6 Kisah & Kerenah Penyewa Dari Neraka di Malaysia

Memang satu mimpi ngeri buat mana – mana pemilik rumah bila mendapati penyewa yang menyewa kediaman mereka sebenarnya adalah penyewa dari neraka! 

Ada terlalu banyak jenis kerenah penyewa dari neraka di Malaysia. Bukan semua pemilik rumah itu kejam, kerana mereka tahu bahawa dalam sudut bisnes (pelaburan hartanah), penyewa adalah klien mereka. 

Sebenarnya, banyak kisah kebaikan pemilik kediaman yang membenarkan penyewa melanjutkan tempoh pembayaran sewaan rumah lebih – lebih lagi sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 yang lalu. 

Jika penyewa yang bayar sewa rumah lambat daripada tempoh mungkin boleh dipertimbangkan lagi.

Akan tetapi, malang tidak berbau jika mendapat penyewa tidak bermoral sehingga mendatangkan kerugian pada pemilik rumah. 

Setiap tahun, ada sahaja kisah dan kerenah baharu penyewa dari neraka ini yang kadangkala menjijikkan dan menyebalkan. 

Masalah dalam isu penyewa dari neraka ini berpunca daripada kesukaran pemilik rumah mendapatkan penyewa yang matang dan kukuh dari sudut kewangan. (bayar on time).

Kedua, agak sukar untuk penyewa rumah menyemak rekod jenayah silam bakal penyewa dan budaya ini juga sangat tidak popular di Malaysia. 

Dan akhir sekali, sikap penyewa rumah yang tidak menghormati syarat pemilik rumah seperti :- 

  • Membawa orang asing ke kediaman 
  • Mengubah suai rumah tanpa kebenaran 
  • Mengambil dengan sengaja barang milik tuan rumah 
  • Membayar kadar sewa rumah pada masa yang ditetapkan 

Solusinya? 

Pemilik rumah perlu bijak dengan menapis siapakah penyewa rumah mereka. Sayang sekali, pemilik rumah hari ini terdesak untuk mendapatkan penyewa dan ada yang terpaksa menyewakan rumah mereka pada warga asing. 

Selain itu, pemilik rumah juga perlu tetapkan syarat bertulis dan dipersetujui penyewa rumah dan bukan sekadar perjanjian lisan semata – mata. 

Artikel kali ini merupakan kompilasi 6 kisah & kerenah penyewa dari neraka yang wujud di Malaysia. 

1. Penyewa Pengotor

Pada Oktober 2019 yang lalu, viral kisah penyewa yang meninggalkan rumah sewa dalam keadaan rumah yang sangat kotor. 

Rumah tersebut bukan sahaja penuh dengan sampah sarap sehingga ke siling bak tapak pelupusan sampah, bahkan dipenuhi bangkai haiwan dan penuh dengan haiwan dan serangga perosak seperti tikus dan lipas. 

Pemilik pangsapuri di Bukit Gedung, Pulau Pinang ini menetapkan kadar sewa RM350 sebulan dan terpaksa mengeluarkan kos melebihi RM2,000 untuk membersihkan rumah tersebut. 

Isunya bermula apabila penyewa asal memberikan abangnya rumah tersebut sebagai tempat menyewa dan dijadikan stor simpanan barang berniaga.

2. Penyewa Rosakkan Rumah

Gambar Hiasan. Sumber Tiktok @khad_shafeeqa

Isu penyewa dari neraka kembali trending pada Jun 2021 yang lalu apabila seorang pemilik rumah berkongsikan kisah rumahnya yang dirosakkan penyewa yang juga warga asing. 

Alasannya, penyewa tidak bersetuju pemilik menaikkan kadar sewa rumah selepas membayar kadar RM450 selama 10 tahun!

Antara kerosakan yang dialami pemilik rumah adalah :- 

  1. Mengoyakkan sofa 
  2. Merosakkan kipas siling 
  3. Memotong wayar elektrik 
  4. Merosakkan perabot dapur 
  5. Memecahkan perabot rumah 

Sikap tidak bermoral penyewa warga asing dari neraka ini telah menyebabkan pemilik rumah rugi dan terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk membaik pulih keadaan rumah sebelum mampu disewakan pada orang lain. 

