Penubuhan Meja Bantuan Perusahaan Mikro AKPK

Sebagai usaha berterusan untuk membantu sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menubuhkan Meja Bantuan Perusahaan Mikro (biasanya dikenali sebagai Meja Bantuan Mikro atau Micro Help Desk) bermula 9 November 2020. Bank Negara Malaysia telah membuat pengumuman pada hari Jumaat, 6 November 2020 berkenaan  inisiatif ini untuk membantu usahawan mikro mendapatkan bantuan pembayaran balik pinjaman

Selain berhubung dengan pihak bank untuk bantuan bayaran balik pinjaman, perusahaan mikro kini boleh menyalurkan permohonan tersebut melalui Meja Bantuan Perusahaan Mikro AKPK. Usahawan mikro boleh melayari laman sesawang AKPK di www.akpk.org.my/microhelpdesk atau menghubungi pusat panggilan AKPK di talian 03-2616 7766 dari pukul 9 pagi hingga pukul 4 petang (Isnin – Jumaat) bagi menetapkan janji temu bersama penasihat kewangan AKPK. Penasihat kewangan AKPK akan memberikan khidmat nasihat bantuan bayaran balik pinjaman secara percuma dan membantu mengemukakan permohonan bagi pihak usahawan mikro kepada institusi perbankan masing-masing.

Untuk maklumat lanjut mengenai Meja Bantuan Perusahaan Mikro serta perkhidmatan lain yang disediakan oleh AKPK, sila layari laman sesawang AKPK di www.akpk.org.my atau hubungi talian 03-2616 7766.

Encik Azaddin Ngah Tasir
Ketua Pegawai Eksekutif, AKPK

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Continental Akan Tutup Kilang Tayar Di Alor Setar Menjelang Akhir 2025


KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Continental akan menutup operasi pembuatan tayarnya di kilang Alor Setar menjelang akhir 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata bahawa keputusan untuk menutup kilang berkenaan dibuat selepas kajian semula perniagaan yang menyeluruh untuk melindungi daya saing dan prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia-Pasifik (APAC).

“Bagi menyesuaikan diri dengan permintaan pelanggan yang berubah-ubah, syarikat menyasarkan untuk mengoptimumkan portfolio produk tempatan dan jejak pembuatannya,” kata syarikat itu.

Continental berkata walaupun operasi pembuatan tayarnya ditutup, Malaysia akan terus menjadi pasaran utama bagi syarikat itu di rantau APAC.

“Syarikat menegaskan semula komitmennya kepada pelanggan dan rakan kongsi di Malaysia, dengan menekankan bahawa hubungan jangka panjang dan kepercayaan terus menjadi teras perniagaannya di negara ini,” katanya.

Kilangnya Alor Setar memulakan operasi pada 20 Disember, 1979 dan menjadi anak syarikat milik penuh Continental pada Mei 2012. Kemudahan itu kini menggaji 950 pekerja.

Sehubungan itu, pekerja yang terjejas akan menerima sokongan, termasuk kaunseling kerjaya dan bantuan dalam meneroka peluang pekerjaan sama ada di dalam atau di luar Continental, kata syarikat itu.

Langkah menutup kilang tayar itu menyebabkan Continental, yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan untuk penggantian dan peralatan asli, memiliki satu kemudahan pembuatan di Malaysia yang terletak di Petaling Jaya, selain kemudahan-kemudahan lain di China (Hefei), Thailand (Rayong), India (Modipuram) dan Sri Lanka (Kalutara).

–BERNAMA