Kisah Manipulasi Saham Di SGX Yang Menyebabkan Kerugian $8 Bilion Dolar Singapura

Bulan Oktober 2013 menjadi sejarah hitam bagi pelabur saham penny di Singapura apabila beberapa saham yang tersenarai di pasaran saham Singapura, Singapore Exchange Limited (SGX) terlibat dengan manipulasi dan mengalami tekanan jualan yang luar biasa. Kejatuhan harga saham penny ini telah melenyapkan sejumlah $8 Bilion Dolar Singapura daripada pasaran saham tersebut.

Pada 1 Oktober 2013, saham syarikat Asiasons Capital Ltd, Blumont Group Ltd dan LionGold Corp Ltd dibuka di sekitar $1.5 hingga $2 Dolar Singapura selepas menyaksikan kenaikan harga yang drastik sehingga 100% sejak beberapa bulan sebelumnya. Namun, kegembiraan para pelabur tidak bertahan lama apabila ketiga-tiga saham tersebut mula mengalami tekanan jualan dan menyaksikan kejatuhan harga yang luar biasa pada hari tersebut.

Pada hari Jumaat, 4 Oktober, ketiga-tiga saham tersebut mengalami kejatuhan harga yang luar biasa sejak pasaran saham dibuka. SGX terpaksa mengambil keputusan untuk menggantung perniagaan saham Asiasons, Blumont dan LionGold apabila harga saham mereka jatuh melebihi 50% selepas hanya satu jam pasaran saham dibuka.

SGX juga mengambil keputusan untuk menggantung aktiviti short selling bagi ketiga-tiga saham tersebut dan tiada pembelian secara margin dan contra dibenarkan sebaik sahaja saham tersebut diniagakan semula.

7 Oktober, setelah lima hari berturut-turut kejatuhan harga berlaku pada ketiga-tiga saham tersebut, lebih 90% nilai saham yang bernilai $8 Bilion Dolar Singapura lenyap. Harga saham bagi ketiga-tiga syarikat tersebut hanya diniagakan di antara harga $0.10 hingga $0.15 Dolar Singapura dan pergerakan harga saham mereka kembali stabil.

Selepas tiga tahun siasatan dijalankan, akhirnya pihak berkuasa Singapura menahan John Soh Chee Wen seorang warganegara Malaysia, teman wanitanya Quah Su-Ling dan rakan mereka Goh Hin Calm dipercayai dalang disebalik kejatuhan harga saham pada tahun 2013.

Beliau dikatakan menggunakan lebih 180 trading account bagi tujuan memanipulasi pasaran dengan membuat ilusi seolah saham tersebut mempunyai permintaan yang tinggi dan liquidity yang tinggi dan akhirnya menyebabkan harga saham meningkat secara mendadak.

Pada hakikatnya, ketiga-tiga saham tersebut hanya diniagakan di antara lebih 180 trading account tersebut untuk menarik minat pelabur lain.

Soh Chee Wen berdepan dengan 189 pertuduhan merancang memanipulasi pasaran melalui saham Asiasons, Blumont dan LionGold di antara bulan Ogos 2012 sehingga Oktober 2013 dimana dia mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan. Sehingga kini, kes tersebut masih di dalam perbicaraan mahkamah.

Manakala Goh Hin Calm mengaku bersalah membantu Soh Chee Wen dalam membuka trading account dan memanipulasi pasaran dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun. Tragedi ini merupakan kes manipulasi pasaran yang terbesar dalam sejarah Singapura.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅ BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ini Pengaruh Selat Hormuz Kepada Pasaran Minyak Dunia

KUALA LUMPUR: Ketegangan keselamatan maritim di Selat Hormuz susulan konflik ketenteraan Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran yang kian meruncing, meletakkan laluan air strategik itu di bawah pengawasan ketat antarabangsa.

Tindakan Iran menyekat selat itu sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan AS-Israel ke atas wilayahnya disokong Pemimpin Tertinggi, Mojtaba Khamenei, yang dalam mesej awam pertamanya pada 12 Mac, berikrar untuk menyekat Selat Hormuz sebagai ‘kelebihan ke atas AS dan Israel’.

