Luno Berkerjasama Dengan Pizza Hut dan Shopee Untuk Meraikan Hari Bitcoin Pizza

Luno, bursa aset digital pertama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, hari ini telah mengumumkan kerjasamanya dengan Pizza Hut dan Shopee, untuk meraikan Hari Bitcoin Pizza dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi baucar Pizza Hut. Dari 21 Mei hingga 1 Julai, setiap pelanggan yang membeli baucar Luno di kedai rasmi Luno Shopee dan menebusnya melalui aplikasi Luno untuk membeli Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), Litecoin (LTC), dan/atau Bitcoin Cash (BCH) dalam tempoh kempen ini; akan mendapat ganjaran Bitcoin tambahan dan baucar Pizza Hut percuma bernilai RM30. Baucar tersebut boleh didapati dengan harga serendah RM0.66 bersempena dengan promosi 6.6 Awesome Sale oleh Shopee yang akan datang.

22 Mei 2021 menandakan ulang tahun ke-sebelas transaksi pertama Bitcoin, di mana perintis matawang kripto Laszlo Hanyecz membeli dua pizza besar dengan cryptocurrency pada tahun 2010, yang bernilai lebih daripada RM2 bilion* pada pasaran hari ini. Sejak itu, transaksi penting ini diraikan setiap tahun dengan seluruh industri matawang kripto mengiktirafnya sebagai salah satu peristiwa yang paling penting dalam sejarah.

Pengumuman kerjasama ini dibuat berikutan tempoh pertumbuhan memberangsangkan bagi Luno, dengan jumlah pelanggan melebihi 300,000 di Malaysia dan tujuh juta pengguna di seluruh dunia. Luno berhasrat untuk menjadikan pemilikan matawang kripto semudah memesan pizza, mewujudkan sebuah pilihan yang dapat diakses oleh pengguna di seluruh dunia.

Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia berkata, “Kami sangat teruja dengan kerjasama kami bersama Pizza Hut dan Shopee kerana kami berharap ia akan menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa mudahnya untuk melabur matawang kripto dengan cara yang selamat melalui platform yang dikawal selia seperti Luno. Hari Bitcoin Pizza meraikan sebuah peristiwa penting dalam sejarah matawang kripto dan kami ingin meraikannya dengan semua rakyat Malaysia. Sambutan ini mengetengahkan kepercayaan kami kepada matawang kripto untuk merevolusikan cara dunia melihat dan menggunakan duit. Bagi mereka yang berminat untuk mula melabur Bitcoin, promosi ini dapat memberikan pengenalan yang baik ke dalam dunia matawang kripto dengan cara yang menyeronokkan sambil menikmati pizza kegemaran anda. “

*Harga Bitcoin berubah seiring dengan kadar pasaran semasa.

Tentang Luno

Luno merupakan syarikat mata wang kripto global terkemuka yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia ke sistem kewangan yang lebih baik. Diasaskan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Marcus Swanepoel dan Ketua Pegawai Teknologi Timothy Stranex, Luno dilancarkan pada 2013 dan telah membina pasukan hampir 400 orang, beribu pejabat di London dengan pusat serantau di Singapura dan Cape Town. Mempunyai lebih daripada 7 juta pengguna yang merangkumi lebih dari 40 negara, produk dan perkhidmatan Luno menjadikannya selamat dan senang untuk dibeli, dijual, disimpan dan mempelajari mengenai mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

Luno telah disokong oleh beberapa pelabur terkemuka dunia termasuk Balderton Capital, RMI, Naspers dan Venturra, sebelum baru-baru ini diambil alih oleh Digital Currency Group (DCG)

Laman Web: www.luno.com

Media Sosial: Facebook Aplikasi Mudah Alih: Android dan iOS

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod FVSKG5. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod FVSKG5.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.