Apa Maksud Penny Stock?

Baik beli saham-saham murah, senang buat untung. Sekali untung, banyak kita dapat. Pernah dengar kawan-kawan pelabur cerita pasal ini kepada kita? Ya benar. Dengan saham yang murah, kita dapat kadar keuntungan yang tinggi. Sedikit pergerakan harga sahaja boleh mencecah lebih daripada 30% keuntungan.

Pernah dengar saham penny stock? Kebanyakan saham murah yang dimaksudkan ini adalah saham penny stock. Apa itu saham penny stock? Penny stock adalah merupakan saham yang berharga kurang daripada RM0.50 di Bursa Malaysia.

Jom tonton video ini terlebih dahulu untuk tahu lebih lanjut tentang saham penny stock ini.

Katakanlah anda nak mula melabur saham, tapi tak tahu nak beli saham yang murah atau pun mahal. Sebenarnya mana-mana pun boleh asalkan tahu kenapa pilih untuk beli saham tu.

Tapi ingat, saham penny bukan untuk semua orang dan kena ambil tahu juga risiko yang terlibat. Boleh kaji sejarah saham-saham penny sebelum ambil keputusan untuk beli.

Kalau harga saham penny tu boleh ‘terbang’ dan kemudian dia boleh turun macam bungee jumping, maka kalau boleh kita elakkan.

Melabur saham bukanlah bermaksud mencari saham mana yang murah. Seperti kita tahu, saham murah ini lebih mudah untuk dimanipulasi berbanding saham yang lebih mahal. Dalam pelaburan saham, kita perlu mencari saham yang berkualiti bagi mengelakkan diri terjerat dalam lembah kerugian.

Tak semua saham murah itu tidak bagus, dan tak semua saham mahal itu bagus. Ini terserah kepada diri pelabur untuk menganalisa dan mengenal pasti saham-saham berkualiti.

Melaburlah dalam ilmu kerana ilmu merupakan pelaburan terbaik dalam kehidupan kita.

Selamat melabur!

Video ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia secara PERCUMA di sini.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.