Pelabur Diingatkan Agar Berwaspada Ketika Sertai Bilik Sembang Media Sosial Yang Mempromosi Dagangan Saham Khusus

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) memantau rapi pasaran saham tempatan berikutan kenaikan harga saham terpilih di pasaran AS ketika ini, yang didorong oleh bilik sembang media sosial terhadap penjual pendek.

Pelabur Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dengan bilik sembang media sosial yang cuba mempengaruhi pelabur untuk membeli atau menjual saham tertentu berdasarkan spekulasi atau khabar angin. Pelabur juga harus berwaspada dengan perbincangan di bilik sembang media sosial ini yang boleh mencetuskan pelanggaran undang-undang sekuriti seperti pemberian nasihat pelaburan atau cadangan saham tanpa lesen. Mana-mana individu yang didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Dinamik pasaran antara AS dan Malaysia adalah berbeza. Di Malaysia, Jualan Singkat yang Dikawal Selia (RSS) hanya diguna pakai kepada Sekuriti yang Diluluskan dalam senarai RSS, yang ketika ini mengandungi 218 sekuriti. Had juga dikenakan untuk mengelakkan aktiviti jualan singkat yang berlebihan.

Di samping itu, dagangan RSS menghendaki pelabur sama ada meminjam Sekuriti yang Diluluskan untuk dijual singkat atau mempunyai pengesahan untuk meminjam Sekuriti yang Diluluskan. RSS mesti dilakukan dalam akaun yang ditentukan di mana pesanan jual mesti dibuat pada harga tawaran terbaik atau lebih tinggi.

SC dan Bursa Malaysia menjalankan pemantauan masa nyata ke atas semua aktiviti dagangan untuk mengesan, menganalisis dan menangani kebimbangan terhadap dagangan dengan segera. Rangka kerja yang mantap tersedia bagi memastikan pasaran yang cekap, adil dan teratur. Sekiranya diperlukan, SC dan Bursa Malaysia akan mengambil langkah yang diperlukan untuk membendung amalan dagangan yang mengganggu dan menyalah guna pasaran.

Mengenai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebuah badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi kawal selia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat lanjut mengenai SC boleh didapati di laman sesawangnya di www.sc.com.my. Ikuti SC di twitter di @SecComMy untuk perkembangan terkini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

TP-Link & Freshtel Internet Rasmi Jalinkan Kerjasama WiFi 7 Tri-Band Pertama

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2026 – TP-Link Malaysia telah memeterai satu kerjasama strategik dengan Freshtel Internet menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), sekali gus menandakan usaha bersama untuk memperkukuh penawaran sambungan internet di rumah bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap WiFi dalaman yang stabil dan berprestasi tinggi.

Menerusi kerjasama ini, Freshtel Internet akan mengintegrasikan TP-Link HB610 WiFi 7 Tri-Band Whole Home Mesh ke dalam pakej perkhidmatannya, menjadikan Freshtel antara penyedia perkhidmatan internet terawal di Malaysia yang mengguna pakai penyelesaian WiFi 7 tri-band TP-Link untuk sambungan internet di rumah.

Berbeza dengan penyelesaian WiFi 7 standard, seni bina tri-band HB610 dilengkapi jalur tambahan 6GHz yang membantu mengurangkan kesesakan rangkaian serta menyokong prestasi yang lebih lancar di rumah dengan pelbagai peranti bersambung. Ini membolehkan sambungan internet dalaman yang lebih stabil dan konsisten, khususnya dalam persekitaran penggunaan tinggi dan berbilang peranti.

“Prestasi WiFi dalam rumah kini sama pentingnya dengan kelajuan akses internet,” kata Alvin Ou, Ketua Perniagaan Enterprise & ISP, TP-Link Malaysia. “Melalui kerjasama ini bersama Freshtel Internet, kami menyokong penyedia perkhidmatan dengan penyelesaian WiFi 7 tri-band yang direka untuk memberikan pengalaman sambungan internet di rumah yang lebih boleh dipercayai dan konsisten.”

Menurut Steve Choo, Ketua Pegawai Eksekutif Freshtel Internet, “Menyediakan pengalaman WiFi dalaman yang boleh diharap merupakan keutamaan utama kami. Kerjasama dengan TP-Link membolehkan kami memperkukuh penawaran perkhidmatan melalui penyelesaian WiFi 7 tri-band, di samping bersedia menghadapi keperluan sambungan masa hadapan selari dengan perubahan corak penggunaan isi rumah.”

Selain sambungan kediaman, kerjasama ini turut membuka peluang kepada pembangunan persekitaran rangkaian yang diurus secara berpusat pada masa hadapan. Platform Omada oleh TP-Link menyediakan rangka kerja berskala yang berpotensi menyokong kediaman berbilang unit serta rangkaian hospitaliti, sejajar dengan perancangan Freshtel Internet untuk meneroka peluang perkhidmatan baharu.

Ke hadapan, TP-Link dan Freshtel Internet akan terus bekerjasama dalam jangka panjang bagi meningkatkan pengalaman sambungan internet selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian rangkaian TP-Link dan kerjasamanya bersama Freshtel Internet, sila layari laman web rasmi TP-Link Malaysia.