Panduan Pemula Untuk Rantaian Blok (Blockchain) Dan Kepercayaan

Andreas M. Antonopoulos, penulis The Internet of Money Jilid Kedua, menyatakan, “Nenek moyang kami berkata, ‘Ini adalah baik seperti yang ditulis di atas batu.’ Anak cucu kita akan berkata, ‘Ia adalah baik seperti yang ditulis di rantaian blok.’

Jika anda pernah mendengar istilah “Rantaian blok”  tetapi tidak mengetahui apakah itu “Rantaian blok” atau bagaimana “Rantaian blok” ini berfungsi, anda tidak perlu risau kerana anda tidak bersendirian.  Teknologi baharu seperti itu sememangnya melibatkan perkara yang teknikal dan tidak dijelaskan dengan cara yang mudah untuk difahami oleh masyarakat.

Sejujurnya, anda tidak perlu mengetahui butiran teknikal untuk menggunakan teknologi tersebut. Ianya sama seperti  mana anda menempah penerbangan di laman web atau menghantar emel tanpa mengetahui bagaimana internet membolehkan  kedua-duanya berlaku. Rantaian blok juga sebegitu. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk sekurang-kurangnya memahami asas mengenai teknologi Rantaian blok.

Apakah Itu Rantaian blok?

Secara praktiknya, Rantaian blok adalah pangkalan data awam yang dikongsi oleh pelbagai pihak (contohnya, rangkaian komputer). Ini bermakna setiap pihak menyimpan salinan pangkalan datanya sendiri. Oleh itu, pangkalan data tidak dikawal oleh “kuasa pusat”, tetapi ia diedarkan – tiada pihak yang mempunyai kawalan mutlak. Inilah yang dikenali sebagai “desentralisasi”.

Di sebalik tabir, Rantaian blok  adalah sememangnya “rantaian” dari “blok.” Setiap blok menyimpan data dan “hash” blok sebelumnya. Hash adalah rangkaian aksara yang, dalam kes ini, mewakili semua data yang disimpan dalam blok. Kehubungan setiap blok  adalah bertujuan untuk menghalang data dalam blok daripada diubah selepas fakta. Perkara ini dikenali objek yang tidak boleh diubah.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana rantaian blok dikemas kini jika terdapat pelbagai pihak  yang mengawalnya. Oleh itu,, sebarang kemas kini perlu ada kaedah untuk mencapai persetujuan.

Mencapai Kesepakatan

Berikutan Rantaian blok yang dikongsi, semua pihak perlu meluluskan kemas kini yang dibuat. Proses ini mungkin kelihatan rumit – untuk mendapatkan pihak yang  bersetuju  adalah menjadi satu cabaran – tetapi  sebenarnya ia agak mudah. Perkara utama untuk difahami adalah bahawa Rantaian blok mengambil kesempatan daripada insentif kewangan untuk membantu pihak-pihak mencapai persetujuan.

Insentifnya adalah seperti berikut : jika pihak bertindak dengan kepentingan terbaik dari Rantaian blok (contohnya, menyumbang data yang secara objektifnya betul), pihak itu akan menerima ganjaran. Sebaliknya,  jika ada parti yang tidak bertindak demi kepentingan Rantaian blok yang paling baik (misalnya cuba menipu), penalti akan dikenakan.

Pada tahap yang lebih teknikal, terdapat dua kaedah utama di mana insentif-insentif ini dilaksanakan.  Yang pertama ialah “Bukti Kerja.” Ia merupakan algoritma yang memerlukan mana-mana pihak untuk menyelesaikan teka-teki komputer kompleks yang memerlukan sumber yang lebih besar.

Pihak pertama yang berjaya menyelesaikan teka-teki tersebut akan memenangi hak untuk menambah blok baharu ke rantaian dan mendapat ganjaran.

Kaedah lain ialah “Bukti Pemilikan.” Ini melibatkan pihak yang memegang nilai tertentu dan penting kepada rangkaian untuk mendapatkan hak untuk mengemas kini rantaian blok tersebut. Apa yang membuatkan pendekatan ini berfungsi adalah bahawa semua pihak diberi insentif untuk melakukan perkara yang betul, jika tidak, mereka akan kehilangan kepentingan mereka. Kedua-dua kaedah ini adalah penting dalam membolehkan Rantaian blok ini dipercayai.

Kepercayaan

Menariknya, kebanyakan daripada transaksi yang kita  buat hari ini adalah dengan orang yang tidak dikenali dan entiti yang tidak kita ketahui latar belakangnya. Kita bergantung pada perantara yang “dipercayai” seperti bank dan pemproses pembayaran untuk memudahkan pemindahan nilai untuk kita, dengan kos yang besar.

Bagaimanapun, kepercayaan ini datang dengan risiko kerana apabila kita mempercayai institusi berpusat, kita mempercayai manusia di belakangnya. Manusia tidak sempurna. Malah manusia yang baik juga ada melakukan kesilapan, dan kadang kala godaan untuk membuat kesalahan boleh menjadi sangat kuat. Kita cenderung untuk membina kepercayaan dalam institusi itu dari semasa ke semasa, ke tahap di mana ia boleh disalahgunakan.

Apa yang dimaksudkan adalah bagi membolehkan rantaian blok berfungsi, kita perlu mempercayainya. Bagaimana untuk percaya?

Rantaian blok boleh dipercayai berdasarkan tiga sebab. Pertama adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mengemas kini, seperti yang disebutkan, adalah mereka yang diberi insentif kewangan untuk melakukan perkara yang betul. Kedua adalah kerana  ‘Rantaian blok’ yang bersifat desentralisasi – tidak ada orang atau kumpulan yang boleh mengubahnya untuk tujuan yang jahat. Ketiga, rantaian blok adalah terbuka Oleh itu, anda sentiasa boleh memastikan bahawa transaksi anda sedang diproses dengan betul.

Laman Sesawang: www.luno.com
Social media: Facebook
Aplikasi mudah alih: Android dan iOS

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod FVSKG5. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod FVSKG5.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.