Vehicle Super App, SERV Kini Membuka Peluang Untuk Pelaburan Awal Melalui Platform Crowdfunding, pitchIN

SERV, aplikasi Super-App untuk kenderaan dari Malaysia komited dengan misi untuk mendigitalkan pemilikan kenderaan dan menaik taraf sektor automotif tempatan. Bermula dengan aplikasi SERV yang menghubungkan pelanggan dengan bengkel kenderaan serta “mobile services” yang ditawarkan melalui aplikasi hingga ke status penyelenggaraan kenderaan yang seterusnya.

Penyelerasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini memberikan kesan yang besar kepada banyak “startup” berasaskan internet termasuk SERV yang kini menarik banyak minat dari orang ramai dan usahawan bengkel tempatan.

Di kala SERV sedang memainkan peranan untuk menaik taraf sektor automotif yang memberi manfaat kepada pengguna, ledakan internet baru-baru ini telah membuat masyarakat lebih peka tentang apa yang mampu ditawarkan oleh syarikat tempatan untuk mendigitalkan dan kini berpeluang untuk menjadi sebahagian dari pelabur awal dalam kemajuan teknologi tempatan.

Bermula tahun 2021, SERV membuka peluang pelaburan crowdfunding bersama pitchIN yang terkenal sebagai salah satu platform crowdfunding yang berjaya meraih lebih dari RM100 million dana dari 5000 pelabur runcit di Malaysia. Program ini juga mampu meraih perhatian orang ramai untuk turut bantu menyokong ekosistem digital di Malaysia dengan menjadi sebahagian dari pelabur runcit melalui platform crowdfunding seperti pitchIN.

Penggunaan media digital yang digunakan semasa PKP membuktikan industri internet di Malaysia semakin berkembang pesat dan situasi ini menunjukkan gaya hidup masyarakat semakin berubah kearah digital. Lebih banyak perniagaan termasuklah pengusaha bengkel yang kini mula menerokai alam digital untuk memudahkan operasi harian dan patuhi SOP kerajaan.

SERV hadir sebagai digital platform di dalam operasi harian bengkel kenderaan melalui sistem pengurusan workshop SERV yang menghubungkan pelanggan dari SERV app terus ke bengkel secara online.

SERV berazam untuk menaik taraf pemilikan kenderaan secara digital dan terus mencapai potensi untuk menjadi Super-App untuk kenderaan di Asia Tenggara dalam beberapa tahun akan datang dengan penambahan bengkel SERV atau SERV Merchants di setiap bandar utama di rantau ini.

Pada masa ini, aplikasi SERV menawarkan keperluan penyelenggaraan kenderaan dan beberapa ciri yang diperlukan pemandu kereta seperti cukai jalan dan insurans, laporan kesihatan kereta, penggantian bateri dan permintaan kecemasan 24/7.

Manakala untuk rakan bengkel, kami menghubungkan pelanggan melalui ciri terbaru iaitu Drive-In yang membolehkan pelanggan untuk buat temujanji online dan beri gambaran menyeluruh mengenai perkhidmatan yang pelanggan perlukan kepada bengkel.

Mengenai SERV

SERV mempercayai bahawa setiap pemilik kenderaan seharusnya berhak mendapatkan servis  yang dijamin selamat, jujur, dan boleh dipercayai melalui hujung jari anda. Dengan misi tersebut, SERV ditubuhkan pada 2017 dengan menawarkan penyelenggaraan kenderaan di tapak lokasi. Hari ini, dengan peningkatan bilangan rakan kongsi yang menyertai SERV,  khidmat yang ditawarkan adalah lebih menyeluruh di mana SERV akan menjadi Super App yang dikenali di Asia Tenggara.

Aplikasi SERV kini boleh didapati di Appstore dan GooglePlay: http://serv.my/app

Info pelaburan SERV boleh didapati disini: http://investors.serv.my/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.