Luno Catat Pencapaian Baru Lebih Setengah Juta Pengguna di Malaysia pada 2021

Luno, bursa aset digital yang dikawal selia terkemuka di Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah berjaya memperoleh lebih 600,000 pelanggan pada penghujung November 2021. Ini merupakan satu peningkatan yang ketara di mana lebih 233% tahun-ke-tahun (YoY) daripada kira-kira 180,000 pelanggan yang direkodkan pada penghujung November 2020, menandakan terdapatnya permintaan kukuh bagi kriptowang di Malaysia.

Sebagai bursa aset digital terbesar di Malaysia, Luno telah memproses pembayaran[1] bernilai lebih RM12 bilion pada 2021, peningkatan sebanyak 4.3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Pada masa sama, Luno menyimpan kriptowang bernilai lebih RM2 bilion bagi pihak pelanggannya yang merangkumi lima aset digital diluluskan iaitu Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH).

Pengurus Luno Malaysia, Aaron Tang berkata, “Minat terhadap aset digital di kalangan rakyat Malaysia terus berkembang pada 2021, di mana ramai pelabur melihat kriptowang sebagai salah satu alternatif simpanan bernilai atau permulaan kepada perjalanan pelaburan mereka. Peningkatan kesedaran mengenai kriptowang di kalangan masyarakat telah menggalakkan lebih ramai lagi orang untuk menerokai kegunaan lain kriptowang, contohnya sebagai sistem pembayaran dan pembelian aset digital unik seperti ‘token tidak sepiawai’ atau non-fungible token (NFT). Oleh itu, kami kekal optimis bahawa pelanggan kami boleh mencapai matlamat kewangan mereka untuk mengembangkan dan memelihara kekayaan mereka menerusi pelaburan dalam aset digital.”

Jumlah pelanggan aktif Luno di Malaysia telah meningkat sebanyak 518% YoY daripada hanya lebih 60,000 pada 2020 kepada 371,000 pada 2021. Majoriti aktiviti datangnya daripada pengguna berusia antara 30 hingga 39 tahun dengan pelbagai latar belakang kerjaya, termasuk pengilangan dan pembuatan, kejuruteraan, pendidikan, pembinaan, penjagaan kesihatan, perakaunan, pentadbiran dan teknologi maklumat. Dari segi tujuan penggunaan pula, 76% pengguna membeli kriptowang untuk pelaburan, 15% untuk perdagangan, 6% untuk mengirim dan menerima kriptowang, 2% sebagai kaedah pembayaran, dan 1% untuk tujuan lain.

Melihat kepada demografi jantina pula, pelanggan lelaki merangkumi segmen terbesar iaitu sebanyak 75%, manakala penyertaan wanita ialah 25%. Walau bagaimanapun, jumlah pelanggan wanita Luno telah meningkat sebanyak tujuh kali ganda daripada 2020. Ini menunjukkan bahawa penyertaan wanita dalam industri kriptowang telah berkembang setiap tahun, sekali gus menunjukkan trend positif pelaburan kriptowang dalam kalangan pelanggan wanita di Malaysia.

“Melangkah ke hadapan pada 2022, kami akan terus mendemokrasikan akses pasaran kriptowang dengan menjadikan aplikasi dan sumber pendidikan kami lebih mesra rakyat tempatan menerusi penggunaan Bahasa Malaysia dan meningkatkan inisiatif literasi kewangan kami untuk memperkasakan lebih ramai individu dengan pengetahuan dalam pelaburan aset digital. Kami berharap dengan lebih banyak lagi inovasi di kalangan industri, peningkatan usaha pendemokrasian daripada bursa aset digital yang dikawal selia, serta sokongan yang berterusan daripada kerajaan terhadap kriptowang akan terus mempromosikan sebuah persekitaran yang kondusif di mana rakyat Malaysia boleh membuat pelaburan aset digital dengan cekap dan bertanggungjawab.

