Kursus online Fiqh Muamalat dan isu semasa ini adalah merupakan rakaman 13 siri video selama hampir 10 jam yang menawarkan sijil di akhirnya. Ia adalah siri yang pernah disiarkan di stesen radio Klasik FM. Rakaman bagi kursus ini akan membantu anda dalam meningkatkan ilmu Muamalat terutama daripada sudut hukum-hukam dalam pengurusan kewangan moden, perbankan Islam serta menjawab pelbagai isu semasa berkaitan kewangan.
Kursus ini akan disampaikan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman, Pengarah Urusan Elzar Shariah Solutions Sdn Bhd dan juga penasihat Shariah di Suruhanjaya Sekuriti & KWSP Simpanan Shariah.
Bullish Aim Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dipengerusikan dan dimiliki oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melancarkan secara rasmi RMJDT, sebuah stablecoin yang disokong ringgit di Zetrix (dahulunya dikenali MyEG), rangkaian blockchain yang menyokong Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI). Stablecoin ialah sejenis mata wang kripto yang direka supaya nilainya stabil kerana ia disandarkan kepada aset lain.
Ramai yang dengar saja perkataan coin, terus teringat Bitcoin, Dogecoin yang harganya berubah setiap hari. Tapi RMJDT ni lain. Mari kita cuba fahamkan perlahan-lahan.
Apa Benda Sebenarnya RMJDT?
RMJDT bukan mata wang baharu menggantikan Ringgit, dan Johor bukan ada duit sendiri.
Bayangkan duit Ringgit biasa, tapi versi digital sepenuhnya dan hidup atas teknologi blockchain. Nilai dia 1 RM = 1 RMJDT, jadi tidak ada turun naik ganas macam aset digital/kripto.
Kalau Bitcoin tu macam saham yang naik turun ikut pasaran, RMJDT ni lebih macam duit e-wallet cuma bukan duduk dalam akaun bank, tapi dalam blockchain.
Jadi, dia bukan token untuk orang beli dan jual (trade), tapi lebih kepada duit versi digital yang boleh digunakan dalam ekosistem blockchain.
Jadi RMJDT Boleh Jual Beli Dekat Luno?
Jawapan: Tidak.
Kenapa?
Ia bukan token spekulasi.
Tujuan dia bukan “beli murah jual mahal”.
Platform kripto macam Luno hanya senaraikan aset berstatus pelaburan (yang dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti).
RMJDT ni berada dalam kategori stablecoin transaksi, bukan “asset to trade”.
Untuk rekod, RMJDT bukan stablecoin Ringgit pertama di Malaysia. Sebelum ini kita sudah ada MYRC, iaitu stablecoin yang disandarkan 1:1 kepada Ringgit Malaysia dan diterbitkan oleh BLOX.
Apa yang berbeza nanti adalah bagaimana setiap stablecoin ini digunakan, diintegrasikan dengan ekosistem kewangan dan sejauh mana ia diterima oleh orang ramai.
Cuba Bayangkan Beberapa Situasi Harian
1) Bayar Barang atau Servis dalam Blockchain
Contoh: beli servis AI, cloud computing atau aplikasi yang beroperasi atas blockchain. Lebih cepat, tak perlu tunggu clearance bank.
2) Hantar Duit ke Kawan / Freelance / Bisnes
Pindahkan duit, tapi tanpa bank sebagai orang tengah. Tangan ke tangan… tapi digital.
Transaksi cepat
Kos rendah
Sesuai kalau hantar ke luar negara
3) Urusan Rentas Sempadan (Import/Export)
Peniaga kecil yang beli barang dari China, Vietnam, Indonesia boleh bayar dalam stablecoin ringgit tanpa nak pening pasal kadar pertukaran matawang (FX fees).
4) Ekonomi Digital Tempatan Boleh Berkembang
Kalau lebih banyak aplikasi guna blockchain, kita perlu:
mata wang digital yang stabil
dikawal selia
tidak volatile macam kripto spekulatif
Perkara
Kripto (Bitcoin/Ethereum)
RMJDT
Nilai
Naik turun
Tetap ikut Ringgit
Tujuan
Pelaburan / buat untung daripada pergerakan harga
Transaksi digital
Boleh jual beli di Luno?
Ya
Tidak
Volatility
Tinggi
Rendah
Perumpamaan…
Saham digital
Duit blockchain
RMJDT Cara Baru Guna Wang
Malaysia sedang mengambil langkah ke arah ekonomi digital yang lebih moden. Rakyat biasa mungkin tak perasan pun istilah teknikal di belakangnya tapi yang mereka akan alami cuma satu: urusan kewangan menjadi lebih senang.
Zetrix disenaraikan di Bursa Malaysia sebagai syarikat penyedia perkhidmatan digital / blockchain / gov-services (dah tukar nama dari MYEG ke Zetrix AI). Saham Zetrix nampak naik lebih 5% pagi ni, macam pasaran tengah “masuk” cerita blockchain dan RMJDT. Tapi ini cuma pergerakan harian, bukan signal confirm beli, siapa berminat masih kena buat kajian fundamental dan analisis risiko dulu.