Lazada Raikan Ulang Tahun Jualan 12.12 Ke-10 Dengan Ribuan Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, Nissan Almera Percuma, dan Diskaun Sehingga 50%

Pada 12.12 Grand Year-End Sale ini, Lazada akan menceriakan hati rakyat Malaysia dengan ribuan baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari, sambil membawakan pelbagai tawaran dan ganjaran yang hebat sempena sambutan ulang tahun ke-10 jualan mega 12.12.

Dari sekarang sehingga 14 Disember, 50,000 baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum akan diberikan setiap hari pada jam 8PG di laman Penghantaran Percuma Lazada (https://lzd.co/LazadaMYFreeShipping). Pengguna boleh mengumpulkan baucar harian tersebut dari jam 8PG hingga 12TGH HARI untuk menerima potongan RM5 secara automatik bagi yuran penghantaran apabila membeli barangan terpilih dengan ikon Penghantaran Percuma*. Berjuta-juta produk daripada beribu-ribu penjual layak untuk baucar Penghantaran Percuma ini, termasuk jenama LazMall seperti Pandora, OxWhite, dan banyak lagi.

“Jualan mega Lazada telah berkhidmat selama sedekad untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan berbagai peniaga kecil, jenama, dan perniagaan dalam talian. Jualan mega kami yang bermula apabila Lazada hanya berusia beberapa bulan dengan cita-cita untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital tempatan, kini telah berkembang dan dianggap sebagai piawaian industri. Sebagai tanda penghargaan kepada pembeli kami dan sempena sambutan ulang tahun ke-10 Jualan 12.12 Lazada, pelanggan boleh membeli dan menghantar barangan kepada orang tersayang di seluruh negara tanpa perlu menanggung yuran penghantaran pada musim pemberian hadiah akhir tahun ini,” kata Rick Ting, Ketua Pertumbuhan Pengguna, Lazada Malaysia.

Bukan itu sahaja; rakyat Malaysia juga boleh menantikan berbagai tawaran luar biasa dan hadiah lumayan berupa sebuah kereta Nissan Almera Turbo dalam Lazada 12.12 Grand Year-End Sale dari 12 hingga 14 Disember.

Lazada Bonus: Kumpulkan diskaun tambahan bernilai sehingga RM320

Sebagai hadiah istimewa daripada Lazada kepada penggunanya, setiap rakyat Malaysia juga boleh mengumpulkan Lazada Bonus bernilai sehingga RM320 bermula dari 5 Disember. Pengguna boleh mengumpulkan Lazada Bonus penuh berjumlah RM320 dengan mengunjungi aplikasi Lazada setiap hari, bermain permainan Lazzie Star, menyempurnakan misi LazCoins, kongsikan Lazada Bonus di media sosial, dan dari masa ke masa melayari lamanJualan 12.12 Lazada untuk melihat produk yang ditawarkan*.

Sepanjang Jualan 12.12 Lazadadari 12 hingga 14 Disember, Lazada Bonus yang dikumpulkan boleh digunakan untuk menebus diskaun tambahan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan bagi produk dengan lencana Lazada Bonus*. Lazada Bonus boleh ditambah kepada diskaun dan baucar sedia ada merentasi pelbagai kedai, untuk memberikan diskaun tambahan 10%. Lebih banyak Lazada Bonus yang dikumpulkan, lebih besar penjimatan.

Potongan Sehingga 50% Daripada Brand Mega Offers di LazMall

Sama ada untuk mendapatkan peranti elektronik, perhiasan rumah, produk kecantikan, fesyen, barang keperluan dapur atau apa jua barangan lain, rakyat Malaysia boleh mencari hadiah paling sesuai untuk semua di Jualan 12.12 Lazada. Rakan jenama rasmi LazMall akan menawarkan potongan sehingga 50% bagi produk-produk mereka. Antara tawaran hebat LazMall Brand Mega Offers yang pasti menambat hati pembeli termasuk:

  • Samsung Galaxy M32 – RM829 (Harga tersenarai asal RM1,099)
  • vivo Y31 – RM799 (Harga tersenarai asal RM999)
  • Kerusi Urut OGAWA Smart Vogue Prime – RM4,499 (Harga tersenarai asal RM13,299)
  • Mesin Kopi Merah Nespresso Inissia – RM419.3 (Harga tersenarai asal RM599)
  • Drypers Drypantz (168kpg) – RM109.9 (Harga tersenarai asal RM163.2)
  • Tablet Kunyah Redoxon Double Action – RM19 (Harga tersenarai asal RM29.3)
  • Maskara Maybelline Falsies Lash Lift – RM40.41 dan percuma 1 gincu bibir (Harga tersenarai asal RM44.9)
  • M.A.C Setting Spray – RM110 (dengan 2 hadiah percuma)
  • Kemeja Polo Ralph Lauren Custom Slim Fit Mesh Polo – RM379 (Harga tersenarai asal RM540)
  • Rantai Leher Emas Wanderlust + Co Crescent Key – RM179.1 (Harga tersenarai asal RM199)
  • Beg David Jones Paris Women – RM48.4 (Harga tersenarai asal RM210)
  • Selipar Selesa Tropika Wanita Havaianas – RM59.5 (Harga tersenarai asal RM119)

