunit. Kenaikan sebanyak 1700% dalam masa 30 tahun dan ini tak termasuk dengan dividen, kalau campur dividen mungkin jumlah ROI boleh menjadi 3000%.

Saham Coca-Cola adalah antara saham yang paling stabil di dunia atau kita boleh kata ianya recession-proof atau kalis gawat.

3. American Express (AMEX)

Di antara saham financial yang telah menjadi salah satu aset terpenting Warren Buffett. American Express adalah di antara saham Credit Card terbesar di dunia dan telah naik lebih dari 1000% selepas dibeli boleh Warren Bufett.

10 tahun lepas saham American Express didagangkan dengan harga $20 seunit dan kini harga seunit telah mencecah lebih $100. Saham ni memang akan bergerak selari dengan ekonomi dunia, kalau ekonomi bagus memang keuntungan saham ni akan melipat kali ganda.

3 Jenama Yang Dikenali Seluruh Dunia

Persamaan terbesar di antara 3 saham ni adalah mereka adalah merupakan leader kepada industri dan terkenal di merata dunia. Produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ni telah menjadi gaya hidup dan susah untuk terpisah dengan aktiviti harian.

So bila dah melekat dengan kehidupan harian, secara automatik kita akan membeli atau menggunakannya. Inilah ciri-ciri terbaik untuk saham jangka panjang.

Di antara 3 saham ni, hanya dua sahaja yang patuh shariah iaitu Apple dan juga Coca-Cola. American Express tak shariah sebab dia adalah saham Credit Card yang mendapat keuntungan daripada interest.

Sumber: Stallion Brothers

2 Seminar PERCUMA Di Lembah Klang

Tempat: MENARA PGRM, CHERAS
Tarikh: Sabtu, 20 April 2019
Masa: 8.00 Pagi – 1.00 Petang
<
Tempat: INTAN MILLENNIUM SQUARE (IMS)
Tarikh: Sabtu, 4 Mei 2019
Masa: 8.00 Pagi – 1.00 Petang

Belajar Saham Global Dengan Mereka Yang Pakar

Tatkala market Malaysia koyak sedangkan market luar negara kelihatan menarik, jom rebut peluang melabur saham-saham global seperti McDonalds, Starbucks, Facebook, Apple, Google dan bermacam-macam lagi.

Daftar segera Seminar Melabur Saham Global di sini.

Nak belajar dengan Stallion Brothers dengan lebih mendalam? Dapatkan promosi terbaik daripada mereka sekarang. Klik gambar di bawah untuk keterangan lebih lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.