Pembeli Projek Genting Valley Terbengkalai Terima Bayaran Balik Ansuran Pertama

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) — Pemaju hartanah, NCT Noble Sdn Bhd (NCT) dan pengurus skim CRS Corporate Services Sdn Bhd (CRS) baru-baru ini mengadakan majlis penyerahan cek bernilai RM1.4 juta untuk pembeli projek Genting Valley Batang Kali fasa dua dan tiga yang terbengkalai.

Menurut NCT Alliance Bhd, pembeli projek terbengkalai yang dikenali sebagai Genting Valley itu menerima ansuran pertama daripada jumlah bayar balik mereka melalui skim pengaturan mengikut Seksyen 366 Akta Syarikat 2016.

NCT Noble merupakan anak syarikat milik penuh NCT Alliance.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan NCT, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata projek pemulihan ini sudah tentu menunjukkan kelebihan dan keupayaan syarikat dalam segmen ini.

“Kami gembira untuk menyertai projek pemulihan ini dan diberi peluang bagi melakukan perkara yang kami buat terbaik,” katanya.

Genting Valley adalah pembangunan kediaman bagi 665 plot banglo mengikut lima fasa (satu, dua, tiga, 2A dan 2B) meliputi kira-kira 82.96 hektar di Mukim Batang Kali, Hulu Selangor.

Projek ini telah dimulakan pada 2000 namun, telah ditinggalkan oleh pemaju terdahulu pada 2004.

Berdasarkan rekod prestasi NCT yang teguh sebagai firma wira dan prestasi kewangan yang kukuh, NCT telah diamanahkan untuk memajukan semula projek ini selepas selesai melaksanakan langkah pernyataan minat pada 5 Ogos, 2017.

NCT membuka mengorak laluannya ke peringkat teratas dalam sektor pembangunan hartanah melalui pemulihan pembangunan perumahan terbengkalai mega Malaysia sejak 2010.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.