Pemaju Hartanah Cina Country Garden Berada Antara Senarai Forbes Global 2000 Selama Sepuluh Tahun Berturut-Turut

FOSHAN, China, 22 Mei 2019 /PRNewswire/ — Country Garden Holdings (02007.HK), sebuah syarikat pembangunan hartanah Cina yang terkemuka, mendaki ke kedudukan 129 dalam edisi 2019 bagi senarai Forbes Global 2000 yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan terkemuka Forbes pada petang 16 Mei 2019. Ini menandakan tahun kesepuluh berturut-turut pemaju hartanah Cina ini berjaya tersenarai dengan kedudukan yang semakin bertambah baik dalam setiap senarai sejak sepuluh tahun lalu.

Bersama-sama Forbes Fortune 500, kedua-dua senarai berkenaan merupakan badan berkuasa yang terbukti bagi senarai kedudukan syarikat global. Syarikat-syarikat tersenarai yang terbesar dan paling hebat di dunia diiktiraf berdasarkan empat petunjuk utama: jualan, keuntungan, jumlah aset dan nilai pasaran.

Paling ketara, sejumlah 309 syarikat Cina dimasukkan dalam senarai Global 2000, lima daripadanya tersenarai dalam kedudukan sepuluh teratas, yang menunjukkan pencapaian luar biasa oleh firma-firma berpangkalan di China. Khususnya, dengan jumlah aset sebanyak US$237.4 bilion dan nilai pasaran US$35.2 bilion, Country Garden mendaki 14 anak tangga untuk menduduki kedudukan 129 pada tahun 2019, meneruskan penambahbaikan berterusan firma hartanah ini dalam senarai kedudukannya sejak penampilan pertama dalam senarai berkenaan pada tahun 2010, lalu menjadi bukti kepada momentum pertumbuhan mantap firma ini.

Sekali lagi Country Garden muncul dalam kalangan Fortune 500, lalu menjadi salah sebuah syarikat dalam senarai tersebut yang telah menyaksikan penambahbaikan terbesar dalam kedudukan mereka sejak beberapa tahun lalu. Di samping itu, firma hartanah ini turut dimasukkan dalam senarai Brand Finance Global 150 bagi tahun 2019 dan senarai 50 Terbaik Jenama-Jenama Cina Paling Bernilai BrandZ™, antara senarai kedudukan utama yang lain.

Menurut penyata kewangan Country Garden bagi tahun 2018, syarikat mengalami pertumbuhan mantap meskipun berlaku kemerosotan dalam pasaran hartanah Cina keseluruhan dan dasar-dasar yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Cina yang bertujuan untuk menghentikan aktiviti pasaran. Country Garden mencapai jualan kontrak sebanyak 501.88. bilion yuan (kira-kira US$72.2 bilion) tahun lalu, memperlihatkan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 31.25 peratus. Syarikat mencatatkan pendapatan sebanyak 379.08 bilion yuan (kira-kira US$54.5 bilion), meningkat 67.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan kasar mencecah 102.48 bilion yuan (kira-kira US$14.7 bilion), meningkat 74.3 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala keuntungan bersih mencatatkan nilai 48.54 bilion yuan (kira-kira US$6.9 bilion), meningkat 68.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Di samping pertumbuhan jualan yang kukuh dan peningkatan yang mantap dalam keuntungan, kadar penukaran jualan kontrak kepada tunai oleh syarikat mencecah 91 peratus pada tahun 2018 dengan nisbah pinjaman bersih menurun 7.3 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya kepada 49.6 peratus. Di samping itu, dengan baki tunai kira-kira sebanyak 242.54 bilion yuan (kira-kira US$34.9 bilion), firma mencatatkan aliran tunai operasi bersih yang positif untuk tahun ketiga berturut-turut, memperlihatkan keupayaan kukuhnya untuk mengurus risiko.

Beberapa institusi kewangan terkemuka termasuk J.P. Morgan, Goldman Sachs, BOC International dan BNP Paribas memberikan Country Garden dengan penarafan “beli” melihatkan pertumbuhan kukuh syarikat.

China International Capital Corporation mengesahkan lagi penarafan “beli” untuk Country Garden berdasarkan rizab tanah yang mencukupi milik syarikat, kecekapan pelaksanaan yang kukuh dan juga portfolio yang cemerlang. Firma hartanah ini menjangkakan untuk melihat peningkatan berterusan dalam kedua-dua jualan serta keuntungan pada tahun ini.

Sejak separuh kedua tahun lalu, Country Garden telah menumpu pada peningkatan kualiti operasi sambil mengekalkan kadar peluasan sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjangnya untuk mengekalkan ketekalan operasi. Pada tahun 2019, dengan hartanah, pertanian moden dan robotik sebagai tiga perniagaan utama, syarikat merancang untuk mengukuhkan tahap kolaborasi bersama rakan-rakan kongsinya dan mempromosikan penyepaduan serta transformasi perniagaan sebagai langkah untuk meningkatkan daya saingnya yang komprehensif, dengan tujuan untuk membuat sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat dengan mencipta nilai sosial dan juga ekonomi.

Sumber Berkaitan: Country Garden Holdings

Pautan Berkaitan:

Saham Berkaitan: HongKong:2007OTC-PINK:CTRYY

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.