Apakah Kesan Kepada Liga Perdana Inggeris Selepas Brexit?

Brexit kini berada di fasa terakhir di mana Kerajaan Britain telah bersetuju dengan memorandum yang dilakukan oleh rakyat negara tersebut. Pada artikel yang lalu, kita lihat bagaimana kesan Brexit terhadap Britain yang mana lebih banyak kesan negatif berbanding kesan positif.

Baca: Berakhirnya Hubungan UK-EU: 5 Impak Brexit Kepada Ekonomi United Kingdom

Yang turut mendapat kesan daripada tindakan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah adalah Liga Perdana Inggeris (EPL). Seperti yang kita sedia maklum, Liga Perdana Inggeris merupakan liga yang paling popular di dunia kerana ianya sangat kompetitif berbanding dengan liga utama Eropah yang lain.

Dengan Brexit berlaku di Britain, ianya akan menyukarkan pihak pengurusan. Jadi tidak hairanlah kesemua pasukan di dalam Liga Perdana Inggeris menolak Brexit kerana tidak memberi manafaat kepada liga berkenaan.

Pemain Eropah Terpaksa Mengambil Visa Untuk Bermain

Kredit Gambar: A Different League

Di antara masalah besar yang bakal dihadapi oleh Liga Perdana Inggeris ini adalah kesemua pemain eropah yang beraksi di Liga Perdana Inggeris bakal dikenakan visa dan juga permit pekerjaan seperti pemain lain yang berada di luar benua terbabit.

Di dalam undang-undang Kesatuan Eropah sebelum ini, mereka membenarkan mana-mana rakyat di Kesatuan Eropah bekerja di Britain tanpa menggunakan permit pekerjaan kerana berada di dalam kesatuan yang sama.

Undang-undang baru yang bakal dikenakan kepada pemain Eropah adalah Governing Body Endorsement (GBE) yang telah pun dikenakan kepada pemain luar benua Eropah yang bermain di liga tersebut. Undang-undang ini diperkenalkan oleh Badan Pengurusan Bola Sepak Britain (The Football Association) yang menggunakan ranking FIFA untuk menilai pemain yang layak untuk beraksi di liga tersebut.

Peraturan ini digunakan berdasarkan pencapaian sesebuah negara di peringkat antarabangsa untuk bermain di liga berkenaan. Secara asasnya, sesorang pemain perlu melepasi empat kategori yang wajib dipatuhi oleh mana-mana pemain untuk bermain di Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini, setiap pemain di Eropah tidak perlu megikuti undang-undang GBE ini tetapi akan dikuatkuasa selepas Britain meninggalkan Kesatuan Eropah.

Pemain Bawah 18 Tahun Tidak Akan Dibenarkan Bermain Di Liga Perdana Inggeris

Kredit Gambar: Daily Mail

Selain undang GBE, Britain juga bakal berdepan dengan undang-undang yang mana pemain yang belum berusia 18 tahun tidak akan dibenarkan bermain di Liga Perdana Inggeris. Dengan meninggalkan Kesatuan Eropah, Britain tidak lagi mendapat kelebihan tersebut.

Kelab Di Liga Perdana Inggeris Akan Mengalami Kesukaran

Tindakan yang diambil oleh Britain ini bakal memberi kesukaran kepada mana-mana kelab di Liga Perdana Inggeris terutamanya melibatkan pemain yang berwarganegara Eropah. Ini kerana, pemain tersebut perlu melakukan perkara yang sama seperti pemain yang lain berada di benua lain.

Pada musim ini, terdapat 351 orang pemain luar yang bermain di Liga Perdana Inggeris. Urusan jual beli pemain Eropah juga akan mengalami kesukaran bagi kelab-kelab di dalam liga ini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA