Muzik BLACKPINK Gegar Shopee Malaysia

  • Dapatkan diskaun 10% untuk tiket Blink Zone (harga asal RM693) sempena Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee
  • Pembeli awal dapat potongan RM12 selain diskaun 10%

KUALA LUMPUR, 8 Disember 2018 – Peminat kumpulan gadis K-pop BLACKPINK boleh bergembira Disember ini menerima berita menarik daripada Shopee Malaysia apabila mereka datang ke Malaysia untuk menjayakan konsert sulung pada 23 Februari 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam.

Selain Kuala Lumpur, konsert Jelajah Dunia BLACKPINK 2019 bertajuk “In Your Area”, yang dianjurkan oleh MacpiePro, akan juga diadakan di Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei. Anggota BLACKPINK – Jennie, Rosé, Jisoo dan Lisa akan mempersembahkan lagu-lagu mereka yang terkenal termasuk Ddu-Du Ddu-Du, yang menduduki tempat No.55 dalam carta US Billboard Hot 100 pada bulan Jun 2018. Anak-anak gadis ini juga mencatat rekod apabila video muzik untuk lagu tersebut menarik 300 juta penonton dalam 69 hari, menjadikan mereka kumpulan K-pop paling cepat berbuat demikian.

Dengan pengaruh budaya K-pop yang semakin meluas di Malaysia, sudah tentu ramai bintang K-pop, termasuk BLACKPINK, menjadi sebutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Lebih menarik lagi, kumpulan ini juga dilantik sebagai duta jenama serantau Shopee, memberi lebih peluang kepada pengguna Shopee untuk menyaksikan gadis-gadis pujaan mereka beraksi di atas pentas.

Makanan untuk santapan ‘Jiwa’

Tiket untuk konsert jelajah dunia di Malaysia boleh didapati untuk pembelian menerusi Shopee 12.12 Birthday Sale (Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee) mulai jam 12 tengah hari, dengan diskaun 10%. Tawaran ini hanya untuk tiket Blink Zone (harga asal RM 693). Dengan tiket Blink Zone, peminat  boleh terhibur dengan persembahan anggota-anggota BLACKPINK dari dekat kerana mereka akan berada betul-betul di depan pentas.

Menurut laman Facebook rasmi kumpulan ini, tiket untuk kesemua tiga persembahan termasuk persembahan tambahan di Bangkok telah habis dijual. Justeru, peminat BLACKPINK perlu merebut tiket mereka di Shopee sebelum kehabisan! Mereka hanya perlu ke YG Entertainment Official Store di Shopee untuk merebut peluang sekali seumur hidup ini.

Pembeli Awal Dapat Baucar

Shopee memberikan satu lagi sebab untuk peminat mendapatkan tiket konsert. Mereka hanya perlu membayar RM5 untuk baucar potongan RM12, membolehkan mereka menjimatkan RM12 lagi selain diskaun 10% yang ditawarkan apabila mereka membeli tiket. Baucar potongan RM12 boleh didapati untuk jualan di Shopee dari 8 Disember 2018 hingga 11 Disember 2018, 11.59 malam. Tawaran dihadkan kepada satu baucar seorang.

Oleh kerana bilangan tiket Blink Zone di YG Entertainment store terhad, sila ambil perhatian bahawa pembelian baucar diskaun tidak menjamin tiket konsert. Jadi, bertindak cepat pada 12.12!

Demam BLACKPINK Berterusan

Untuk merayakan Shopee 12.12 Birthday Sale dengan meriah dan bergaya, Shopee akan menghadiahkan tiket penerbangan ke Korea untuk dua orang dan juga CD BLACKPINK eksklusif yang bertandatangan menerusi Peraduan BLACKPINK Watch, Wish and Win. Seperti yang digambarkan oleh namanya, cara untuk menyertai peraduan ini sungguh mudah. Anda hanya perlu menonton iklan TV Shopee BLACKPINK di laman Facebook (versi BLACKPINK Ddu-Du Ddu-Du Shopee), kongsi video dan tag seorang kawan, dan ucap “Selamat Hari Jadi” Shopee dengan cara paling kreatif. Peraduan berakhir pada 10 Disember 2018 jam 11.59 malam. Untuk mengetahui sama ada anda menang, tonton Facebook Live pada 11 Disember 2018 jam 11.00 malam.

Sila ke https://shopee.com.my/m/blackpink untuk maklumat lanjut.

BLACKPINK ditubuhkan pada Ogos 2016, dan dalam tempoh singkat dua tahun, mereka telah menempa nama dalam arena muzik K-Pop dengan vocal yang mantap dan personaliti mereka yang menawan. BLACKPINK diberi sanjungan oleh Billboard sebagai persembahan artis wanita Korea terbaik dalam sejarah carta dan telah menggegarkan industri dengan penghasilan karya mereka yang pecah rekod, termauk lagu kegemaran ramai DDU-DU DDU-DU dan album popular SQUARE ONE, SQUARE TWO serta album mini mereka yang terkini, SQUARE UP.

Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.