Mengapa Malaysia Tidak ‘Lockdown’ Atau PKP Menyeluruh?

“Terus total ‘lockdown’ sajalah, kami penat PKP berulang kali.”

Kita nak kilang-kilang tutup, kita nak pejabat tutup, tetapi adakah kita bersedia dengan beban ekonomi yang akan tiba hasil lockdown?

Antara isi sidang media berkenaan perkembangan terkini pelaksanaan PKP 3.0 di laman Facebook Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada menyebut:

“PKP menyeluruh akan memberi kesan terbesar kepada golongan rentan. PKP 1.0 juga mengakibatkan pengangguran meningkat daripada 3.2 peratus atau 511,700 penganggur pada Januari 2020 dan mencapai tahap 5.3 peratus atau 826,100 penganggur pada Mei 2020.”

“Sekiranya sektor ekonomi ditutup, bilangan rakyat yang menganggur dijangka mencecah satu juta orang. Manakala 2.8 juta pekerja informal (bekerja sendiri) berdepan kehilangan punca pendapatan jika PKP penuh dilaksakan” ujar beliau lagi.

Berikut pula merupakan petikan laman Facebook Kementerian Kewangan:

Ada pihak yang menggesa Kerajaan agar melaksanakan PKP menyeluruh seperti PKP 1.0 yang lalu. Namun, kita telah alami betapa besarnya impak PKP 1.0 kepada rakyat dan ekonomi. Hakikatnya, apabila PKP menyeluruh dilaksanakan, rakyat yang paling terkesan adalah dari golongan rentan dan yang berpendapatan rendah.

Kaji Selidik Kesan PKP 1.0 Pada Isi Rumah dan Perniagaan

Ini kerana terdapat dua kesan utama, iaitu pada isi rumah dan juga pada perniagaan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan semasa PKP 1.0 yang dikuatkuasa pada 18 Mac 2020 yang lalu, 53% daripada rakyat terjejas teruk akibat daripadanya.

1. Kesan Pada Isi Rumah

Sebanyak 1/3 daripada isi rumah tidak mampu untuk menampung perbelanjaan untuk tempoh lebih daripada satu bulan.

Ianya disebabkan oleh 82% daripada pekerja sektor swasta yang hanya mempunyai simpanan tak sampai dua bulan.

Dan ketiga, golongan B40 yang bekerja sendiri tidak mempunyai sebarang insurans perlindungan pekerjaan.

2. Kesan Pada Perniagaan

Sektor perniagaan turut terjejas teruk apabila 68% perniagaan dilaporkan tidak mendapat sebarang jualan atau hasil sepanjang berlangsungnya PKP 1.0 yang lalu.

42.5% daripada perniagaan memerlukan tempoh lebih daripada 6 bulan untuk memulihkan perniagaan mereka seperti sediakala.

Dan 2/3 daripada perniagaan mempunyai atau akan mempunyai tunggakan hutang dalam tempoh 6 bulan.

Kesan PKP Menyeluruh Akan Lebih Dirasai Oleh Golongan Berpendapatan Rendah Dan Pekerja Sektor Informal

Mengikut kaji selidik yang sama, 6/10 daripada isi rumah tidak dapat membeli makanan yang mencukupi untuk keluarga mereka, yang telah naik hampir dua kali ganda sejak pandemik ini bermula.

Maklumlah, duduk di rumah pastinya akan makan banyak. Sebab itulah bekalan roti terganggu, group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini menjadi tempat orang ramai berkongsi kisah suka duka mereka dan kopi dalgona menjadi popular.

Seterusnya, 44% daripada ibu bapa risau tentang kemampuan dalam memastikan makanan yang mencukupi dan memberi pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka. Mak ayah tengah sibuk work from home, sampai tak sempat untuk pantau anak-anak yang sedang melalui Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR).

Kalau sebelum ini kita ada i-Lestari, i-Sinar dan juga moratorium automatik selama 6 bulan; tetapi kini negara tidak mampu lagi untuk beri kelonggaran tersebut.

Disebabkan perkara-perkara inilah, Malaysia tidak akan membuat ‘lockdown’ atau PKP menyeluruh.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.