3. Penyewa Tak Bayar Bil

Bukan sahaja tidak membayar sewa rumah selama 9 bulan, penyewa ini turut tidak membayar bil elektrik dengan tunggakan RM4,000!

Apa yang lebih mengejutkan adalah, penyewa tersebut turut berpindah dari rumah tersebut tanpa sebarang notis dan menukar nombor telefon bagi mengelak daripada dihubungi pemilik rumah. 

Pemilik kediaman tersebut dilema selepas memberi masa yang lama pada penyewa tersebut untuk membayar sewa rumah, tetapi sebaliknya berlaku apabila pergi untuk melihat rumah tersebut. 

Rumah itu juga dibiarkan tidak berkunci dan masih terdapat harta milik penyewa yang dibiarkan di ruang tamu kediaman terbabit.

4. Penyewa Renovate Sendiri Rumah Sewa

Kebanyakan penyewa rumah yang ‘pandai – pandai’ renovate sendiri rumah sewa biasanya adalah penyewa yang sudah menyewa kediaman tersebut melebihi 10 tahun. 

Antara benda yang paling banyak di renovate oleh penyewa adalah :- 

  1. Extend belakang rumah – Penambahan ini tidak sah sehingga mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Daerah. 
  1. Tambah struktur baru – Banyak berlaku pada rumah teres untuk kegunaan sendiri dan tidak sah
  1. Tambah tingkat – Perlu ada pelan dan hantar ke Majlis Perbandaran Daerah atau melanggar akta 172. 
  1. Tambah tingkap tepi – Rumah teres berkembar hanya boleh ada tingkap di depan dan belakang rumah sahaja

5. Penyewa Bawa Teman Lelaki / Teman Wanita 

Ini merupakan masalah sosial yang semakin parah di kalangan pelajar universiti dan golongan bujang bukan sahaja di bandar bahkan di luar bandar. 

Pada Ogos 2018 yang lalu, viral kisah seorang pemilik rumah yang menghalau tiga lelaki yang merupakan kenalan pada penyewa perempuan rumah itu. 

Penyewa wanita berumur 18 tahun dari Kelantan itu secara sengaja telah membenarkan 3 orang lelaki masuk dan menceroboh bilik pelajar yang sedang cuti semester ketika itu. 

Ini menyebabkan penyewa rumah tersebut yang juga wanita melaporkan kejadian itu kepada pemilik rumah sebelum wanita dan 3 orang lelaki itu dihalau keluar serta merta. 

6. Penyewa Maki Pengawal Keselamatan

Ini merupakan kisah terbaru yang viral pada November 2021 yang lalu di mana seorang penyewa kondominium SkyAwani Residence, Sentul telah memaki hamun pengawal keselamatan kerana tidak menjaga anak perempuannya yang ditinggalkan di pos kawalan keselamatan. 

Insiden ini telah menyebabkan pemilik rumah menamatkan kontrak sewaan penyewa itu dan selepas itu, baru diketahui yang penyewa tersebut mempunyai rekod jenayah lampau. 

Penyewa tersebut didapati kerap berpindah randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa atas beberapa kesalahan jenayah seperti kes curi.

Satu waran tangkap juga telah dikeluarkan pihak polis untuk memberkas penyewa tersebut 

Sebagai pemilik rumah, anda sentiasa berdepan dengan risiko mendapat penyewa dari neraka dan perkara ini sangat bergantung kepada nasib. 

Ada penyewa yang bagus dan membayar sewa pada masa untuk 5 tahun sebelum mula naik kepala pada tahun ke enam. 

Apa yang pasti, majoriti kes penyewa dari neraka ini terjadi pada rumah jenis kos rendah dan telah menjadi asam garam pelabur hartanah. 

Gunakan undang – undang untuk bendung kisah – kisah yang dikongsikan di atas menjadi realiti kepada anda. 

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman