Langkah Urus Harta Pusaka

Pengurusan harta pusaka adalah sebahagian daripada proses perancangan kewangan yang penting dalam institusi keluarga. Ia memainkan peranan besar dalam menentukan pembahagian harta dalam agama Islam.

Sedar atau tidak, sebenarnya urus harta pusaka adalah satu prosedur yang penting untuk difahami, khususnya bagi masyarakat Islam. Tanpa pengurusan harta pusaka yang baik, pelbagai perkara boleh berlaku sehingga menyebabkan konflik perebutan harta pusaka. 

Oleh itu, penting umum tahu akan langkah urus harta pusaka dengan baik. Jom lihat langkah-langkah yang boleh anda ikuti dalam menguruskan harta peninggalan keluarga. 

1. Lakukan Pengasingan Harta

Langkah pertama yang perlu dilakukan dalam menguruskan harta pusaka adalah dengan membuat pengasingan harta pusaka yang dimiliki atau yang diuruskan oleh si mati ketika hayatnya. 

Ia perlu diasingkan kerana berkemungkinan tidak semua harta yang diuruskan oleh si mati adalah kepunyaan mutlaknya. Antaranya seperti harta wasiat, harta yang telah dijual, harta yang dihibahkan, harta yang diwakafkan dan sebagainya oleh si mati pada hayatnya.

2. Selesaikan Segala Hutang Yang Ditinggalkan

Langkah urus harta pusaka yang seterusnya adalah waris perlu menyelesaikan segala hutang piutang yang ditinggalkan oleh arwah si mati. Hutang yang dimaksudkan adalah hutang dunia dan hutang akhirat. Hutang dunia adalah seperti hutang dengan individu, syarikat dan segala hal yang berkaitan dengan dunia, manakala hutang akhirat pula adalah seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya.

3. Melaksanakan Wasiat Arwah Si Mati

Dalam Islam, kita wajib melaksanakan wasiat arwah si mati asalkan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Jadi, hasrat atau pesanan yang dibuat semasa hayatnya perlu dilaksanakan apabila arwah sudah meninggal dunia. 

Harta tersebut boleh diberikan kepada bukan waris dengan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta yang ditinggalkan dengan persetujuan semua waris arwah. Penting untuk ketahui hukum hakam dalam menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah.

4. Menguruskan Harta Sepencarian

Harta sepencarian perlu diuruskan sebelum harta tersebut difaraidkan. Ia merupakan harta yang dimiliki atau diusahakan secara bersama oleh arwah si mati dan pasangan semasa hayatnya. Justeru, sekiranya pasangan tersebut merupakan seorang suri rumah, dia juga berhak untuk menuntut harta sepencarian tersebut.

5. Melaksanakan Pembahagian Harta Mengikut Faraid

Akhir sekali, langkah menguruskan harta pusaka adalah melaksanakan pembahagian harta mengikut Faraid kepada waris arwah si mati. Setiap pembahagian ini ditetapkan mengikut kadar dan hak masing-masing yang tertakluk kepada hukum syarak.

Kesimpulannya, pengurusan harta pusaka perlu dilakukan dengan telus dan adil bagi mengelakkan pertelingkahan sesama keluarga. Di samping itu, ia tidak boleh dipandang remeh kerana perbuatan tersebut pasti dimurkai oleh Allah S.W.T.

Sumber rujukan:

  1. https://wasiyyah.com.my
  2. https://mypf.my
  3. https://www.sinarharian.com.my

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Hibah Amanah: Instrumen Pengurusan Pusaka

RM90 bilion. Angka yang cukup besar untuk membuatkan kita termenung sejenak.

Itulah jumlah harta pusaka yang masih terbeku dan tidak dituntut oleh waris yang sah menurut data daripada Amanah Raya Berhad. Bayangkan berapa ramai keluarga yang terkesan, berapa lama mereka terpaksa menunggu, dan berapa banyak peluang yang hilang disebabkan harta-harta ini terkunci dalam proses pentadbiran pusaka yang berlarutan.

Mengapa Perkara Ini Masih Berlaku Di Malaysia?

Punca Masalah: Kesedaran Yang Tertangguh

Selepas berada dalam industri perancangan kewangan selama lebih 10 tahun, bertemu dengan pelbagai klien dan berbincang dengan rakan seprofesion, satu pola yang sama terus berulang: ramai yang tahu kepentingan perancangan pusaka, tetapi ramai juga yang memilih untuk menangguhkannya.

“Nanti lah.”

“Masih muda lagi.”

“Belum ada masa.”

“Tak nak fikir pasal mati.”

Alasan-alasan ini kedengaran familiar? Malangnya, ajal tidak menunggu kita bersedia.