Sekatan, berserta serangan ke atas kapal komersial sejak konflik bermula, telah menimbulkan kebimbangan terhadap akibat gangguan berpanjangan ke atas bekalan minyak dan gas global.

Laluan penting bekalan minyak dunia

Selat Hormuz, yang dikenali sebagai koridor tenaga terpenting di dunia, terletak di antara Iran dan Oman, menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan Laut Arab.

Kira-kira 167 kilometer panjang dan hanya 33 kilometer lebar pada titik paling sempit serta kedalaman 200 meter, selat itu berfungsi sebagai satu-satunya laluan laut bagi pengeluar Teluk mengeksport minyak dan gas dalam jumlah besar ke pasaran antarabangsa.

Kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia melintasi selat itu sekali gus menggariskan kepentingan strategiknya sebagai laluan paling penting di dunia untuk keterjaminan tenaga global.

Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA), pada 2024, kira-kira 20 juta tong minyak sehari (bpd) transit melalui selat itu dengan anggaran 84 peratus daripada minyak mentah dan kondensat serta 83 peratus daripada LNG yang diangkut ke pasaran Asia.

China merupakan penerima terbesar dengan 5.4 juta bpd dan merangkumi destinasi utama lain seperti India, Jepun dan Korea Selatan, membentuk kira-kira 69 peratus daripada jumlah penghantaran.

Sebagai perbandingan, hanya 0.5 juta bpd minyak mentah dan kondensat yang melalui Selat Hormuz diangkut ke AS pada 2024.

Susulan kepentingannya, gangguan di sepanjang laluan itu boleh mewujudkan krisis tenaga global, terutamanya di Asia yang negara-negaranya amat bergantung pada penghantaran minyak dan gas melalui selat tersebut untuk penjanaan elektrik dan bekalan bahan api.

Medan konflik AS-Israel-Iran

Trafik penghantaran melalui Selat Hormuz menurun dengan mendadak sejak konflik meletus pada 28 Februari, apabila Tehran, yang mengawal selat itu, telah menyekat jalan air tersebut dan mengancam untuk menyasarkan kapal yang dikaitkan dengan AS dan Israel.

Data daripada Perisikan Maritim Starboard menunjukkan purata 153 kapal transit melalui selat itu setiap hari dalam seminggu sebelum konflik, dengan trafik memuncak pada 188 kapal pada 17 Februari.

Jumlah itu menurun secara drastik kepada hanya tujuh kapal pada 6 Mac dan turun kepada tiga dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Sementara itu, menurut agensi keselamatan maritim Britain UKMTO, sekurang-kurangnya 16 kapal di dalam atau berhampiran Selat Hormuz telah diserang setakat 12 Mac dan 20 laporan diterima setakat ini mengenai insiden menjejaskan kapal yang beroperasi di sekitar kawasan itu.

Pengulas dan penganalisis maritim, Nazery Khalid, berkata ancaman Iran tidak boleh diketepikan, menyifatkan serangan baru-baru ini ke atas kapal yang melalui selat itu sebagai sebahagian strategi Tehran untuk mempengaruhi pendapat global mengenai serangan yang tidak diprovokasi dan menyalahi undang-undang ke atas republik itu.

“Jelas bahawa Iran tidak berusaha untuk menandingi kekuatan tentera AS-Israel tetapi untuk berlawan dalam perang asimetri dalam banyak bidang termasuk dalam bidang strategik dan ekonomi.

“Ia kelihatan lebih jelas pada hari ini bahawa penceroboh telah tersilap menilai kehendak, keazaman dan keupayaan Iran dan mungkin terpaksa membayar harga yang tinggi untuk pelanggaran mereka apabila Iran terus mencapai sasaran, yang boleh menyebabkan kesan teruk terhadap ekonomi mereka yang menyerangnya dan terhadap ekonomi global,” katanya kepada Bernama.