‘Chup Dulu’ Untuk Diskaun Lebih Besar bagi Tawaran Eksklusif

Di samping segala tawaran hebat yang disediakan pada 12.12, pembeli yang bijak boleh memanfaatkan lagi ringgit mereka dengan Chup Dulu, iaitu ciri pratempahan dalam aplikasi Lazada. Pelanggan boleh membuat pratempahan set hadiah bermusim eksklusif daripada jenama LazMall terkenal seperti Estée Lauder, M.A.C., Lancôme, Amazin’ Graze, LEGO, illycaffè, dan banyak lagi dengan membayar deposit 10% dari sekarang sehingga 11 Disember*. Pada 12 Disember mulai jam 2PG, pembeli boleh membuat bayaran bagi tawaran Chup Dulu dengan mudah*.

Kemudahan Terkini: Gunakan Lazada Wallet untuk Bayar Semasa Terima

Untuk memudahkan lagi pengalaman menggunakan eDagang pada Jualan 12.12 ini, Lazada Wallet kini menyediakan kemudahan pembayaran ‘on delivery’ tanpa tunai di seluruh negara. Pengguna boleh memilih alternatif digital ini dengan menetapkan ‘cash on delivery’ (bayar semasa terima) di halaman pembayaran, kemudian apabila barangan tiba, minta kod QR untuk membayar menerusi Lazada Wallet menggunakan fungsi imbas dalam aplikasi Lazada pada masa penghantaran. Pilihan pembayaran ini bukan sahaja menjamin tahap keselamatan lebih tinggi dengan mengurangkan sentuhan fizikal, tetapi juga memberikan ketenangan dan meningkatkan keyakinan pengguna. Pengguna Lazada Wallet baru juga akan menerima rebat sebanyak RM4 apabila menggunakan pembayaran Lazada Wallet ‘on delivery’ pada Jualan 12.12*.

Lazzie Hunt: Cari Kenderaan Lazada dan imbas Pelekat Lazzie untuk mendapatkan baucar diskaun sehingga RM50 dan peluang memenangi sebuah kereta Nissan Almera Turbo

Lazzie, maskot Lazada yang diminati ramai, akan menjelajah dunia fizikal sempena 12.12 Grand Year-End Sale untuk menggembirakan pengguna Lazada dengan membawakan baucar istimewa. Di seluruh negara, rakyat Malaysia boleh mencari dan mengimbas kod QR Lazzie Hunt yang terpampang pada semua kenderaan penghantaran logistik Lazada untuk mengumpulkan pelekat Lazzie, yang boleh ditukarkan dengan baucar diskaun seluruh platform dengan potongan sehingga RM50 dan peluang memenangi kereta Nissan Almera Turbo serba baharu*. Kod QR Lazzie Hunt juga akan membuat kemunculan khas di kedai-kedai fizikal rakan-rakan jenama, termasuk Domino’s Pizza, CIMB Bank, US Pizza, Maxis, dan OYO. Untuk mula mengumpul semua pelekat Lazzie, pengguna Lazada boleh mengunjungi laman web ini:  https://lzd.co/LazzieHuntMY

LazLive: Saksikan Siaran Ketua Pegawai Diskaun Untuk Mendapatkan Diskaun Eksklusif

Sambil menantikan 12.12 Sale, Lazada juga akan menganjurkan satu siri siaran langsung yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Diskaun pada jam 9MLM dari 9 hingga 11 Disember menerusi saluran penstriman langsung LazLive dalam aplikasi Lazada. Ketua Pegawai Diskaun Lazada, Ain Edruce, bersama Sissy Aiman dan Shaun Stephen, akan mengacarakan rancangan untuk memberi ganjaran berupa baucar eksklusif berjumlah RM30,000 kepada penonton*.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan 12.12 Lazada, sila layari: https://lzd.co/MegaSale

Unuk maklumat lanjut mengenai Penghantaran Percuma 12.12 Lazada, sila kunjungi: https://lzd.co/LazadaMYFreeShipping

Mengenai Kumpulan Lazada

Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami kini menjadi pemangkin untuk kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian pembayaran dan logistik terbesar di rantau ini Lazada kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan seharian pengguna dan kami bertekad untuk mencapai 300 juta pelanggan pada 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama Kumpulan Alibaba di Asia Tenggara disokong oleh infrastruktur teknologinya yang bertaraf dunia.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.