Perhimpunan Kekayaan Keluarga Terbesar dan Paling Berpengaruh Dunia Anthony Ritossa

DUBAI, UAE, 14 Januari 2019/PRNewswire/ —

Dubai sekali lagi akan menjadi tumpuan di persada dunia tatkala Sidang Kemuncak Pelaburan Pejabat Keluarga Global ke-8 anjuran Anthony Ritossa menjadi tuan rumah kepada kumpulan yang menggamit perhatian, terdiri daripada keluarga-keluarga ternama dari seluruh dunia. Membawakan tema “Melabur dalam Era Baharu”, acara eksklusif tersebut sekali lagi akan melangkaui jangkaan sebagai perhimpunan pejabat keluarga global yang terbesar dan paling berpengaruh sepanjang zaman.

Mulai 2-4 Mac, lebih 400 pejabat keluarga elit, pemilik perniagaan konglomerat ternama, sheikh, keluarga diraja, syarikat pelaburan persendirian, individu berpengaruh dalam perniagaan antarabangsa, dana kekayaan berdaulat dan ahli profesional industri dari seluruh Timur Tengah dan seluruh dunia akan berhimpun di Four Seasons Resort Jumeirah Beach. Mewakili lebih $3 trilion dalam kekayaan pelabur, kumpulan penting tersebut akan membincangkan dan membahaskan topik-topik yang tepat pada masanya kepada keluarga-keluarga utama dunia menerusi apa yang dijanjikan untuk menjadi pengalaman yang menyentuh perasaan dan tidak dapat dilupakan.

“Ia merupakan satu penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada kumpulan pelabur yang begitu ternama di Dubai dan untuk berperanan sebagai penghubung antara keluarga-keluarga Timur Tengah dan rakan-rakan setara mereka di Eropah, Amerika Syarikat, Asia dan Amerika Latin. Kami semua berharap dapat berangkaian dan bertukar-tukar idea seterusnya untuk memulakan perjalanan penemuan antara rakan-rakan sealiran dalam persekitaran yang selamat. Sama seperti di acara-acara terdahulu, kami akan menonjolkan pakar-pakar dunia terkenal yang mengemukakan strategi-strategi yang boleh diambil untuk menjana pulangan, acara-acara dunia yang tepat pada masanya, asas kepada legasi seumur hidup dan peluang pelaburan,” kata Anthony Ritossa, Pengerusi Ritossa Family Office, sebuah perniagaan keluarga yang bermula sejak 600 tahun lalu dalam Empayar Venice di Eropah.

“Sidang Kemuncak tersebut dikhususkan kepada perbualan rakan-ke-rakan secara persendirian yang berdasarkan jemputan sahaja, perangkaian dan kepimpinan pemikiran rentas sempadan dan akan mendidik keluarga-keluarga sealiran yang besar bagaimana untuk terus berada di hadapan dan memantau trend-trend baru muncul dan trend-trend kekal dalam pengurusan kekayaan,” kata beliau.

“Acara Sidang Kemuncak Pejabat Keluarga Global ke-7 di Dubai merupakan pencapaian puncak kejayaan Anthony Ritossa dan semua yang mengambil bahagian. Sidang kemuncak berkenaan diiktiraf sebagai perhimpunan pejabat keluarga terbesar dan paling eksklusif seluruh dunia sepanjang zaman dan ia merupakan satu penghormatan untuk memberi naungan kepada acara hebat sedemikian. Sama seperti Sidang-sidang Kemuncak terdahulu, banyak keluarga ternama dari seluruh dunia berhimpun untuk menghadiri perbincangan tahap tinggi bagaimana untuk memperkaya legasi keluarga, berkembang, mengekalkan kekayaan dan berkongsi idea. Kami tidak sabar-sabar menantikan acara-acara masa akan datang,” kata Mohamed Al Ali Ketua Pegawai Eksekutif & Penasihat, Sheikh Ahmed Al Maktoum International Investments Enterprise, UAE.

“Sidang kemuncak tersebut merupakan gabungan yang baik antara keluarga, produk dan perkhidmatan. Perkongsian tentang aktiviti semasa dan trend masa depan ini adalah amat penting dalam perhimpunan sedemikian sebagai wadah untuk bergerak maju menuju tahun 2019,” kata Y.A.M. Putera Michel de Yougoslavie Cucunda Raja Umberto dari Itali & Putera Paul dari Yugoslavia, Monaco.

“Beberapa tahun yang lalu, saya pernah mempengerusikan, memoderasikan dan berucap dalam banyak Sidang Kemuncak Pejabat Keluarga dan Pelaburan di seluruh dunia, namun demikian sidang kemuncak ini sememangnya telah meninggikan standardnya. Saya berbesar hati untuk mempengerusikan dan memoderasikan Sidang Kemuncak Pelaburan Pejabat Keluarga Global Ritossa,” kata Hussein Sayed, penyampai CNBC Arabia & Ketua Strategi Pasaran, ForexTime (FXTM), UAE.

“Ini merupakan satu-satunya sidang kemuncak global yang mana kemewahan dan pengaruh menggabungkan kuasa sinergi bagi melonjakkan platform-platform rintis melibatkan perdagangan, kekayaan dan peluang-peluang yang tidak tergambar kepada perniagaan global disruptif masa depan,” kata Sheila Barry Driscoll Billionaire Foundation, AS.

“Sidang Kemuncak hebat anda ternyata menjadi persidangan terbaik yang pernah saya hadiri. Ia hanya disebabkan oleh usaha dan pengurusan hebat anda, yang menjadikannya benar-benar berjaya, amat mendorong dan memberi manfaat kepada semua peserta,” kata Hadi Al Alawi Pengerusi, & Ketua Pegawai Eksekutif, Al Hayat Group, Kerajaan Bahrain.

“Apa yang membuatkan acara-acara ini suatu yang luar biasa ialah ia dianjurkan oleh pejabat keluarga untuk pejabat keluarga yang sealiran,” kata Giuseppe Ambrosio, Presiden, Monaco Single & Multi-Family Office International Association.

“Sidang Kemuncak Ritossa merupakan yang terbaik dalam persekitaran yang sempurna – kami berjaya mencapai nilai pelaburan sebanyak US$ 360juta,” kata Nick Ayton, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Chainstarter & Family Office Crypto Advisor, UK.

Untuk butiran tentang acara-acara masa depan dan Sidang Kemuncak Pelaburan Pejabat Keluarga Global ke-8 berdasarkan jemputan di Dubai, sila emelkan kepada [email protected] atau kunjungi http://www.RitossaSummits.com. Untuk melihat senarai peserta acara, sila layari – http://ritossasummits.com/agenda.pdf .

Sumber: Ritossa Family Office

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.