Lebih 70,000 PMKS Tempatan Baharu Menerima Manfaat Daripada 9.9 Hari Pembelian Hebat Shopee Ekoran Aktiviti Membeli-Belah Rancak

Shopee Malaysia menyaksikan permulaan yang rancak untuk musim membeli-belah akhir tahun dan usaha berterusannya untuk memacu digitalisasi membuahkan hasil pada 9.9 Hari Pembelian Hebat ini. Ia melaporkan bahawa festival membeli-belah utamanya telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 70,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan baharu yang menyertai jualan tersebut buat pertama kalinya.

Sementara itu, 50 PMKS tempatan teratas di platform – berdasarkan prestasi pendapatan dalam satu hari – masing-masing mencatatkan jualan purata berjumlah kira-kira RM350,000 dalam pada rakyat Malaysia menyahut pendekatan “utamakan barangan tempatan”.

Para penjual juga menyaksikan peningkatan jualan semasa Midnight Madness Sale dari 12 tengah malam hingga 2 pagi apabila jumlah trafik pengguna melonjak tiga kali ganda berbanding hari biasa dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September.

Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee berkata, “Kami berbesar hati dengan semangat dan sokongan padu bagi 9.9 Hari Pembelian Hebat kami. Memandangkan kita masih sedang menghadapi wabak pandemik yang berlanjutan, kami berasa rendah hati dapat memainkan peranan dalam menyediakan platform bagi penjual tempatan untuk berhubung dengan pelanggan mereka. Lebih daripada itu, ia adalah satu inspirasi untuk melihat lebih daripada 70,000 peniaga tempatan baharu mengambil bahagian dan menerima manfaat daripada kempen 9.9 kami tahun ini. Ini menunjukkan bahawa lebih banyak perniagaan di Malaysia sedang mendigitalisasikan operasi mereka. Kami berharap dapat membantu mereka memanfaatkan ekosistem dan sokongan pemasaran Shopee yang bersepadu, bagi merebut peluang pertumbuhan baharu dan menjangkau pelanggan yang mengutamakan saluran atas talian atau online-first.”

Bagi pihak pengguna pula, rakyat Malaysia telah mengambil peluang untuk membeli pelitup muka – terutamanya jenis KF94 dan KN95, dengan lebih 10 juta keping direkodkan terjual pada 9 September. Pelindung muka atau face shield dan sut PPE juga merupakan dua daripada barangan yang paling laris dibeli memandangkan usaha memerangi wabak Covid-19 masih berterusan.

Pada masa yang sama, dengan ramai warga Malaysia yang kekal berhati-hati dan memilih untuk duduk di rumah, kelambu nyamuk magnetik DIY juga merupakan satu lagi produk yang banyak dijumpai dalam troli membeli-belah, dengan lebih 15,000 unit dijual. Rakyat Malaysia juga didapati sedang memulakan hobi atau mempelajari kemahiran baharu seperti mengait. Hasilnya, lebih 4,000 unit benang kait telah dibeli.

Shopee juga menyaksikan rakyat Malaysia semakin banyak menggunakan kaedah pembayaran digital yang lebih mudah, selamat dan memberikan lebih nilai. Dengan jumlah kedai luar talian yang menerima ShopeePay meningkat sebanyak 35 kali ganda dari tahun ke tahun, rakyat Malaysia juga mengambil peluang untuk menikmati penjimatan hingga RM9 apabila mereka membeli Baucar ShopeePay dengan harga hanya 1 sen pada 9.9 Hari Pembelian Hebat dari portal dalam aplikasi Deals Near Me. Antara kedai yang menerima ShopeePay yang mencatatkan prestasi terbaik termasuk Petron, MR DIY, Eco-Shop, Family Mart, Lotus’s, KK Mart dan Tealive.

Di seluruh rantau: Shopee menyaksikan lebih daripada 45 juta barangan dijual dalam masa 99 minit pertama jualan tersebut. Para pembeli juga menikmati penjimatan yang lebih dengan 60 juta baucar dituntut dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September semasa Midnight Madness Sale.

Penstriman langsung terus menjadi bahagian penting dalam pengalaman membeli-belah atas talian. Dalam masa tiga minggu sebelum menjelang 9 September, para pembeli telah menonton pelbagai rancangan penstriman langsung berbeza selama lebih daripada 24 juta jam termasuk temu bual eksklusif bersama Jackie Chan dan persembahan menarik oleh kumpulan-kumpulan K-Pop terkemuka iaitu TWICE dan Secret Number.

Para pembeli juga meluangkan lebih banyak masa untuk bermain permainan kegemaran mereka di Shopee Prizes. Salah satu permainan istimewa Shopee, Shopee Shake, bersertakan  sentuhan bertema Jackie Chan yang unik, telah menjadi kegemaran orang ramai dengan 440 juta goncangan direkodkan. Permainan lain seperti Spin & Win dan Shopee Farm terus mendapat sambutan baik setelah dimainkan sebanyak 4.5 bilion kali secara keseluruhan sepanjang tempoh kempen.

Tambahan kepada ciri dalam aplikasi Shopee, para pembeli juga banyak berinteraksi dan mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran yang menyeronokkan dan pemberian hadiah menarik di saluran media sosial Shopee dengan 70 juta interaksi secara keseluruhan di seluruh rantau.Pang menambah, “Kami berasa gembira dapat memberikan lebih banyak nilai, pilihan, dan hiburan kepada para pembeli daripada keselesaan rumah mereka. Kami akan menyajikan tawaran dan aktiviti yang lebih menarik untuk musim membeli-belah pada akhir tahun ini, dan akan terus membawa kegembiraan kepada para pengguna melalui pengalaman membeli-belah yang diperibadikan, menyeronokkan, dan bersifat sosial.”

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.