Krisis bekalan tenaga

Serangan ke atas kapal tangki minyak yang melintasi Selat itu telah mencetuskan kenaikan mendadak harga minyak di pasaran.

Harga minyak melonjak kepada hampir AS$120 setong awal minggu ini berikutan gangguan pengeluaran di Arab Saudi dan negara Teluk lain termasuk Bahrain, Qatar dan Kuwait kerana infrastruktur tenaga diserang dan kapal tidak dapat melalui Selat Hormuz.

Iran telah memberikan amaran bahawa harga minyak boleh melonjak kepada AS$200 setong jika konflik semakin meruncing.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam laporan terbaharunya menyatakan bahawa sekatan Selat Hormuz akibat konflik mewujudkan gangguan bekalan minyak terbesar dalam sejarah, dengan bekalan minyak global diunjurkan merosot sebanyak lapan juta tong sehari pada Mac atau lapan peratus daripada permintaan dunia.

“Gangguan berpanjangan kepada pengeluaran, pengangkutan dan bekalan keseluruhannya jelas akan mencetuskan kesan buruk perkadaran seismik, bukan sahaja untuk ekonomi negara-negara yang bergantung kepada minyak Teluk tetapi juga ekonomi global secara keseluruhan,” kata Nazery.

Beliau berkata, negara yang bergantung pada minyak Teluk mungkin perlu memperkenalkan langkah penjimatan untuk mengimbangi impak krisis tenaga semasa.

“OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) hanya boleh mengeluarkan stok simpanan untuk menampung kehilangan bekalan sehingga rizabnya mencapai tahap kritikal.

“Keadaan boleh menjadi seteruk krisis minyak 1973 apabila ahli OPEC mengenakan embargo minyak terhadap AS dan negara lain yang menyokong Israel semasa Perang Yom Kippur. Ini mencetuskan penurunan besar-besaran dalam bekalan, menyebabkan harga minyak meningkat empat kali ganda dan menyebabkan kekurangan petrol yang serius,” katanya.

Alternatif Selat Hormuz

Ketika ketegangan memuncak, Saluran Paip Minyak Mentah Timur-Barat Arab Saudi dan Saluran Paip Minyak Mentah Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu (UAE) meraih perhatian antarabangsa apabila saluran berkenaan muncul sebagai ‘talian hayat’ yang membolehkan minyak diangkut melalui Laut Merah ke pasaran dunia.

Bagaimanapun, Nazery berkata, saluran paip itu tidak boleh menggantikan peranan penting Selat Hormuz.

“Walaupun saluran paip Saudi dan UAE boleh digelar sebagai ‘paip talian hayat’, ia tidak lebih sekadar kelegaan sementara kepada kesesakan Selat Hormuz dan tidak lama lagi akan mencapai kapasiti maksimum.

“Dalam erti kata lain, jika konflik berlarutan, meluas dan memuncak tanpa sebarang prospek penyelesaian konkrit tidak lama lagi, adalah tidak realistik untuk bergantung pada saluran paip bagi membantu mengawal harga minyak yang semakin meningkat dan menyelamatkan ekonomi global daripada kemelesetan,” katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata Arab Saudi mengeksport 6.3 juta bpd minyak mentah dan 1.4 juta bpd produk minyak ditapis pada 2025, tetapi terminal Yanbu di Laut Merah hanya boleh mengendalikan sekitar 4.5 juta bpd minyak mentah sehari iaitu satu perempat daripada jumlah harian yang dihantar melalui Selat.

Nazery juga mengingatkan bahawa mengangkut minyak Teluk melalui saluran paip dan pelabuhan di sepanjang Laut Merah tidak menjamin laluan yang selamat.

“Kumpulan pemberontak Houthi di Yaman yang bersekutu dengan Iran boleh melancarkan serangan ke atas saluran paip dan kapal yang transit di Laut Merah.

“Ini mungkin sama bahayanya seperti cuba belayar dengan kapal tangki minyak penuh melalui Selat Hormuz, mengingkari amaran Iran,” tambahnya

-BERNAMA