Pertumbuhan positif industri ini menjadi bukti kepada perkembangan pesat ekonomi digital negara dan ia akan menyokong pembangunan negara dengan membantu mencipta lebih banyak lagi peluang pekerjaan dan menarik pelaburan asing ke Malaysia dalam jangka panjang,” tambah Aaron.


[1] Proses pembayaran merujuk kepada deposit/pengeluaran/pengiriman/penerimaan, tetapi tidak termasuk jumlah dagangan.

Kami suka promosikan Luno sebab ianya dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Aplikasi mereka memang sempoi dan senang nak guna.

Sebelum nak beli, klik Rewards dan masukkan kod F9S7R8. Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250, nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

PropertyGuru Melancarkan Kempen Penghujung Tahun Untuk Membantu Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Mampu Milik, Fokus Pada Hartanah Di Bawah RM500,000

Kuala Lumpur, 11 November 2025 – Ketika isu kemampuan memiliki rumah terus mempengaruhi keputusan pembelian rakyat Malaysia, PropertyGuru Group, syarikat teknologi hartanah terkemuka di Malaysia dan pengendali platform PropertyGuru serta iProperty, telah melancarkan kempen penghujung tahun untuk menampilkan rumah berharga RM500,000 dan ke bawah.

Inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara pemaju yang menawarkan perumahan mampu milik dengan rakyat Malaysia yang mencari rumah berkualiti dan mudah diakses, selaras dengan usaha nasional untuk mempertingkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Melalui kempen ini, pemaju yang mengambil bahagian dengan projek berharga di bawah RM500,000 akan dipaparkan di platform PropertyGuru dan iProperty. Setiap paparan akan mengarahkan pengguna ke halaman carian khusus yang menampilkan senarai hartanah layak, membolehkan pencari rumah meneroka dan membandingkan pilihan mengikut bajet mereka dengan lebih mudah.

Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), harga purata rumah di Malaysia bagi separuh pertama tahun 2025 ialah RM490,376, melebihi paras kemampuan bagi banyak isi rumah dalam kumpulan B40 dan M40 rendah. Namun, pasaran secara keseluruhan menunjukkan  pemulihan kukuh, disokong oleh dasar kerajaan yang proaktif, penurunan kadar dasar semalaman (OPR), serta peningkatan keyakinan pembeli.

Dr Lee Nai Jia, Ketua Perisikan Harta Tanah, PropertyGuru Group, menegaskan semasa Sidang Kemuncak PropertyGuru & iProperty FutureBuilt 2025 bahawa sektor hartanah kediaman menunjukkan pemulihan kukuh dengan pemaju melaporkan kadar pengambilan yang lebih tinggi untuk pelancaran baharu di kawasan pertumbuhan utama seperti Lembah Klang, Johor, dan Pulau Pinang. Sentimen pasaran turut disokong oleh pengurangan kumulatif OPR sebanyak 75 mata asas serta insentif kerajaan menerusi Belanjawan 2025, termasuk pengecualian duti setem dan insentif pinjaman untuk pembeli rumah pertama.

Kar Wai Low, Pengarah Pemasaran Negara, PropertyGuru & iProperty Malaysia, berkata, “Kemampuan memiliki rumah kekal sebagai antara kebimbangan utama rakyat Malaysia hari ini. Kempen penghujung tahun ini memberi tumpuan kepada keterlihatan dan impak – bukan sahaja untuk pemaju, tetapi juga untuk pembeli. Kami mahu membantu pencari rumah di Malaysia mencari kediaman berkualiti dalam jangkauan mereka, sambil memudahkan pemaju berhubung dengan pembeli sedia ada dalam segmen harga penting ini. Dengan menggabungkan kekuatan PropertyGuru dan iProperty, kami memanfaatkan capaian dan data platform kami bagi memudahkan pencarian, perbandingan dan tindakan terhadap pilihan rumah mampu milik.”

Kempen ini memperkukuh komitmen berterusan PropertyGuru Group untuk memperkasakan rakyat Malaysia membuat keputusan hartanah dengan yakin, sambil menyokong usaha kerajaan meningkatkan kemampuan memiliki rumah dan mobiliti sosial. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari PropertyGuru dan iProperty Malaysia.​