Calastone Mula Beroperasi Dengan Komuniti Perkhidmatan Kewangan Terbesar Di Dunia Dalam Rantaian Blok

LONDON, 20 Mei 2019 /PRNewswire/ —

  • Calastone berjaya lancarkan Infrastruktur Pasaran Teragih (DMI) didayakan rantaian bloknya
  • Perpindahan ini saksikan kumpulan organisasi perkhidmatan kewangan terbesar berhubung dan menjalankan transaksi pada lejer teragih langsung
  • Seluruh rangkaian dana global terdiri daripada lebih 1,800 pelanggan merentas 41 negara dan kawasan telah berpindah ke rangkaian berasaskan rantaian blok
  • DMI dayakan dagangan lancar, menghapuskan ketidakcekapan kos, risiko dan operasi

Calastone, rangkaian urus niaga dana global terbesar, hari ini mengumumkan kejayaan permulaan operasi Infrastruktur Pasaran Teragih (DMI).

Teknologi yang mendasari rangkaian Calastone kini telah dipindahkan ke infrastruktur pasaran yang didayakan rantaian blok. Penghijrahan rangkaian global Calastone yang terdiri daripada lebih 1,800 pelanggan di 41 pasaran adalah yang pertama di dunia dan mewakili komuniti terbesar organisasi perkhidmatan kewangan global yang berhubung dan melakukan transaksi melalui teknologi lejer teragih.

Kurang dari dua tahun sejak Calastone mengumumkan penyelesaian fasa pertama untuk menguji kebolehlaksanaan penggunaan rantaian blok untuk membangunkan pasaran global yang sama untuk perdagangan dan penyelesaian dana, DMI syarikat kini mula beroperasi. Ini merupakan langkah utama dalam membolehkan pendigitalan dan dagangan yang lancar pada skala global yang signifikan. Calastone telah menonjolkan skala nilai ketara yang dapat dibawa DMI ke industri, meramalkan lebih daripada £ 3.4bn penjimatan setahun untuk pasaran dana bersama di seluruh dunia, dicapai melalui pembersamaan teknologi model pengagihan.

Organisasi perkhidmatan kewangan di seluruh dunia – tanpa mengira saiz dan skala – boleh, menerusi DMI, kini mengakses pasaran dana global bersama di mana perdagangan, penyelesaian dan penyelenggaraan dana dijalankan dalam masa nyata. Ini akan memainkan peranan utama dalam menghapuskan kos yang semakin meningkat, beban operasi dan risiko yang wujud dalam model semasa.

Campbell Brierley, Ketua Pegawai Inovasi Calastone, mengulas:

“Membangunkan DMI adalah satu kembara inovasi yang memuaskan dan ia sesuatu yang sangat mengujakan untuk menyelesaikan pembangunan pertama di dunia untuk sektor perkhidmatan kewangan. Lebih 1,800 pelanggan merentas 41 pasaran kini berdagang di DMI, mengubah cara organisasi dana berinteraksi antara satu sama lain.

“Melalui infrastruktur pasaran didayakan rantaian blok Calastone, semua peserta di seluruh dunia dana boleh bekerjasama dengan lancar dan melihat aktiviti dagangan dalam masa nyata. Maklumat kini diperoleh segera merentas pasaran, satu langkah peralihan dari model terdahulu yang terpecah-pecah.  Syarikat perkhidmatan kewangan seluruh dunia boleh, menerusi DMI, menggunakan perkhidmatan baharu, keupayaan yang dipertingkat dan peluang pelaburan baharu, membolehkan mereka mengubah cadangan mereka menjadi sesuatu yang lebih kompetitif dan berharga pada tempoh jangka panjang.”

Di pelancarannya, DMI dengan serta-merta menyelesaikan beberapa permasalahan utama yang automatik sepenuhnya dan boleh dilihat kerana semua peserta dihubungkan ke dalam infrastruktur yang sama. Ia juga akan membawa perkhidmatan baharu, Sub-Register, yang mewujudkan pandangan masa nyata yang dikongsi, dan sejarah daftar antara rakan niaga pada mana-mana titik dalam rantaian pengagihan.

Julien Hammerson, Ketua Pegawai Eksekutif Calastone, menambah:

“Sejak dilancarkan pada tahun 2008, visi kami adalah untuk menggunakan teknologi inovatif untuk mewujudkan pasaran dana yang lancar dan mengurangkan kos keseluruhan perdagangan untuk semua peserta pasaran. Pada masa kini, pelabur menjangkakan peningkatan pulangan, akses dan ketelusan yang lebih tinggi berbanding pada masa lalu, pada waktu industri dana merasakan kesan tekanan kos yang semakin meningkat.

“Pelancaran DMI hari ini menandakan satu langkah penting bagi keseluruhan industri dana, mewujudkan pasaran global yang lancar untuk dana. Dengan memanfaatkan teknologi terkini, kami dapat menyediakan komuniti pengurusan pelaburan dengan alat yang mereka perlukan untuk mengawal risiko dan kos, dan pada masa yang sama memenuhi keperluan pelabur yang berkembang.”

Sebelum ia mula beroperasi, Calastone telah terlibat dengan komuniti pengguna awal yang mempunyai akses kepada teknologi, termasuk RBC Investor & Treasury Services, Bravura Solutions, Seven Investment Management, Multrees dan Tilney Investment Management.

Latar Belakang Calastone

Calastone ialah rangkaian transaksi dana global terbesar, menghubungkan banyak organisasi kewangan terkemuka di dunia. Misi kami adalah untuk membuat dana boleh diakses oleh semua orang dengan mengurangkan kos dagangan. Kami menggunakan penyelesaian teknologi pintar dan kerjasama industri untuk mengurangkan risiko operasi dan meningkatkan keuntungan klien melalui pendigitalan dan automasi.

Lebih 1,800 pelanggan di 41 negara dan kawasan mendapat manfaat daripada perkhidmatan Calastone, memproses lebih 9 juta mesej dan £170 bilion transaksi setiap bulan.

Calastone beribu pejabat di London dan mempunyai pejabat di Luxembourg, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Sydney.

* Calastone telah mengira potensi penjimatan kos pindah ke infrastruktur pasaran teragih dan bersama menggunakan data daripada kajian Deloitte “Europe’s fund expenses at a crossroads; The benefits of mutualizing the cost of distribution,” bersama dengan data daripada 2018 Investment Company Fact Book. Pengiraan Calastone telah digunakan pada aset dana bersama di bawah pengurusan untuk pasaran dana global, tidak termasuk Amerika Syarikat.

Sumber: Calastone

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.