
Kredit Gambar: LinkedIn
Sub Topik
Apabila disebut mengenai gelandangan, kita pasti terbayangkan kehidupan seseorang yang tidur di kaki lima kerana tidak mempunyai tempat tinggal dan hidup dalam serba kekurangan. Namun, pernahkah anda mendengar tentang kisah gelandangan yang berjaya menjadi seorang jutawan?
Jika tidak pernah, mari kami kongsikan kisah kejayaan Khalil Rafati yang penuh inspirasi ini.
Hidup Gelandangan Dan Miskin
13 tahun yang lalu, Khalil Rafati tinggal dalam keadaan yang sangat sukar di Los Angeles, Amerika Syarikat sebagai seorang gelandangan.
Beliau hidup dalam kemiskinan, merempat dan juga kehilangan tempat tinggal. Lebih memburukkan lagi apabila Khalil Rafati telah terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah, heroin dan alkohol.
Badannya amat kurus dan mempunyai berat hanya sekitar 49 kilogram sahaja. Hidupnya berubah ketika ibunya mengatakan bahawa beliau menghidap penyakit kanser.
Tidak lama kemudian, hidupnya telah berubah 360 darjah dan beliau bukan lagi seperti dirinya yang dulu.

Kini, beliau adalah seorang jutawan dan pemilik rangkaian bar jus SunLife Organics. Kisah hidupnya sebagai seorang gelandangan dan kini seorang jutawan juga telah dicatatkan dalam sebuah buku inspirasi bertajuk ‘I Forgot to Die’.
Buku ini telah menceritakan kisah naik turun dan perjalanan hidup Khalil Rafati serta bagaimana beliau telah berjaya mengubah hidupnya.
Jus Yang Mengubah Hidup
Pada mulanya, rakan Khalil Rafati telah memperkenalkan kepadanya cara membuat jus dan makanan tambahan yang berkhasiat. Dari situlah, beliau mendapat idea dan mula aktif dalam membuat smoothie sendiri dan kemudian menjualnya kepada para pelanggannya.
Jus smoothie yang diciptakan olehnya bertujuan untuk mengurangkan obsesi dan ketagihan terhadap dadah dan alkohol serta jus tersebut juga dapat membantu mengatasi masalah keletihan.
Tanpa diduga, permintaan untuk jus tersebut telah meningkat kerana rasanya yang amat sedap. Ramai yang datang ke pusat pemulihan Khalil Rafati hanya semata-mata untuk membeli jus yang beliau hasilkan.

Kemudian, beliau memutuskan untuk membuka bar jus miliknya yang dikenali dengan nama SunLife Organics. Hari ini, ianya terus berkembang dan mempunyai 6 cawangan kedai di sekitar Los Angeles.
Kesimpulannya, dengan semangatnya yang kuat untuk berubah, segala-galanya tidak mustahil.
Daripada seorang gelandangan dan ketagih bahan-bahan terlarang, kini Khalil Rafati telah berjaya mengubah hidupnya kepada yang lebih baik dan menjadi seorang jutawan.
Sumber Rujukan:
Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?
InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:
🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita
🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai
🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut
🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.
🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan
Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com