Instrumen Pengurusan Pusaka

Dalam industri perancangan pusaka, terdapat beberapa instrumen yang boleh digunakan:

  1. Wasiat – Arahan pembahagian harta selepas kematian
  2. Hibah – Pemberian harta semasa hidup
  3. Amanah (Trust) – Pengawalseliaan dan pengurusan harta
  4. Kombinasi instrumen – Menggabungkan kelebihan setiap instrumen

Masing-masing mempunyai kelebihan dan kesesuaian tersendiri bergantung kepada situasi individu.

Hibah: Solusi Segera Yang Kurang Difahami

Antara instrumen yang paling berkesan tetapi kurang dimanfaatkan ialah Hibah.

Hibah adalah pemberian harta secara sukarela daripada seseorang kepada orang lain semasa pemberi masih hidup. Ia berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja Ijab (tawaran) dan Qabul (penerimaan) selesai, dengan syarat-syarat rukun hibah dipenuhi.

Hibah Amanah: Gabungan Terbaik Dua Konsep

Namun, ramai yang tertanya-tanya: “Kalau saya hibahkan harta sekarang, adakah saya kehilangan kawalan ke atas harta saya sendiri?”

Di sinilah kelebihan Hibah Amanah  atau Trust Hibah.

Hibah Amanah menggabungkan konsep hibah dengan struktur amanah, membolehkan pemberi hibah untuk:

  • Kekalkan kawalan ke atas pengurusan harta sepanjang hayat
  • Nikmati manfaat daripada harta tersebut seperti pendapatan atau dividen
  • Tetapkan syarat penggunaan harta untuk benefisiari
  • Pastikan pemindahan segera kepada waris selepas kematian tanpa proses mahkamah

Konsep ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan ketenangan fikiran sambil terus menikmati harta mereka.

Contoh Produk Hibah Amanah di Malaysia

Beberapa institusi di Malaysia menawarkan kemudahan hibah amanah yang mudah dan praktikal:

1. Hibah Amanah ASB (Amanah Saham Bumiputera)

Pelaburan ASB boleh dihibahkan melalui mekanisme hibah yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Pemegang unit boleh:

  • Menghibahkan sebahagian atau keseluruhan unit ASB kepada waris atau benefisiari
  • Kekalkan hak untuk menerima dividen sepanjang hayat
  • Pemindahan unit berlaku secara automatik selepas kematian tanpa perlu melalui proses pentadbiran pusaka
  • Proses yang mudah dengan mengisi borang hibah di kaunter ASNB

Ini bermakna pelaburan ASB anda tidak akan terbeku dan waris boleh terus menerima manfaat tanpa kelewatan.

2. Hibah Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji turut menyediakan kemudahan hibah untuk simpanan para pendeposit:

  • Pendeposit boleh menghibahkan simpanan Tabung Haji kepada benefisiari yang dipilih
  • Hibah boleh dibuat secara mutlak atau bersyarat
  • Proses mudah melalui Sistem Hibah TH yang boleh dilakukan di kaunter atau secara online
  • Hibah berkuat kuasa serta-merta selepas penyerahan borang dan penerimaan benefisiari
  • Selepas kematian pendeposit, simpanan yang dihibahkan dapat dituntut dengan segera oleh benefisiari

Kedua-dua produk ini menawarkan cara yang mudah dan patuh Syariah untuk memastikan simpanan dan pelaburan anda tidak terbeku dan dapat memberi manfaat segera kepada orang tersayang.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Sekarang

  1. Buat senarai harta – Aset, simpanan, pelaburan, takaful, hutang
  2. Kenal pasti benefisiari – Siapa yang anda mahu lindungi dan jaga
  3. Dapatkan nasihat profesional – Perunding perancangan pusaka, peguam syarie, atau perancang kewangan berlesen
  4. Pilih instrumen yang sesuai – Wasiat, hibah, amanah, atau kombinasi
  5. Ambil tindakan – Jangan tangguh lagi

Warisan Terbaik Adalah Perancangan

Warisan terbaik yang boleh kita tinggalkan bukan hanya harta, tetapi ketenangan dan perlindungan untuk keluarga yang kita sayangi.

Jangan biarkan RM90 bilion itu bertambah. Jangan biarkan keluarga anda menjadi antara ribuan yang terpaksa menunggu bertahun-tahun, menanggung kos beribu-ribu ringgit, dan mengalami tekanan emosi hanya untuk mendapatkan hak mereka.

Mulakan perancangan pusaka anda hari ini. Kerana esok mungkin sudah terlambat.


Penafian: Artikel ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum dan tidak sepatutnya dianggap sebagai nasihat undang-undang atau kewangan. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat profesional yang sesuai dengan situasi peribadi mereka.


Artikel ini dibawa kepada anda oleh Sampul Sdn Bhd. Artikel ini diterbitkan bersama MajalahLabur untuk membantu jenama bercerita melalui kandungan berkualiti.